25 Mantera Disiplin Dalam Perdagangan Saham

Izinkan kami berkongsi petikan kata-kata daripada seorang trader berpengalaman iaitu, Douglas E. Zalesky berdasarkan daripada hasil tulisan beliau dalam buku yang bertajuk The 25-Point Mantra Discipline For Day Trading.

Kejayaan yang dicapai oleh seorang trader di pasaran, adalah berkaitan dengan disiplin perdagangan atau sebaliknya. Trading terdiri daripada 90% disiplin.

Formula kejayaan terlalu mudah dan ringkas. Trade dengan disiplin anda akan berjaya, trade tanpa disiplin anda akan gagal.

Jika ada nasihat beliau yang baik, ambillah sebagai ilmu dan amalkannya. Setiap orang mempunyai kekuatan tersendiri dalam dunia perdagangan atau pelaburan, dan salah satunya adalah disiplin.

Saya sudah lama berpengalaman menjadi seorang trader, dan merupakan ahli The Chicago Board Of Trade (CBOT) lebih daripada 20 tahun. Walaupun akademik pendidikan formal saya, hanya graduan ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan dari University of Denver, saya tidak pernah meletakkan diri saya, sebagai seorang pelajar yang di kurniakan dengan pemikiran yang sempurna.

Saya tidak pernah menghadiri latihan formal mengenai analisa teknikal. Sehinggakan menggunakan Fibonacci dan Moving Avarage juga saya tidak ketahui pada awalnya. Semuanya, saya hanya pelajari berpandukan pengalaman diri sendiri.

Demikian juga di dalam Analisis Fundamental, saya tidak pernah memahami peristiwa economik berhubung kait dengan harga Treasury bond atau harga equity. Namun, bagaimana saya boleh berjaya dalam trading, lebih dari 20 tahun, jika saya tidak mengetahui kesemua perkara tersebut?

Jawapannya cukup ringkas, saya trade mengunakan disiplin, saya sentiasa menghormati pasaran. Jika saya salah, saya akan melakukan dengan pantas cut-loss, dan jika saya betul, saya pastikan untuk tidak terlalu tamak. Saya lebih suka, jika mempunyai keuntungan yang sedikit dan menerima kerugian yang sedikit.

Ada 3 kriteria yang saya gunakan, sebagai garis panduan dalam trading. Saya gelar ianya sebagai Wheel Of Success. Kriteria pertama, ada Content(isi kandungan). Ia terdiri daripada keseluruhan maklumat pasaran sama ada dari luaran atau dalaman, yang digunakan oleh trader untuk membuat keputusan perdagangan mereka.

Isi kandungan yang paling penting adalah internal market information (IMI), bermaksud garisan masa dan informasi pergerakan harga dalam sesuatu exchange. Tanpa informasi tersebut seperti kita melakukan trading dalam kegelapan malam, ianya ibarat menjadi buta.

Kriteria kedua yang terkandung dalam Wheel of Success ialah mechanics, bermaksud bagaimana anda mengakses ke dalam pasaran dan metodologi yang anda gunakan semasa melakukan entry dan exit dalam sesebuah trade.

Semestinya anda perlu betul-betul cemerlang dalam mechanic, sebelum anda mencipta seberang kejayaan sebagai seorang trader. Kesilapan sedikit akan memberikan anda kerugian ribuan wang anda, seorang trader boleh kehilangan seluruh pendapatannya dalam sehari, jika melakukan sedikit kesilapan dalam entry perdagangan.

Ianya seperti menaiki sebuah basikal. Proses entry dan exit, pada mulanya tidak lancar dan tidak masuk akal, sehinggalah anda betul-betul dapat mengawal keseluruhannya.

Ketiga ialah, salah satu faktor dalam 3 komponen utama wheel of success adalah disiplin. Anda mesti betul-betul mendisiplinkan diri anda, jika anda menginginkan kejayaan  seorang trader. Disiplin dalam trading, dipraktikkan 100 peratus pada setiap saat, hari dalam diri anda.

Anda mesti mencapai disiplin jika anda berharap dapat mencapai sebarang kejayaan. Semestinya kondisi diri anda, sebahagian besar terdiri daripada disiplin.

