Pasaran Buruh Akan Mengukuh Pada Separuh Kedua 2022 – MIDF Research

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Pasaran buruh Malaysia dijangka terus mengukuh pada separuh kedua, disokong pekerja dari Indonesia kembali ke negara mulai hari ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan menerima kumpulan pertama pekerja asing Indonesia hari ini sejak pembukaan semula sempadan dan ketibaan mereka dijangka dapat mengurangkan kekurangan tenaga buruh di ladang kelapa sawit.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) berkata guna tenaga buruh telah menurun sebanyak 1.8 peratus pada 2020 dan 2.9 peratus pada 2021, lebih 100,000 pekerja berhenti kerja akibat pandemik COVID-19.

Pekerja bukan warganegara membentuk kira-kira 10 peratus penduduk Malaysia yang bekerja.

“Kadar pengangguran Malaysia diunjurkan menurun pada tahun ini kepada 3.8 peratus pada 2022 daripada 4.6 peratus pada 2021, disokong oleh pembukaan semula aktiviti ekonomi domestik dan asas ekonomi yang kukuh,” kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, ia berkata bahawa unjuran kadar pengangguran masih lebih tinggi berbanding tahap sebelum pandemik yang mencatatkan 3.4 peratus.

Pertumbuhan pekerjaan dijangka pada 2.5 peratus (2021: 2.0 peratus) manakala pengangguran diunjurkan menyusut sebanyak 15.0 peratus tahun ini (2021: +3.0 peratus).

“Dalam empat bulan pertama tahun 2022, pertumbuhan pekerjaan berada pada 3.0 peratus tahun ke tahun dan pengangguran turun sebanyak 12.6 peratus tahun ke tahun,” katanya.

— BERNAMA

Berita asal: https://thekapital.my/pasaran-buruh-akan-mengukuh-pada-separuh-kedua-2022-midf-research/

Previous ArticleNext Article

Setia Awan Jalin Kerjasama Strategik Bersama Jenama Runcit serta Makanan & Minuman Terkemuka Sempena Pelancaran Pusat Membeli-Belah Komuniti Pertama Di Bukit Ampang Permai

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah terkemuka, Setia Awan, hari ini secara rasmi telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) penting bersama sekumpulan rakan kongsi runcit dan gaya hidup. Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Galeri Jualan Fona Vista itu melakar detik penting dalam pembangunan keseluruhan komuniti Bukit Ampang Permai, sekali gus memastikan bakal penduduk Fona Vista mendapat akses kepada kemudahan serta perkhidmatan premium di ambang pintu mereka.

Kolaborasi strategik ini menghimpunkan tujuh jenama terkemuka yang merangkumi sektor barangan runcit, penjagaan kesihatan, dan kuliner. Rakan-rakan kongsi ini termasuk B Grocer, Haji Basheer, CU Malaysia, Little Salty Café, Malaysia Chicken Rice (MCR), danAlpro Pharmacy. Pemilihan rakan kongsi yang dikuras dengan teliti ini mencerminkan komitmen Setia Awan dalam membina komuniti holistik yang mengutamakan keselesaan, kesihatan, dan kualiti hidup.

MoU ini menandakan hasrat bersama untuk menyepadukan jenama-jenama berkenaan ke dalam komponen komersial Avenue F yang bakal menyusul, iaitu pusat membeli-belah komuniti yang pertama di Bukit Ampang Permai. Pembangunan yang disasarkan siap menjelang Suku Ketiga (Q3) 2027 ini akan mewujudkan sebuah hab sosial yang rancak bagi komuniti Bukit Ampang Permai.

Melangkah ke hadapan, Setia Awan menyasarkan untuk membawa masuk gabungan pelbagai penyewa tambahan yang menarik bagi meningkatkan lagi kerancakan pusat membeli-belah tersebut serta memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berkembang.

“Majlis menandatangani perjanjian hari ini adalah lebih daripada sekadar pengaturan perniagaan; ia adalah satu langkah penting dalam menunaikan janji kami untuk mencipta nilai jangka masa panjang buat pemilik rumah kami,” kata Eric Chew, Ketua Pegawai Operasi – Projek, Setia Awan. “Melalui perkongsian dengan nama-nama terkemuka dan dipercayai seperti rakan kongsi kami hari ini kami memastikan gaya hidup di Bukit Ampang Permai adalah lancar dan sofistikated. Sambil itu kami terus mengalu-alukan lebih banyak jenama untuk menyertai kami, Avenue F benar-benar akan mentakrifkan semula keselesaan pinggir bandar dan kehidupan komuniti.”

Fona Vista merupakan projek kondominium lereng bukit bergaya pusat peranginan berkepadatan rendah yang terletak 145 meter di atas paras laut. Bersebelahan dengan Hutan Simpan Hulu Langat, ia menawarkan pemandangan hutan yang panoramik serta udara segar yang lebih nyaman, namun tetap berdekatan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Selaras dengan strategi pertumbuhan agresif ini, Setia Awan juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Kumpulan Billion untuk dua projeknya di Melaka, sekali gus menawarkan kemudahan pilihan barangan runcit yang berkualiti kepada bakal penduduk. Momentum kolaborasi ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa pembangunan akan datang di seluruh Lembah Klang, termasuk projek di Selayang dan Shah Alam, serta Tanjung Malim.

Untuk maklumat lanjut tentang Fona Vista, sila layari: fonavista.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang Setia Awan, sila layari: setiaawan.com.