7 Salah Faham Yang Sering Berlaku Dalam Pelaburan Saham

Mitos atau perkara yang sering kita dengar dalam dunia saham ini kadang-kalanya tidak tepat. Ia merupakan salah faham saham yang sering berlaku dalam masyarakat sehingga menyebabkan ramai pelabur tersalah info, dihantui dengan mindset yang tidak sepatutnya dan lain-lain lagi.

Ilmu saham penting untuk pelabur pemula melakukan transaksi saham bermula dari awal sehinggalah ke proses seterusnya. Namun, adakalanya yang menjadi halangan adalah salah faham berkenaan pelaburan saham yang sering digembar-gemburkan.

Jom lihat beberapa salah faham yang sering berlaku dalam pelaburan saham.

1. Beli Saham Murah Selamat Berbanding Saham Mahal

Saham mahal dan murah menjadi salah faham ramai pelabur yang ingin membeli saham pada hari ini. Kebanyakan pemula tidak sedar bahawa terdapat saham murah yang langsung tidak berpotensi. 

Sama ada saham murah atau mahal, potensi saham tersebut dipangaruhi oleh syarikat yang terlibat. Samada saham murah atau saham mahal, potensi kenaikan harga saham tidak tertakluk kepada bilangan unit dan harga saham tersebut; tetapi berdasarkan masa depan syarikat saham tersebut.

Senang cerita, melaburlah ke dalam syarikat yang mempunyai Fundamental yang kukuh.

Baca: Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?

2. Melabur Saham Adalah Judi

Ramai orang berpendapat bahawa melabur saham sama seperti bermain judi kerana ia adalah mengikut nasib semata-mata. Seolah-olah macam beli nombor ekor.

Sebenarnya, ia merupakan salah faham saham utama kerana keuntungan saham ditentukan oleh beberapa faktor dan bukannya disebabkan nasib. Di antara faktor yang menentukan keuntungan saham adalah ekonomi, politik dan sebagainya.

Baca: Pelaburan Saham & Hukum Beberapa Bentuk Urusniaganya

3. Saham Hanya Untuk Orang Kaya

“Isk, aku mana ada modal. Orang kata nak kena ada puluh ribu kan kalau nak mula melabur?”

Salah faham yang paling evergreen dalam kalangan masyarakat adalah dengan menganggap pelaburan saham hanya untuk orang kaya dan elit. Sebenarnya tidak!

Jika kita mempunyai RM10, kita sudah boleh untuk membuka akaun CDS, malah dengan modal RM100 pun kita sudah boleh mula melabur.

RM10 buat beli saham?!

Bro, aku ada belen RM10 ni, cukup ke untuk mula melabur saham?

Posted by The Kapital on Khamis, 27 Ogos 2020

4. Harga Saham Murah Takkan Jatuh Lagi

Bagi mereka yang tidak berpengalaman atau masih kurang ilmu, pasti akan sering mengalami salah faham saham ini. Mereka beranggapan bahawa nilai harga saham syarikat yang murah takkan jatuh lagi.

Disebabkan itu, ramai yang tergopoh-gapah dengan terus melakukan transaksi. Kejatuhan saham juga bergantung kepada kemelut atau krisis yang melanda sesebuah syarikat tersebut.

Sebagai contoh apabila pandemik Covid-19 melanda, saham-saham berkaitan industri pelancongan, perhotelan dan oil & gas jatuh merudum.

5. Harga Saham Mahal Takkan Naik Lagi

“Alamak, harga saham tu dah mahal, mesti tak boleh naik lagi dah!”

Umum tahu bahawa saham Top Glove merupakan di antara saham yang meningkat naik harganya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Ini disebabkan permintaan sarung tangan yang meningkat, menyebabkan pengeluaran syarikat meningkat, pendapatan syarikat meningkat, keuntungan syarikat meningkat dan harga saham juga turut meningkat.

Baca: Top Glove Beri Dividen 10 Sen Dan ‘Capital Gain’ 400% Bagi Tahun 2020

6. Cara ‘Shortcut’ Untuk Buat Duit

This image has an empty alt attribute; its file name is 8-Salah-Faham-Yang-Sering-Berlaku-Dalam-Pelaburan-Saham1.jpg

Jika anda terdesak nak buat duit, pasaran saham bukanlah platform yang sesuai untuk anda. Ia tidak menjanjikan seseorang untuk buat duit dalam sekelip mata.

Sebelum nak berjaya buat duit dalam pasaran, kita perlu mendalami selok belok serta ada ilmunya terlebih dahulu. Proses ini juga berterusan dan bukan boleh pandai dalam sehari dua.

7. Boleh Bankrap

“Eeee tak nak aku, orang kata boleh jatuh muflis kalau main saham ni”.

Melabur saham ni, paling teruk pun kita boleh hangus semua modal yang dilaburkan sahaja. Sebab itu perlu melabur dengan duit lebihan dan jangan berhutang!

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Indeks Faktor Kualiti Pertama Bursa Malaysia Menampilkan Syarikat Dengan Ciri Kewangan Yang Kukuh

Kuala Lumpur — Bursa Malaysia (“Bursa”) hari ini melancarkan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 (BMQ) dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah (BMQ-S), iaitu indeks dalaman pertama Bursa yang dibangunkan berasaskan prestasi kewangan.

Berbeza dengan indeks penanda aras utama yang kebanyakannya menjejaki syarikat berdasarkan permodalan pasaran, indeks BMQ dan BMQ-S menampilkan syarikat tersenarai yang menunjukkan ciri kewangan yang lebih kukuh dari segi keuntungan, struktur modal dan kualiti pendapatan. Faktor-faktor ini diukur melalui Pulangan ke atas Ekuiti (Return on Equity), Nisbah Hutang kepada Ekuiti (Debt-to-Equity), serta Aliran Tunai Operasi berbanding Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti.

Setiap indeks merangkumi 50 syarikat daripada Pasaran UTAMA dan Pasaran ACE yang tidak termasuk dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI), iaitu penanda aras utama pasaran yang menumpukan sebahagian besar permodalan pasaran dan perhatian pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Dato’ Fad’l Mohamed, berkata “Pelancaran Indeks Bursa Malaysia Quality 50 dan Indeks Bursa Malaysia Quality 50 Shariah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan inovasi indeks kami. Kami melihat kemunculan syarikat yang berdaya tahan dari segi kewangan merentasi pelbagai sektor, termasuk syarikat teknologi yang membentuk hampir 18% daripada kedua-dua BMQ dan BMQ-S. Indeks ini menyediakan titik rujukan yang mencerminkan landskap pertumbuhan yang lebih luas, sekali gus memastikan syarikat Malaysia dengan asas kukuh lebih jelas kelihatan dan mudah diakses oleh pelabur, di samping menyokong penyertaan yang lebih meluas dalam pasaran ekuiti Malaysia.”

Kedua-dua indeks BMQ dan BMQ-S menggunakan rangka kerja pembinaan indeks yang sama, dengan BMQ-S hanya merangkumi sekuriti yang diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bagi memastikan indeks ini mencerminkan syarikat yang sesuai sebagai penanda aras dan rujukan pelaburan, syarikat terpilih perlu memenuhi keperluan minimum dari segi saiz dan aktiviti dagangan.

Indeks-indeks ini akan disemak dua kali setahun bagi memastikan ia terus mencerminkan keadaan pasaran semasa dan prestasi syarikat. Nilai indeks serta maklumat komponen akan tersedia di laman sesawang Bursa Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai indeks BMQ dan BMQ-S serta metodologinya, sila layari:
https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/bursamalaysia-quality-50-index