1. The Market Pays You To Be Disciplined.

Trading dengan disiplin akan menjana banyak wang ke dalam poket anda dan mengurangkan risiko kerugian. Menjadi seorang yang berdisiplin sangatlah penting.

2. Be Disciplined  Every Day, In Every Trade, And The Market Will Reward You. But Don’t Claim To Be Disciplined If You Are Not 100 Percent Of The Time.

Jika anda melakukan 9 daripada 10 trade dengan disiplin, anda tidak boleh menggelar diri anda penuh dengan disiplin. Dengan 1 trade sahaja, anda mampu kehilangan keuntungan yang anda miliki sebelum ini.

Sebagai contoh, kebiasaannya anda hanya meletakkan risiko perdagangan anda setiap trade USD200, tapi dengan tidak mengawal diri daripada melanggar disiplin anda merisikokan USD1000.

Akibatnya jika gagal, anda kehilangan nilai wang yang sepatutnya anda risikokan.

3. Always Lower Your Trade Size When You’re Trading Poorly

Kesemua trader yang baik menuruti formula ringkas ini. Kenapa perlu merisikokan jumlah wang banyak jika prestasi perdagangan anda, dalam keadaan yang teruk, sedangkan anda boleh menjimatnya untuk trade akan datang.

Kebiasaannya, jika saya kehilangan atau rugi dalam 2 trade, saya akan mengurangkan size trading yang saya lakukan. Jika ianya berjaya dalam 2 trade seterusnya, saya akan mengembalikan size trading seperti rancangan asal.

Seperti seorang pemain baseball yang pintar, jika anda gagal dalam 2 pukulan, anda perlu memperlahankan pukulan seterusnya, kemudian lihat dan lakukan kajian, sehinggalah anda menjumpai rentak kemenangan semula.

Trading juga sama seperti itu, rendahkan risiko wang anda dari kebiasaan, sehinggalah anda menemui rentak kemenangan kembali.

4. Never Turn A Winner Into A Loser

Kita selalu melanggar peraturan ini. Walaubagaimanapun, ianya perlu bertukar menjadi keutamaan kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang. Perkara yang dimaksudkan di sini adalah faktor ketamakan.

Pasaran sudah mengikuti apa yang anda analisa pada awalnya, namun anda tidak berpuas hati disebabkan keuntungan yang sedikit. Anda menunggu lama, untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar, akibatnya anda mengalami kerugian.

Jika diperhalusi, tidak ada sebab utama anda perlu menjadi tamak, ia hanya sebuah perdagangan. Mungkin di masa akan datang, anda masih mampu melakukannya lebih banyak berbanding sebelumnya.

Kenapa perlu tamak sehinggakan anda kehilangan keuntungan yang terhidang? Peluang dan kesempatan sentiasa ada dalam pasaran.

5. Your Biggest Loser Can’t Exceed Your Biggest Winner

Sentiasa mempertahankan perkara ini sepanjang masa. Contohnya keuntungan bersih anda pada hari itu adalah US1,000, anda tidak boleh mengalami kerugian lebih besar melebihi nilai keuntungan hari itu, demikian juga pada hari-hari lain.

Jika anda membiarkan keuntungan tertinggi anda lebih kecil berbanding kerugian tertinggi yang anda miliki, anda akan mengalami masalah. Ianya tidaklah baik jika terus kekal dalam sistem perdagangan anda.

6. Develop A Methodology And Stick With It. Don’t Change Methodologies From Day To Day.

Saya menggalakkan pelajar saya mencatat keseluruhan spesifikasi pasaran, sebelum melakukan mana-mana entry dan exit. Saya tidak kisah, mereka mengunakan metodologi apa dalam pasaran, namun saya menekankan mereka untuk sentiasa tidak melanggar, disiplin yang mereka bina dalam pasaran.

Ataupun dalam bahasa mudahnya ‘you must have a game plan’.

Jika metodologi yang anda sudah tetapkan tidak berkesan dalam waktu-waktu tertentu, jangan beralih atau mencari metodologi lain, tetapkan pada metodologi yang anda sudah guna pakai. Melompat daripada satu metodologi ke metodologi lain, ibarat tiada ketetapan dalam sistem perdagangan anda.

