Pelaburan SSPN-i: Simpanan Patuh Syariah Untuk Masa Depan Anak Anda

PTPTN memperkenalkan dua produk iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus yang memberi manfaat kepada masa depan anak-anak terutamanya dalam bidang pendidikan. Akaun SSPN-i memberi kebebasan kepada pendeposit untuk membayar komitmen setiap bulan dan manfaat pelrindungan takaful adalah kurang daripada SSPN-i Plus.

Manakala akaun SSPN-i Plus  memperoleh perlindungan takaful kepada pemegang akaun dengan bayaran komitmen secara konsisten setiap bulan. Pemberian manfaat takaful perlindungan menjamin masa depan pendidikan anak-anak apabila kehilangan ibu bapa.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian pada 24 Disember 2019 di mana dua beradik telah menjadi yatim piatu dan mereka menerima takaful dan khairat kematian sejumlah RM 45,062.66. Ini adalah hasil simpanan ibu mereka dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) sejak 12 Mac 2018 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada Julai 2019.

SSPN-i dan SSPN-i Plus adalah sebuah pelaburan patuh shariah yang menggunakan kontrak ‘wakalah bil-istithmar’ iaitu urus untuk pelaburan. Selain itu, pelaburan ini telah diluluskan dan disahkan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan pendeposit akaun juga dijamin oleh kerajaan.

Tambahan pula, pembukaan akaun simpanan SSPN-i Plus boleh dibuka untuk setiap anak seawal mereka berusia satu hari yang didaftarkan secara atas talian tanpa perlu memuat naik sebarang dokumen. Memandangkan kita hidup secara norma baru dikala pandemik covid-19 melanda, pendaftaran secara atas talian amat diperlukan untuk mengelakkan rantaian jangkitan kepada orang lain.

SSPN-i menawarkan pelbagai pakej yang bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat  iaitu serendah RM30 sebulan.

Seterusnya, bagi pendeposit akaun yang kehilangan atau kematian di antara pendeposit, pasangan dan anak-anak pendeposit, mereka boleh mendapatkan khairat kematian daripada SSPN-i Plus. Berdasarkan akhbar Berita Harian bertarikh 7 Mei 2021, waris kepada dua orang pendeposit SSPN-i yang telah meninggal dunia telah menerima manfaat perlindungan takaful yang disampaikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anak lelaki beliau telah menerima manfaat takaful berjumlah RM3,122.56 bersamaan jumlah simpanan sejak Disember 2013 dan khairat kematian sebanyak RM2,000.

Pada tahun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan bahawa agihan dividen 2020 bagi pemegang SSPN sebanyak 4%. Agihan ini dianggarkan berjumlah RM201.3 juta yang mana memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit SSPN. Hasil agihan dividen ini telah menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pendeposit SSPN.

Berikutan pengagihan dividen tersebut, sebanyak 436,101 akaun baharu SSPN yang berjaya dibuka 2020. Ini dapat dilihat keberkesanan pihak KPT bagi menarik orang ramai untuk melabur dalam akaun SSPN bagi masa depan anak-anak mereka. Kadar dividen kompetitif juga merupakan salah satu faktor utama bagi membuat pelaburan dalam akaun SSPN-i. Keuntungan yang diperolehi akan dikecualikan pembayaran cukai keatasnya.

Secara konklusinya, pelaburan dalam akaun SSPN-i merupakan salah satu alternatif pelaburan bagi menjamin masa depan anak-anak. Hal ini kerana, SSPN-i diwujudkan untuk ibu bapa menyimpan dan melabur yang mana dapat memberi manfaat kepada anak-anak terutamanya dalam bidang pendidikan.

Akaun SSPN-i Plus juga diwujudkan sekaligus dengan perlindungan takaful yang memberi manfaat perlindungan pendidikan kepada anak-anak terutamanya. Selain daripada itu, penggunaan konsep Wakalah Bil Istithmar dalam akaun SSPN merupakan salah satu faktor dalam usaha menarik orang ramai untuk melabur dalam akaun SSPN dimana ianya adalah patuh shariah.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa pelaburan dan penyimpanan dalam akaun SSPN-i boleh menjamin masa depan pendidikan anak-anak disamping mendapat perlindungan takaful.

Penulis boleh dihubungi:

Noraisyaamira binti Mohd Madzlan ([email protected])
Syazana Athirah Binti Mohd Sazeri ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

*Kini SSPN-i dikenali sebagai SSPN Prime manakala SSPN-i Plus pula dikenali sebagai SSPN Plus.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

AHAM Capital Agih Pendapatan RM1.39 Bilion Merangkumi 84 Dana Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata agihan pendapatan yang diisytiharkan merangkumi pelbagai strategi dan kelas aset termasuk ekuiti, bon dan dana aset bercampur.

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Pendapatan Tetap Esther Teo berkata dana utama AHAM Capital iaitu dana Select dan World Series memberikan pulangan antara 4.0 hingga 8.0 peratus.

“Ini mencerminkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin merangkumi pelbagai strategi yang pihak kami uruskan.

“Kami percaya pendapatan akan terus memainkan peranan penting dalam daya tahan portfolio dengan menyediakan kestabilan dan potensi pengkompaunan terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan yang tinggi,” tambahnya.

Memandang ke hadapan iaitu ke 2026, beliau berkata syarikat tetap optimis mengenai prospek pendapatan tetap.

Beliau berkata di bawah senario kes asas syarikat, inflasi dijangka kekal terkawal manakala jangkaan untuk penurunan kadar faedah Amerika Syarikat kekal tidak berubah.

“Pasaran pendapatan tetap dijangka kekal stabil secara umum walaupun kadar penurunan faedah global mungkin akan menjadi lebih perlahan berbanding dengan tahap yang dilihat pada 2025,” katanya.

Sehingga 31 Dis, 2025, jumlah aset di bawah pentadbiran (AUA) AHAM Capital mencapai RM101.5 bilion, melepasi paras RM100 bilion buat pertama kali sejak operasi syarikat itu bermula pada 2001.

Jumlah AUA merangkumi aset di bawah pengurusan, perundingan pelaburan dan aset di bawah pengedaran.
— BERNAMA