11 Kaedah Untuk Memilih Saham Fundamental Dan Berisiko Rendah

Anda ingin melabur saham? Tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memilih saham fundamental yang berisiko rendah? Di kala market bergelora inilah, anda perlu berikan perhatian lebih kepada saham-saham yang mempunyai Fundamental atau asas yang kukuh.

Oleh yang demikian, amatlah penting untuk anda belajar berkenaan kaedah memilih saham Fundamental yang mempunyai risiko yang rendah.

Kaedah Mudah Memilih Saham Fundamental Dan Berisiko Rendah Di Bursa Malaysia

1) Semak Ratio Price Earning (PE Ratio) @ harga saat ini? Sebaiknya PE kurang dari 10 untuk saham berjajaran kecil dan PE kurang dari 15 untuk saham blue chips yang berjajaran besar.

2) Semak fakta sejarahnya 5 hingga 10 tahun sebelum ini, Adakah keuntungan konsisten atau tidak? Jika tidak tinggalkan saham tersebut. Harus diingat terdapat lebih 1300 kaunter saham yang boleh dibuat pilihan.

3) Semak fakta sejarah dan kaji PE tertinggi dan terendah yang pernah dicapai oleh syarikat tersebut. Jika anda mendapati ia berada pada tahap tertinggi maka jauhilah syarikat tersebut.

4) Bandingkan PE syarikat dalam industri yang sama. Jika PEnya lebih kurang sama maka tinggalkanlah. Cari kaunter yang lain. Sebagai contoh kaunter dalam industri getah. Antara Hartalega 8.2, Topglove 7.56, Kossan 5.73, Supermax 7.37 dan Latexx 8.3. Oleh itu dalam hal ini Kossan adalah kaunter yang lebih selamat untuk dibuat pelaburan.

Ini yang paling penting kemudian untuk pelaburan jangkamasa pendek dan sederhana ;

5) Cuba lihat adakah saham itu mempunyai volum transaksi saham yang tinggi.

6) Cuba lihat adakah Pengarah Syarikat membeli sahamnya sendiri

7) Adakah saham itu ada rumors yang kedengaran?

8) Adakah terdapat Transaksi Urusniaga Terus (Direct Business Transaction) oleh Fund Manager?

9) Adakah saham itu diselidik oleh Broker-Broker Saham dan mereka memberi saranan BELI.

10) Adakah saham itu ada kena mengena dengan Tema pelaburan semasa? Sebagai contoh tema GLC, Air, Getah dan sebagainya.

11) Buat penyelidikan Teknikal melalui carta untuk melihat kedudukan harga yang terbaik untuk masuk mahupun keluar.

Sumber: FaizalYusup.net

Bagi mereka yang tak mengenali siapakah gerangan Faizal Yusup, sedikit latarbelakang mengenai beliau.

Tuan Faizal Yusup

Faizal Yusup atau lebih popular dengan gelaran FY berpengalaman luas dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Memiliki Diploma Analisa Pelaburan UiTM, BBS Investment dari University of Nebraska Lincoln. Beliau merupakan remisier di Kenanga Investment Bank Berhad dan menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Beliau sering menjadi speaker jemputan oleh InvestSmart, sebuah program pendidikan di bawah kelolaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman Web: FaizalYusup.net
Facebook: Faizal Yusup (Remisier)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.