7. Be Yourself. Don’t Try To Be Someone Else

Selama saya bekerja sebagai seorang trader, saya tidak pernah lebih menggunakan USD50 lot dalam suatu trading. Namun, jika saya hendak mengikuti seperti rakan saya yang lain, saya juga mampu mengunakan lot USD100, USD200 dan sebagainya.

Tetapi bagi saya, ianya bukan tindakan bijak jika kita mengalami kerugian terlalu besar berbanding orang lain. Saya tahu zon keselesaan bukan berada di paras tersebut.

Demikian juga dengan anda, pelajari baik-baik, di mana zon keselesaan anda? Anda adalah diri anda, bukannya orang lain.

8. You Always Want To Be Able  To Come Back And Play The Next Day

Jangan merisikokan diri anda melebihi daripada kerugian yang sanggup anda tanggung. Perkara paling teruk anda akan alami apabila anda sudah tidak mempunyai dana untuk melakukan aktiviti trading.

Saya sentiasa menyarankan kepada orang ramai, agar merendahkan lagi risiko kerugian yang sanggup mereka tanggung.

Contohnya, jika anda sanggup tanggung risiko kerugian sebanyak USD500 dalam sehari, adalah lebih baik jika ianya direndahkan lebih daripada nilai tersebut, contohnya USD400 atau USD300 atau USD200 dan sebagainya.

Ini di sebabkan anda boleh menggunakan dana kerugian yang tidak dirisikokan untuk trading pada hari seterusnya.

9. Earn The Right To Trade Bigger

Terlalu ramai trader, berfikir hanya disebabkan mereka mempunyai dana USD25,000 di dalam akaun trading mereka, mereka akan mampu melakukan keseluruhan trading mereka dengan kejayaan.

Namun jika anda tidak mampu menyempurnakan 1 trade bagaimana anda boleh berjaya dalam 10 trade akan datang?

Saya selalu memaklumkan, kepada orang ramai, bahawa kejayaan dalam trading bukan hanya bersandarkan pada satu trading semata-mata. Ia memerlukan konsisten mencipta keuntungan, barulah kejayaan mendatang.

Ingat, jika anda mengalami kerugian dalam trading berturut-turut, rendahkan sistem risiko dan juga lot saiz yang digunakan.

10. Get Out Of Your Losers

Anda tidak semestinya loser, disebabkan anda mengalami kerugian dalam sesebuah trading anda. Namun, adalah lebih elok jika anda terlebih dahulu dapat mengenalpasti losing trade anda terlebih dahulu sebelum anda mengalaminya.

Jika anda mengenalpasti pasaran bertentangan dengan arah analisa anda, adalah lebih baik untuk mengelaknya. Setiap seorang trader mempunyai peratusan 50-50 terhadap pasaran.

Apabila saya mendapati pasaran tidak baik, saya terlebih dahulu melakukan cut-loss, Sebelum ia menjadi lebih membuat parah.

11. The First Loss Is The Best Loss

Sekali anda anda sedar bahawa kualiti trade yang anda lakukan tidak mencapai seperti jangkaan awal anda, adalah terbaik untuk anda keluar lebih awal, supaya dapat mengurangkan kerisauan.

Kebiasaannya seseorang lebih pandai melalui kesilapan yang mereka lakukan dalam trading mereka.

12. Don’t Hope. If You Do, You Will Lose.

Ketika saya masih baru dan tidak mempunyai disiplin, saya hanya ada harapan dan doa. Saya sentiasa mengkehendaki trading saya berakhir dengan kejayaan.

Namun, bagaimana ianya boleh berjaya tanpa disiplin dalam trading. Akhirnya saya mengetahui apa yang saya lakukan, bukannya berada di landasan yang betul, tetapi sebaliknya tiada disiplin yang kukuh.

13. Don’t Worry About News. It’s History.

Saya tidak pernah faham, kenapa terlalu ramai trader pada hari ini terlalu mendengar kepada media elektronik seperti CNBC, Bloomberg News, FNN dan sebagainya. Mereka bercakap seperti mereka mengetahui segalanya berlaku pada masa akan datang.

