4 Ciri-Ciri Baru ShareInvestor Yang Membuatkannya Semakin Mantap

Baru-baru ini, perisian kegemaran semua pelabur iaitu ShareInvestor telah menerima update dengan menambah 4 ciri-ciri baru kepada semua para pelanggannya. Ini bagi memastikan ianya sentiasa up-to-date dan lebih membantu para pelabur dan pedagang untuk memperoleh manfaat, sekaligus membantu dalam pemilihan saham.

Empat ciri-ciri baru tersebut adalah:

1. Intrinsic Value Analysis (Analisa Nilai Intrinsik)

2. Peer Analysis (Analisa Setara)

3. Top 20 Shareholders (20 Pemegang Saham Utama)

4. By Shareholders (Oleh Pemegang Saham)

Kini anda boleh membuat Fundamental Analysis yang lebih mendalam bagi menentukan syarikat-syarikat yang undervalued atau berada di bawah nilai. Boleh juga tengok jerung-jerung mana yang banyak pegang saham syarikat. Senang, boleh terus masuk dalam watchlist dan monitor sambil set alarm.

Bila Technical Analysis kata boleh beli, confirm dengan carta kejap, boleh terus tekan butang Buy. Dahlah harga ShareInvestor ini berdasarkan real-time, takde delay pun. Anda boleh terus buat keputusan dengan bijak serta-merta.

Nak kami tolong anda pula? Ini dia bonus kepada semua orang, jangan lepaskan peluang.

10% Diskaun Bagi ShareInvestor Station Untuk Pembaca Majalah Labur

Berita baik buat pembaca setia Majalah Labur, kini anda boleh dapatkan 10% diskaun untuk langganan ShareInvestor Station. Cuma ikut 3 langkah mudah seperti dalam fail PDF ini.

2 Bulan Percuma Untuk Bursa Station

Dapatkan 2 BULAN PERCUMA bagi setiap langganan 12 bulan bagi Bursa Station pula. Cuma ikut langkah-langkah dalam fail PDF ini.

Belajar Cara Guna ShareInvestor Station

Bagi mereka yang berminat untuk belajar lebih lanjut berkenaan ShareInvestor Station, boleh hadiri ShareInvestor Station Learning Workshop:

Tarikh: 20 Oktober 2018

Masa: 9.30 am – 5.00 pm

Tempat: ShareInvestor Academy, No. 9-1, 3rd Mile Square, 151, Batu 3½, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur

Boleh daftar workshop tersebut di sini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Press Metal: Usah Bimbang, Asas-Asas Masih Kukuh

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR9.80 daripada MYR10.50, potensi kenaikan harga saham 25%

Pada pendapat kami, penjualan saham Press Metal baru-baru ini menawarkan peluang untuk mengumpul saham tersebut kerana hujah pelaburan kami tetap bertahan, iaitu kekurangan bekalan aluminium jangka panjang yang diperkukuh lagi oleh kedudukan perlindungan PMAH yang menguntungkan. Selepas perolehan disemak, penilaian saham ini masih menarik apabila diniagakan pada P/E 22x, iaitu bawah purata lima tahunnya.

Kekurangan bekalan jangka panjang masih menjadi hujah utama

Kami anggarkan yang Selat Hormuz akan mengambil masa beberapa bulan untuk pulih secara beransur-ansur, dan kesesakan pelabuhan mungkin akan berlaku kelak. Yang lebih penting lagi, kami berpendapat bahawa kilang pelebur-pelebur serantau yang mengalami kerosakan akan memakan masa sehingga setahun untuk beransur-ansur mula beroperasi semula, dan hal ini akan menjadi faktor pemacu utama dalam jangka sederhana buat kekurangan bekalan jangka panjang.

Jika diimbas kembali: Emirates Global Aluminium – syarikat pelebur terbesar di rantau itu – dilaporkan mengalami kerosakan pada kira-kira 50% kapasitinya, sekali gus mengurangkan kapasiti peleburan serantau sebanyak 44% kepada 3.45j tan. Kami menjangka pasaran aluminium akan kekal kekurangan bekalan untuk jangka panjang, lantas mengembangkan anggaran kekurangan bekalan kepada 2-3j tan pada 2026 dan 1j tan pada 2027 berbanding kira-kira 600 ribu tan sebelum konflik bermula.

