Mana Lagi Best, Jadi Ejen Takaful Atau Unit Trust?

Saya pasti ramai yang nakkan jawapan kepada persoalan di atas kan? Tapi siapa yang boleh jawab dengan tepat? Sudah pasti kita memerlukan seorang pakar di dalam kedua-dua bidang takaful dan unit trust.

Dan siapa lagi kalau bukan Tuan Afyan Mat Rawi yang sudi berkongsi kepakaran beliau di dalam mengupas soalan tersebut.

 

Apa Kata Tuan Afyan?

Saya ditag dalam sebuah komen pada satu status yang membandingkan kedua-dua bisnes takaful dan unit trust.

Tulisan tersebut pro kepada bisnes takaful berbanding unit trust.

Sebagai seorang Group Agency Manager di sebuah syarikat takaful dan seorang Team Leader di sebuah syarikat unit trust, pandangan itu ada benarnya – cuma pada saya yang menjalankan kedua-duanya, berpendapat ada banyak lagi kelebihan bisnes unit trust yang tidak diceritakan.

Saya terlibat dalam industri ini sejak tahun 2003 sebagai ejen takaful dan 2009 sebagai ejen unit trust.

Kedua-dua takaful dan unit trust mempunyai fungsi tersendiri dan sukar untuk dibandingkan antara satu dengan lain.

Kedua-duanya saling lengkap melengkapi.

Umpama baju dengan seluar. Takkan nak kata baju lebih bagus dari seluar?

Beliau sudah ceritakan kelebihan bisnes takaful, yg mana saya setuju sebahagian besarnya, jadi saya nak berkongsi pula kelebihan ejen unit trust;

#1. Mudah Close

Close unit trust 10 kali lebih mudah dari mempromosi takaful.

Takaful bercakap tentang mati, lumpuh, sakit, masuk hospital.

Unit trust bercakap tentang keuntungan. Mana orang lebih suka?

Orang yang sudah langgan takaful sukar untuk approach tambah polisi, atas faktor bajet.

Tapi orang yang pernah invest unit trust lagi mudah untuk cadangkan invest dengan unit trust baru.

#2. Komisen Sikit Tapi Volume Besar

Takaful, caruman RM200-300 sudah cukup besar.

Tapi unit trust, dari serendah RM100 hingga sebesar RM100,000 ke RM1 Juta pelabur akan invest.

Saya ada klien yang langgan takaful tak sampai RM50 selama beberapa tahun saya jadi ejen.

Tapi apabila saya aktif unit trust dan tunjukkan beliau, terus invest RM30 ribu!

Banyak lagi kes lain.

#3. Boleh invest guna KWSP

Tidak seperti takaful yang hanya melalui cash. Jadi orang yang bajet bulanan ketat pun masih boleh jadi client.

#4. Tiada Underwriting

Tidak seperti takaful, hanya org yang sihat sahaja diterima.

Jadi timbul masalah, apabila jumpa klien yang banyak duit tapi ada penyakit.

Duit banyak pun tak guna, tapi tak boleh join skim takaful.

Unit Trust? Selalunya lagi berusia seseorang, lagi banyak modal mereka ada untuk invest.

Orang yang banyak penyakit selalunya org kaya. Hehe….

#5. Pasif Income

Siapa kata dalam unit trust tiada pasif income?

Ada, ia dipanggil trailer comission.

Bukan setakat 6 tahun, tapi selagi mana Investment klien dalam AUM (asset under management) kita, selagi itu kita dapat komisen tersebut.

Amacam, best tak unit trust?

#6. Perbandingan yg adil

Di Malaysia ada lebih 10 syarikat takaful, dan ada 40 syarikat unit trust dan beratus-ratus produk mereka.

Dalam takaful, tidak ada satu badan pun yang membuat perbandingan antara produk takaful yang ada di pasaran. Kalau ada pun daripada ejen dan sudah tentu ia bias.

Tapi dalam unit trust kita ada banyak research house yang membuat perbandingan adil antara dana-dana unit trust di Malaysia.

Contoh: Bloomberg, Lipper, Novagni, Morningstar

Semua ini adalah badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana syarikat unit trust yang boleh membuat perbandingan adil.

#7. Single License Investment

Masalah dalam bisnes takaful ialah klien mula buat perbandingan dari satu syarikat ke satu syarikat.

Dan jika kita ejen Sykt A, kita tak boleh jual produk Sykt B.

Tapi tidak dalam bisnes unit trust. Kita ada platform Single License Investment yang membolehkan ejen mempromosi 350 produk unit trust merentas 27 syarikat unit trust di Malaysia.

Dan platform ini tidak ramai lagi yang tahu. Ada yg nak tahu? PM tepi.

KESIMPULAN

Ini strategi bisnes saya bagaimana saya dapat jadi GAM dalam bisnes takaful ketika saya buat unit trust dalam masa sama saya dapat jadi antara top producer unit trust;

1. Jadikan unit trust sebagai door opener

Mula-mula close unit trust sebab lebih mudah close, kemudian apabila sudah ada rapport dan trust, approach pula takaful.

Org yg memerlukan unit trust tetap memerlukan takaful kan?

2. Modul Financial Planning

Saya bangunkan satu modul yang digunakan oleh ejen-ejen saya untuk present tentang modul financial planning dan kemudian membolehkan ejen dan klien faham kepentingan kedua-dua takaful dan unit trust.

Jika ada rezeki, bukan setakat unit trust dan takaful, malah sekali close untuk wasiat, e-book, seminar.

Jadi, kenapa pilih salah satu sedangkan kita boleh jalankan kedua-duanya?

 

Sumber: https://www.facebook.com/afyan.ifp/posts/1784460931837520

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.