Semestinya mereka menggelar diri mereka adalah pakar dan mahir dalam segalanya. Anda perlu sedar, apa jua berita dalam program perniagaan, media elektronik, adalah perkara yang sudah berlalu.

Jangan bersandarkan fakta yang mereka utarakan, baru anda mengambil tindakan, ia sudah terlalu lambat.

14. Don’t Speculate. If You Do, You Will Lose.

Melalui semua pengalaman yang pernah saya lalui, saya tidak pernah melihat seorang trader yang berjaya melalui spekulasi yang mereka lakukan.

Mustahil untuk anda berjaya dengan spekulasi yang anda lakukan dalam pasaran. Elakkan daripada menjadi seorang speculator.

15. Love To Lose Money.

Pasti ramai yang terkejut dan bertanya ‘What do you mean, love to lose money. Are you crazy?’

Tidak, saya tidak gila. Apa yang saya maksudkan adalah, terima seadanya jika anda melakukan kesilapan dalam pasaran. Ambil semua kesilapan anda, jangan biarkannya mengganggu emosi anda.

Ia akan dapat membantu anda menjaga dana anda untuk perjalanan seterusnya dan yang paling utama, dapat membentuk anda menjadi seorang trader yang lebih baik dari sebelumnya.

16. If Your Trade Is Not Going Anywhere In A Given Timeframe, It’s Time To Exit.

Peraturan ini berkaitan dengan teori aliran modal (Capital flow). Ia adalah modal perdagangan yang mendorong pasaran suatu arah bertentangan atau sebaliknya. 

Lebihan oversupply atau ketidakseimbangan buy order akan mendorong pasaran lebih kepada arah sebaliknya.  Lebih banyak sell order, akan menekan pasaran ke arah yang  lebih rendah.

Anda tidak sepatutnya berada di pasaran pada masa itu, jika tidak mengikuti seperti apa yang anda telah rancang. Pasaran tidak pergi ke mana-mana. 

Ianya membuang masa, modal dan  emosi. Lebih baik menunggu pasaran panas sedikit dan kemudian meletakkan perdagangan anda ketika kecairan (liquidity) pasaran saham berlaku.

17. Never Take A Big Loss. Only A Big Loss Can Hurt You.

Pastikan anda melihat, peraturan-peraturan yang saya kongsi sebelum ini. Jika anda betul-betul cukup meneliti peraturan tersebut, semestinya anda faham apa yang saya maksudkan dengan peraturan ini. Big losses (kekalahan yang besar) akan mengorbankan kesemua kemenangan trading anda.

Kesemua kemenangan trade yang kecil akan terkorban. Kerja keras, usaha, psikologi, emosional dan sebagainya akhirnya sia-sia di lakukan, di sebabkan kekalahan besar yang anda alami.

Ditambah lagi dengan memerlukan momentum yang lebih banyak dan panjang, untuk meningkatkan keyakinan anda semula selepas kekalahan besar.

18. Make A Little Bit  Everyday. Dig Your Ditches. Don’t Fill Them In.

Ketika saya terlalu muda dan menjadi sebagai seorang bond trader, matlamat saya setiap hari adalah mencipta keuntungan sebanyak 10 ticks dalam bond. 1 tick bersamaan USD31.25,bermaksud 10 ticks sehari bersamaan USD312.50.

Mungkin pada anda ia tidaklah kelihatan terlalu banyak dan menguntungkan, namun berbeza pada saya. Mentor saya ketika itu David Goldberg memberitahu saya, jika saya mampu mencipta 10 ticks konsisten dalam sehari selama 1 tahun, ia bersamaan USD72,500 ketika hujung tahun.

Bagi seorang budak yang berumur 23 tahun pada tahun 1982, ia kelihatan cukup membanggakan dan penuh rasa keajaiban bagaimana membina reputasi dan keuntungan hanya melalui matlamat yang sedikit.

19. Hit Singles Not Home Runs.

Saya tidak pernah mengetahui seseorang trader yang berjaya di sebabkan mampu mencipta wang yang terlalu banyak hanya merisikokan sedikit wang. Saya tidak tahu berapa ramai trader yang menjangka, akan menjadi seperti itu.

