Melabur Saham vs Skim Cepat Kaya

“Jomlah join aku, kau letak duit RM10,000, tiap-tiap bulan dapat RM1,000 untuk 2 tahun. Tak perlu buat apa-apa pun, duduk kat rumah je dapat duit bulan-bulan.” Kata Fattah Amin kepada Ali Putra.

“Ramai dah join dan dapat pulangannya.” Tambah Fattah Amin.

Siapa pernah dengar dialog atas ni?

Saya tukar soalan, siapa yang pernah terpedaya atau kenal saudara-mara atau kawan-kawan yang pernah terjebak dengan skim seperti di atas ni?

Ya, saya pasti ramai yang pernah terkena.

Tapi kenapa ya? Nak kata tak pandai, ada je cikgu, peguam, pensyarah, doktor yang berpendidikan tinggi & punyai kerjaya hebat tertipu dengan skim ponzi atau skim cepat kaya.

Bukalah mata dan minda anda, mana ada kerja mudah kasi duit dan biar je duit tu beranak sendiri. Pulangan tetap pula tu bulan-bulan. Langsung tiada risiko…amboi!

Inilah asas kepada skim cepat kaya. Menjanjikan pulangan yang lumayan, tiada risiko & tak masuk akal. Orang kata dah tau benda ni “TOO GOOD TO BE TRUE”, cepat-cepat lah larikan diri kalau ada yang dah masuk.

Contoh skim cepat kaya

Taktiknya sama je dan dah berpuluh-puluh tahun wujud kat Malaysia ni, tapi masih ramai yang mengambil jalan pintas untuk hidup senang. Kalau semua benda kat dunia ni senang, tak payah lah kita penat-penat bekerja kan?

Sesungguhnya pelaburan saham pun senang buat duit, senang juga ‘hilang’ duit. Apa yang membezakan seseorang itu adalah ilmu yang dipelajari dan digunapakai.

Yang penting, kita jangan ikut sangat cakap orang tanpa soal-selidik. Tu dah boleh kira BERJUDI tu, kalau kita tak tau siapa yang ambil duit kita, ke mana ianya dilaburkan; tau-tau dapat duit macam tu je.

skim-cepat-kaya-malaysia

Lagi satu, dalam pelaburan tiada istilah pulangan tetap atau fixed return. Skim yang janjikan pulangan tetap adalah haram hukumnya.

“Aduh, apalah nasib aku ni. 3 bulan pertama, dapat juga merasa RM1,000 sebulan tu. Dah masuk bulan ke-4 ni, ada je alasan daripada syarikat tu. Kejap kata problem ni, kejap kata problem tu. Aku tengok makin ramai yang join, tapi takkan tak boleh nak bayar kami ni yang masuk awal?”

Boleh dikatakan skim cepat kaya selalunya berakhir dengan situasi di atas. Bila Bank Negara dah blacklist skim ni, maka akaun bank syarikat akan serta merta dibekukan.  Dalang di sebalik skim ini juga akan ditangkap.

Bila akaun bank dah kena beku tu, berhentilah berharap nak dapat balik duit. Anggaplah ini harga kepada kebodohan anda dan jangan ulangi kesilapan yang sama.

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Pilihan di tangan anda, jom kita tengok pula pelaburan saham di Bursa Malaysia ni macam mana. Ia adalah suatu bentuk pelaburan yang memerlukan kita berfikir seperti seorang bisnesman.

Lagi best dari skim cepat kaya. Nak dapat pulangan cepat atau lambat bergantung kepada ilmu yang kita ada…amacam, berani?

Syarat untuk berjaya buat duit di pasaran saham adalah perlu belajar dulu. Baca di sini jika anda masih baru dan “zero” tentang pelaburan saham.

Nak belajar, kenalah belajar dengan guru dan mentor yang terbaik. Carilah antara mereka yang telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMktPlc (sebahagian daripada Bursa Malaysia). Segala perkongsian mereka adalah berkenaan pelaburan saham yang sah di sisi undang-undang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mengalami Lantunan Selepas Berlakunya Penurunan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mencatat lantunan yang kukuh pada hari Khamis dengan menaik MYR57 untuk ditutup pada harga lebih tinggi iaitu MYR4,643. Ia membuka sesi dagangan pada MYR4,570 dan didagangkan dalam lingkungan yang besar, dengan mencapai paras terendah pada MYR4,553 sebelum melantun ke paras tertinggi intrahari pada MYR4,648. Komoditi ini akhirnya ditutup berhampiran paras tertinggi intrahari dengan corak lilin menaik, sekali gus memulih daripada kerugian semasa sesi lepas. Pergerakan harga terkini ini mengesahkan bahawa pedagang yang meramalkan kenaikan harga sudah kembali menguasai pasaran, dan ingin menyambung pergerakan menaik.

Komoditi ini mungkin mencatat cubaan baru untuk menguji paras rintangan terdekat pada MYR4,925. Penembusan atas paras ini akan membuka ruang untuk melanjutkan pergerakan ke arah paras MYR5,100. Bagi pergerakan menurun, paras MYR4,500 terus bertindak sebagai sokongan yang kukuh. Memandangkan struktur kenaikan tetap bertahan, kami kekalkan bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,925 dan disusuli oleh paras MYR5,100.