Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold

MIGA-i vs Public Gold: Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Pelabur Emas?

“Nak simpan emas dekat platform mana bagus ya?”

Dalam dunia emas, dua platform yang sering dibandingkan ialah MIGA-i oleh Maybank dan Public Gold. Kedua-duanya menawarkan peluang simpanan emas, tetapi strategi, kelebihan dan kos yang terlibat sangat berbeza. Baik MIGA-i mahupun Public Gold, kedua-duanya menawarkan pelaburan emas yang berlandaskan prinsip Syariah.

Mari kita lihat perbandingan yang lebih objektif dan seimbang berdasarkan fakta:

1. Urus Niaga: Siapa Lebih Mudah?

  • MIGA-i: Transaksi sepenuhnya dalam talian melalui Maybank2u. Tak perlu berurusan dengan dealer atau pihak ketiga.
  • Public Gold: Perlu daftar melalui laman rasmi atau melalui dealer, dan proses beli/jual boleh jadi bergantung kepada dealer.
  • Bagi pelabur moden yang mahukan kawalan penuh dan akses 24/7, MIGA-i lebih efisien.

2. Kos Permulaan: Siapa Lebih Mesra Poket?

  • MIGA-i: Minimum RM10 untuk buka akaun.
  • Public Gold: Kos permulaan RM100 untuk akaun GAP.
  • Untuk pemula atau pelabur mikro, MIGA-i lebih mudah diakses.

3. Emas Fizikal: Perlu ke Simpan Sendiri?

  • Public Gold: Menawarkan dua pilihan:
    • Emas fizikal — pembeli boleh pegang dan simpan sendiri.
    • Gold Accumulation Program (GAP) — simpanan emas dalam bentuk gram secara digital di bawah nama pelanggan. Pelanggan boleh keluarkan emas bila-bila masa, tertakluk kepada caj dan berat minimum.
  • MIGA-i: Tiada emas fizikal melainkan dimohon dan dikenakan caj (1 gram = RM25). Walaupun pelanggan tidak pegang emas secara fizikal, emas tersebut wujud secara fizikal dan dimiliki oleh bank bagi pihak pelanggan. Ini dipanggil pemilikan melalui wakil (wakalah), dan dibenarkan dalam Syariah.
  • Pemilikan emas fizikal memberikan kepuasan dan kawalan langsung kepada sesetengah pelabur, tetapi turut datang dengan risiko seperti keselamatan dan kos simpanan. Sebaliknya, pelabur yang mengutamakan kemudahan dan keselamatan penyimpanan mungkin lebih cenderung memilih emas digital tanpa fizikal seperti ditawarkan MIGA-i.

4. Caj Simpanan: Siapa Lebih Jimat?

  • MIGA-i: Tiada caj simpanan.
  • Public Gold: Caj simpanan dikenakan untuk emas fizikal (bukan GAP).

5. Spread (Perbezaan Harga Beli/Jual)

  • MIGA-i: Spread sekitar +2%, sangat kompetitif.
  • Public Gold: GAP: +8% – 10%, Fizikal: +6% – 9%
  • Spread rendah lebih menguntungkan dalam jangka panjang.

6. Dealer & Rujukan

  • MIGA-i: Tiada dealer. Semua maklumat rasmi daripada bank.
  • Public Gold: Sistem dealer dan referral.
  • Model tanpa dealer seperti MIGA-i menawarkan ketelusan dan kawalan kendiri, manakala model dealer Public Gold pula memberi kelebihan dari segi sokongan peribadi, konsultasi dan komuniti pelabur. Pilihan bergantung kepada keperluan dan tahap kemahiran pelabur

7. Future Order & Strategi Beli Bawah Harga Pasaran

  • MIGA-i: Boleh letak harga sasaran beli/jual sehingga sebulan. Contoh: Jika harga emas hari ini RM450/gram tetapi anda hanya mahu beli jika turun ke RM430, anda boleh tetapkan arahan beli automatik pada RM430. Jika harga turun dalam masa sebulan, sistem akan beli bagi pihak anda tanpa perlu sentiasa pantau.
  • Public Gold: Tiada fungsi Future Order.