Anda tidak sepatutnya menjangka, dengan kemenangan yang terlalu besar. Mungkin jika mereka berjaya, ianya lebih kepada tuah semata-mata, bukannya kecekapan.

Sewaktu saya memasuki dalam bidang ini lebih daripada 20 tahun, saya hanya 5 kali mampu melakukan seperti itu. Bukan disebabkan saya cekap, tapi lebih kepada bernasib baik semata-mata.

20. Consistency Builds Confidence And Control.

Betapa indah apabila anda duduk di hadapan komputer pada waktu pagi dan anda tahu untuk mengikuti kesemua peraturan yang telah anda tetapkan. Kemungkinan untuk anda mencipta keuntungan pada hari itu adalah tinggi.

Seperti itu juga yang telah saya lalui selama bertahun-tahun. Nilai kesilapan saya terlalu sedikit. 

Adakah anda tahu bahawa, melakukan perkara tersebut secara konsisten, akan meningkatkan nilai keyakinan diri.

21. Learn To Sweat Out (Scale Out) Your Winners.

Setiap trade yang menguntungkan, berdasarkan Risk, Reward, Ratio yang betul, akan meningkatkan jumlah keuntungan pada akaun perdagangan anda. Sekiranya saiz trading anda, lebih dari USD1/lot, dan menemui kegagalan, adalah lebih baik untuk menutup kesemua trading anda pada hari itu.

Namun jika dagangan tersebut berjaya mendapatkan keuntungan, anda boleh menutup sebahagian dagangan tersebut. Kesemua ini bukan tujuannya untuk mencipta kemenangan yang terlalu besar, tetapi untuk anda mendapatkan keuntungan yang pasti di dalam tangan berbanding, nilai kerugian yang sedikit.

22. Make The Same  Type Of Trades Over And Over Again – Be A Bricklayer.

Sentiasa kekalkan momentum pencapaian dan proses anda berada di tahap yang sama. Jangan berubah-ubah.

Saya mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam kerjaya sebagai seorang trader, setiap hari adalah sama bagi saya. Tidak terlalu ‘panas’ dan tidak terlalu ‘sejuk’.

Kelihatan seperti susunan batu bata, sama tinggi dan sama rendah, sentiasa sama.

23. Don’t Over-Analyze. Don’t Procrastinate. Don’t Hesitate. If You Do, You Will Lose.

Terlalu banyak trader mengadu kepada saya, bahawa mereka mengaku tertekan di sebabkan analisa yang mereka lakukan sentiasa bertentangan dengan arah pergerakan pasaran.

Tidak kurang juga bagi mereka yang sentiasa terlepas peluang dan arah pergerakan pasaran, walaupun sudah sesuai masa untuk melakukan trading, namun berpandukan indikator yang mereka gunakan ia masih belum sesuai.

Suka saya mengingatkan, sebagai seorang trader, kita dapat wang melalui aktiviti trading. Jika tidak melakukannya, poket kita hanya kosong.

Jangan terlalu melakukan pelbagai analisa yang lebih membingungkan. Letakkan trade anda, jika anda salah keluar dengan pantas. Lakukan yang sepatutnya.

24. All Traders Are Created Equal In The Eyes Of The Market.

Setiap hari kita memulakan hari kita semua sebagai trader, adalah kesemuanya sama. Kita semua bermula dari kosong.

Apabila pasaran dibuka, kita semua akan memulakan aktiviti trading, dan akhirnya ia akan lebih bergantung kepada keseluruhan disiplin yang kita gunakan. Jika kita melanggarnya akan menemui kesan negatif, begitu juga sebaliknya.

Sebaiknya adalah dengan menghormati pasaran dan menjaga disiplin anda.

25. It’s The Market Itself That Wields The Ultimate Scale Of Justice.

Pasaran akan pergi ke mana saja arah yang diinginkan. Ia tidak mempedulikan saya atau anda.

Pasaran tidak mempunyai arah pasaran tertentu yang hendak dituju. Pasaran akan sentiasa betul. Anda perlu belajar untuk menghormati pasaran.

Jaga 25 disiplin ini, anda akan bertahan lama dalam pasaran saham.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.