Sebelum Gatal Melabur Emas, Dapatkan Jawapan Kepada 8 Soalan Ini

Biasa kan dengar pelaburan emas ni? Katanya ia adalah pelaburan untuk long-term, betul ke? Adakah pelaburan emas ini memerlukan modal yang besar?

Perlu diingat, kita perlu mempunyai maklumat yang lengkap sebelum membuat sesuatu pelaburan. Jangan dengar cakap ejen saja, sebaliknya buat penyelidikan sendiri. Apa susah, semuanya di hujung jari. Untuk itu, jom kita tengok 8 soalan lazim berkenaan pelaburan emas.

1. Perlu Modal Yang Besar Untuk Melabur Emas?

Jawapan ringkasnya, tidak. Ini kerana anda boleh mula melabur ikut kemampuan sendiri. Tengok kepada penjual emas tersebut berapa minima yang diperlukan.

Untuk kiraan mudah, kita ambil harga semasa emas iaitu RM180.

Kalau 10 gram emas = RM180 * 10 gram = RM1,800

Kalau 5 gram emas = RM180 * 5 gram = RM900

Ada juga tempat kita boleh beli 1 gram emas = RM180

Lagi best, ada tempat kita boleh beli emas serendah RM1!

2. Apa Pula Beza Emas 999, 995 & 916?

Kalau tanya dekat orang lelaki mungkin ramai tak tahu.

Nombor tersebut sebenarnya mewakili ketulenan emas tersebut. Kalau emas 999, bermakna ketulenan emas tersebut adalah 99.9%. Maka emas 995 bermaksud ianya mempunyai ketulenan 99.5%. Dan emas 916 sudah semestinya mempunyai ketulenan 91.6%.

Sudah pasti, emas berketulenan tinggi berharga lebih tinggi. Emas 999 lebih mahal daripada emas 995, dan emas 995 pula lebih mahal daripada emas 916.

Habis tu yang isteri selalu beli emas dekat kedai emas tu berapa ketulenannya? Kebiasaannya emas 916 yang selalu dilebur untuk menjadikannya barang perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya.

3. Selamat Tak Beli Emas?

Ya memang selamat, kalau beli daripada bank dan syarikat yang genuine.

Yang tak selamat tu, kalau anda masuk skim-skim yang bertopengkan emas seperti skim Tok Belagak dan sebagainya. Beli emas tetapi emasnya tak dapat.

Boleh juga baca Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah. Pelaburan saham, emas dan bitcoin paling banyak scam tau.

4. Pelaburan Emas Ini Patuh Syariah?

Emas adalah komoditi dan ada juga yang menggunakan emas sebagai mata wang. Sifat semulajadi emas tersebut, sangatlah senang untuk ia jatuh riba.

Sebagai contoh, beli emas kena dapat on-the-spot, time itu juga. Haram beli emas bertangguh (delay), beli hari ini, bulan depan baru dapat. Banyak lagi kriteria yang mesti dipenuhi, baru layak dikatakan pelaburan emas tersebut sebagai patuh Syariah.

Di antara badan berautoriti adalah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dan World Gold Council. Mereka ini yang boleh memutuskan sama ada sesuatu pelaburan emas itu patuh Syariah atau pun tidak.

5. Siapa Yang Memantau Pelaburan Emas Di Malaysia?

Mesti ramai akan kata Bank Negara Malaysia (BNM) kan? Sebarang bentuk pelaburan memang dipantau secara aktif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada setiap masa. Walaupun begitu, urusniaga jual beli emas dan perak tidak memerlukan permit atau lesen khas.

Pihak BNM hanya akan memantau syarikat-syarikat yang kononnya menjual emas tetapi sebenarnya mengambil duit deposit dari orang ramai secara tidak berlesen. Contoh paling popular adalah skim Tok Berlagak.

Jadi sebelum membuat sebarang pelaburan emas, perlu berhati-hati dan buat due diligence yang secukupnya.

6. Berapa Peratusan Pelaburan Emas Yang Saya Perlu Peruntukkan?

Semuanya bergantung kepada tahap toleransi anda terhadap risiko. Pelaburan emas boleh disifatkan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang berisiko rendah. Ini kerana emas seringkali dilihat sebagai alat untuk melawan inflasi.

Lagi penting anda mempelbagaikan portfolio pelaburan anda untuk memasukkan sekali emas, di samping pelaburan unit trust, hartanah, saham dan sebagainya.

7. Dekat Mana Nak Tengok Harga Terkini Emas?

Boleh rujuk goldprice.org dan Bullion Vault untuk mengetahui harga terkini emas. Lembaga Zakat Selangor pun ada harga emas untuk 999 dan 916 yang dikemaskini setiap hari.

8. Bila Masa Terbaik Nak Beli Emas?

Soalan ini agak subjektif, kerana harga emas sedang dalam fasa uptrend sejak tahun 1998 lagi. Harga emas jatuh sedikit pada tahun 2013 dan mula naik semula pada tahun 2015 sampailah sekarang.

Sumber: Trading View

Kalau ianya bersifat pelaburan jangka masa panjang, bila-bila masa pun merupakan masa yang terbaik untuk membeli emas.

Sekarang Boleh Beli Emas Patuh Syariah Secara Online

Dulu orang kata nak melabur emas perlu modal besar.

Dulu orang kata susah nak cari pelaburan emas yang patuh Syariah.

Dulu orang kata nak jual beli emas tak boleh buat online. Tetapi sekarang dah boleh.

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM67.50 (berdasarkan harga emas RM270 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold1-700x390.jpg

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.