Bonus: Isu EPP (Easy Payment Plan)

  • Public Gold menawarkan pilihan EPP (Easy Payment Plan), iaitu bayaran ansuran bulanan sehingga 10 bulan untuk pembelian emas fizikal. Ini sering dijadikan tarikan oleh ejen untuk memudahkan pelanggan memiliki emas dengan bajet bulanan. Mulai 𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓, semua pembelian melalui EPP akan dikenakan 𝐂𝐚𝐣 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐧 𝐅𝐞𝐞.
  • Ramai orang tertanya-tanya kalau beli emas sikit-sikit, bayar bulanan, bukan kah itu ansuran dan tidak patuh Syariah?
  • Jawapannya: Betul, beli emas secara ansuran memang tidak patuh Syariah, sebab emas termasuk barangan ribawi yang perlu dibeli dan dimiliki secara serta-merta (spot transaction).
  • Tapi menurut beberapa laman blog ejen Public Gold, pelaksanaan EPP (Easy Payment Purchase) telah disusun mengikut struktur Syariah. Ia bukan akad jual beli beransur, sebaliknya proses booking harga dahulu (wa’ad) dan bayaran pendahuluan secara berperingkat (hamisy jiddiyyah). Tiada pemindahan milik berlaku sehingga bayaran selesai 100%, barulah akad jual beli dimeterai dan emas diserahkan. **Namun ini bukanlah maklumat rasmi yang didapati dalam laman web rasmi Public Gold. Sepatutnya Public Gold menyatakan dengan jelas konsep syariah yang digunakan bagi produk-produk mereka sebagaimana Maybank menyatakan dengan jelas konsep syariah yang digunakan dalam Product Disclosure Sheet mereka.
  • Jadi, dari sudut Syariah — EPP Public Gold adalah patuh Syariah, selagi pembeli faham yang:
    • Belum berlaku jual beli semasa tempoh bayaran.
    • Emas hanya jadi milik selepas semua bayaran dibuat.
    • Tidak ambil emas lebih awal.

Kesimpulan

Kedua-dua MIGA-i dan Public Gold mempunyai kekuatan tersendiri bergantung kepada objektif pelaburan anda.

Jika anda mengutamakan:

Kemudahan transaksi dalam talian,
Kos permulaan rendah,
Spread lebih kecil,
Tiada caj simpanan,
maka MIGA-i mungkin lebih sesuai sebagai platform simpanan emas digital jangka panjang.

Namun, jika anda lebih suka:

Pegang emas fizikal sendiri,
Boleh akses bentuk emas seperti jongkong dan dinar,
Mahu bimbingan dan sokongan daripada dealer,
Ada pilihan bayaran ansuran (EPP),
maka Public Gold menawarkan ciri-ciri tersebut dengan lebih fleksibel.

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Harga, spread, premium dan caj yang dinyatakan dalam artikel ini adalah anggaran berdasarkan maklumat umum ketika ianya ditulis. Sebelum membuat keputusan pelaburan, semak kadar rasmi terkini di laman web Maybank Islamic dan Public Gold.

Nak simpan emas online cara patuh syariah? Selain Public Gold, kami juga guna MIGA-i Maybank, boleh mula dengan RM100. Masukkan kod referral ini: NSB102092 dan kita berdua akan dapat emas 0.01gram free! Daftar dan buka akaun di website Maybank2u.

Kalau kau jenis suka emas tapi tak nak langsung pegang fizikal, boleh cuba Versa Gold, platform patuh Syariah yang ikut harga emas dunia. Ia berfungsi macam ETF emas (Exchange Traded Fund) — nilai naik turun ikut pasaran emas sebenar, tapi semua transaksi berlaku secara digital. Minimum modal pun rendah, sesuai untuk yang baru nak mula. Lagi menarik, kalau daftar guna kod rujukan kami, anda boleh dapat bonus tunai bila buat pelaburan pertama.

Suka fleksibiliti dan kos rendah → emas digital mungkin praktikal.

Versa kini juga menawarkan Versa Gold – pilihan simpanan emas digital yang patuh Syariah.
Tiada spread (beza harga beli & jual) kerana emas tersebut tidak boleh ditebus dalam bentuk fizikal. Nilai simpanan hanya dipegang secara digital, tetapi masih disandarkan kepada harga emas.

Versa Asia Sdn. Bhd. (201901041105) dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui kerjasama dengan pengurus dana berlesen. Ini bermaksud operasi dan pematuhan mereka tertakluk kepada rangka kerja kawal selia yang ditetapkan.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma. Kod di atas adalah pautan rujukan (referral). MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!

Penafian: Perbincangan mengenai emas dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan yang diperibadikan. Pelaburan emas – sama ada dalam bentuk emas fizikal, akaun emas, ETF atau dana berkaitan emas – tertakluk kepada risiko pasaran dan turun naik harga. Nilai pelaburan anda boleh naik dan boleh juga turun, dan sebarang pulangan tidak dijamin. Sebelum melabur, pembaca digalakkan memahami struktur produk, kos terlibat (spread, caj pengurusan, caj jual beli) dan mendapatkan nasihat daripada pihak berlesen jika perlu.

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.