4 Peraturan Perkhidmatan Pelanggan Yang Dapat Meningkatkan Keuntungan

Pelanggan merupakan kunci kepada perniagaan kita berjaya atau sebaliknya. Disebabkan faktor tersebutlah yang menjadikan perkhidmatan pelanggan penting dan ada satu sudut khas dalam pengurusan perniagaan mengenai pengurusan pelanggan dalam melayan kerenah pelanggan.

Oleh kerana ‘customer is king’, adalah penting untuk kita tahu mengenai perkhidmatan pelanggan dan tips untuk menjadikan pelanggan kekal dan setia dengan apa jua perniagaan yang kita usahakan.

Peraturan 1: Jangan jadikan masalah kita sebagai masalah pelanggan

Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang bermakna anda membetulkan masalah anda tanpa pelanggan mengetahui masalahnya. Anda jangan sesekali menjadikan masalah anda adalah masalah pelanggan anda.

Ini merupakan etika profesional apabila mengendalikan perniagaan anda. Pelanggan anda bukanlah tempat untuk meluahkan masalah anda. Mereka juga mempunyai masalah mereka tersendiri.

Peraturan 2: Dapatkan ulasan dan galakkan perbicangan terbuka

Untuk memahami kehendak dan keperluan pengguna, anda perlu dapatkan ulasan dan galakkan perbincangan secara terbuka dengan pelanggan anda. Ini merupakan satu cara untuk anda meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan anda.

Apabila pengguna atau pelanggan selesa dengan layanan anda, mereka secara langsung akan yakin dengan produk dan perkhidmatan anda.

Peraturan 3: Bertolak ansur dan prihatin kepada pelanggan

Mereka yang datang ke pusat perkhidmatan pelanggan anda pastinya mempunyai masalah untuk diselesaikan. Kebarangkalian mereka percaya bahawa produk anda boleh menyelesaikan masalah mereka.

Justeru itu, apabila mereka menceritakan masalah mereka, anda harus mempunyai sikap prihatin dan bertolak ansur dalam perbincangan tersebut. Ini secara tidak langsung, anda sedang menyakinkan mereka dengan produk dan perkhidmatan anda.

Peraturan 4: Berikan ganjaran kepada pelanggan setia

Ini adalah salah satu pendekatan untuk mendekatkan diri anda, syarikat anda malah perkhidmatan anda dengan pelanggan dan pengguna anda.

Apabila anda memberikan mereka ganjaran kerana membeli produk dan perkhidmatan anda melebihi 3 kali misalnya, anda memberikan potongan harga atau hadiah kepada mereka. Ini akan meningkatkan kepercayaan mereka kepada produk dan perkhidmatan anda.

Kesimpulannya, 4 tips dan peraturan ini merupakan satu cara anda untuk meningkatkan khidmat pelanggan syarikat anda. Anda harus mempunyai satu platform untuk pelanggan berunding atau memberikan “feedback”.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.