Sun Life Malaysia Perkenal Dana ESG Takaful Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) – – Sun Life Malaysia Takaful Bhd telah melancarkan Dana Kelestarian Global Islamik Sun Life Malaysia, dana takaful alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berkaitan pelaburan patuh syariah yang pertama.

Syarikat takaful keluarga terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata dana baharu berkenaan, yang diuruskan oleh Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd akan menyediakan peluang yang berpatutan serta boleh diakses rakyat Malaysia dengan elemen ESG dalam pelaburan mereka dan pada masa yang sama mencapai potensi peningkatan modal jangka panjang dan keuntungan perlindungan. 

Dana baharu ini juga bertujuan menawarkan peluang kepada pelanggan Muslim dan bukan Islam untuk melabur dalam prestasi fiskal serta isu-isu sosial dan alam sekitar yang positif.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia Raymond Lew berkata dana Takaful ESG tersebut merupakan yang kedua dalam siri dana kelestariannya akan mempercepatkan matlamat kumpulan untuk menjadikan pelaburan mampan lebih menarik.

“Sebagai rakan kongsi Takaful seumur hidup yang dipercayai, kami percaya dana baharu ini memenuhi keperluan dan aspirasi pelanggan kami bagi mengembangkan kekayaan mereka tanpa memperjudikan kepercayaan serta nilai-nilai mereka,” katanya.

Dana ESG konvensional pertama, Dana Kelestarian Global Sun Life Malaysia yang dilancarkan pada Julai 2021, telah melepasi RM10.5 juta menjelang April 2022. 

— BERNAMA

Berita asal:

https://thekapital.my/sun-life-malaysia-perkenal-dana-esg-takaful-berkaitan-pelaburan-patuh-syariah/

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.