Oleh itu, sekiranya senario “kedamaian berpanjangan” diandaikan, kami masih menjangka harga aluminium akan kekal melepasi paras USD3,000/tan dalam jangka dekat hingga sederhana. Harga semerta kini berlegar antara USD3,100 dan USD3,200, lalu membawa harga purata YTD kepada USD3,333/tan. Jika harga kekal pada paras ini pada 2H26, kami menjangka harga purata 2026 akan mencecah antara USD3,100 dan USD3,200/tan, rata-ratanya setara dengan anggaran kami iaitu USD3,250/tan.

Namun begitu, pada 2027, melihat pada pemulihan beransuransur dalam kalangan syarikat pelebur di Asia Barat, di samping kapasiti baru yang berpotensi tiba dari Indonesia, harga aluminium mungkin mengalami tekanan penurunan tambahan, dengan mencapai purata USD3,000-3,100/tan. Oleh itu, kami memilih untuk mengambil pendirian konservatif dan menurunkan andaian harga kami untuk 2027 daripada USD3,150 kepada USD3,050/tan.

Potensi risiko positif FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB meramalkan tiada potongan kadar akan dibuat pada 2026, plot bintik sekarang menunjukkan kemungkinan satu kenaikan kadar tahun ini, yang akan membawa nilai USD/MYR
kepada USD4.08 (+4% dalam tempoh empat minggu). Hal ini merupakan perkara positif buat PMAH, kerana >90% daripada produk keluarannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan nilai USD setiap 2% akan meningkatkan perolehannya sebanyak sekitar 5%, jika tiada langkah perlindungan harga diambil.

Keseluruhannya, kami memotong perolehan FY26F-27F sebanyak 3% dan 5% sambil mengekalkan anggaran FY28 lebih kurang sama selepas merendahkan andaian harga aluminium kami dan mengambil kira kos karbon anod yang lebih tinggi sedikit.

TP kami diperoleh berdasarkanP/E FY27F25x (+1SD daripada purata lima tahunnya), iaitu nilai premium yang kami fikirkan berpatutan kerana harga aluminium masih menarik, dan seterusnya membawa kepada nisbah kos alumina berbanding aluminium yang lebih rendah daripada purata, sekali gus menyebabkan margin lebih baik secara keseluruhan. Risiko negatif utama: Pemulihan bekalan aluminium yang lebih cepat daripada disangka dan harga aluminium menjunam.

Faktor pemacu utama

i. Model berkos rendah PMAH terbukti berkesan apabila ia membantu kilang-kilangnya beroperasi pada kadar kos pengeluaran antara yang terendah di dunia.
ii. Harga aluminium yang kembali pulih dan nilai mata wang MYR yang lemah sepatutnya membantu menaikkan pendapatan bersih syarikat.

Risiko utama

i. Pertumbuhan bekalan yang lebih cepat daripada jangkaan
ii. Harga aluminium jatuh menjunam.
iii. Permintaan daripada ruang tenaga boleh dibaharui yang lebih rendah daripada yang dijangka.

Profil Syarikat

Press Metal merupakan sebuah syarikat aluminium berpangkalan di Malaysia yang mempunyai cawangan
yang meluas di serata dunia. Kumpulan ini menjalankan operasi penyempritan secara hiliran yang disepadukan dengan kilang peleburan aluminium greenfield di Mukah dan Samalaju di Sarawak yang mempunyai kapasiti gabungan tahunan mencecah 1,080,000 tan. Ia juga mengendalikan kilang penyemperitan aluminium di Malaysia dan China.

Masih Lagi Saham Pilihan Utama Kami

Kami masih memandang positif terhadap aluminium, didorong oleh:
i. Had yang dikenakan oleh China untuk keluaran aluminium
ii. Cabaran di Indonesia
iii. Premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) masih pada paras tinggi

Carta Saranan

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.