Anda Nak Jadi Seorang Trader? Mantapkan 3M Ini Dahulu

Tahukah anda, tidak semua trader dapat bertahan dalam dunia pelaburan ini? Dan ada juga yang tertanya-tanya kenapa diri ni masih belum berjaya sedangkan trader yang masuk dalam dunia pelaburan bersama mereka sudah boleh berjaya?

Kita sudah fahami cara membaca pelbagai jenis indikator, waktu yang sesuai untuk jual dan beli, menentukan downtrend atau uptrend, dan sebagainya. Namun kita tak dapat nak bertahan untuk kekal dalam dunia pelaburan. Ini kerana, ramai trader anggap mereka sudah mencukupi pelbagai aspek dalam pelaburan tetapi sebenarnya mereka terlepas pandang dengan konsep 3M iaitu Mind, Money management and Method.

Ketiga-tiga M ini adalah sangat penting, dan kita boleh menganggapnya sebagai tiga tonggak dan tulang belakang dalam pelaburan. Jika tiada salah satu daripadanya, mungkin kita tidak akan dapat bertahan, dan tidak akan mudah untuk berjaya.

Oleh itu, apakah yang perlu kita fahami tentang konsep 3M ini?

1. Mind (Minda)

Minda merupakan komponen yang paling penting dan utama daripada yang lain. Hal ini kerana kita tidak dapat menjana wang secara berterusan jika tidak mempunyai mindset trading yang betul. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai mindset  dunia pelaburan yang betul.

Kawalan diri sangatlah penting bagi trader dalam membuat trading. Setiap trader perlu mempunyai objektif dan target mereka tersendiri seperti meletakkan had keuntungan atau kerugian yang mereka mahukan atau mampu tanggung.

Sekiranya trader tidak mampu untuk mengawal diri dalam menghadapi godaan dalam membuat trading dengan membeli saham secara tidak terkawal, kemungkinan besar mereka akan mudah putus asa dalam membuat trading.  

Trading merupakan satu risiko tinggi dimana trader perlu bijak dalam mengendalikan diri dan mempunyai kemampuan yang dimulai dengan pemahaman mental tentang apakah yang mereka mahu lakukan dan apakah risiko yang mereka akan ambil.

Disebabkan itu, kita perlu memikirkan lebih banyak mengenai hakikat bahawa sangat mudah kehilangan wang dalam trading, dan bukannya fakta bahawa mungkin kita boleh memperoleh keuntungan besar pada setiap trading yang kita lakukan. Oleh itu, trader dinasihati supaya berhati-hati dalam membuat trading seperti tidak membeli saham secara berlebihan kerana ini boleh mempengaruhi minda trader sekiranya kerugian berlaku.

Contohnya, jangkaan trader bagi harga saham syarikat A akan meningkat, jadi trader akan trade dengan jumlah yang banyak pada syarikat A, akan tetapi harga saham syarikat A menurun dengan banyak selepas beberapa bulan dan ini menyebabkan trader meperolehi kerugian yang besar.

2. Money Management (Pengurusan Wang)

Sebagai seorang trader yang bijak, pengurusan wang amat penting bagi memastikan kita tidak kehilangan keseluruhan modal pelaburan. Kita dinasihatkan, jangan meletakkan semua wang kita ke dalam satu saham sahaja.

Seperti pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi “Don’t put all your eggs in one basket” kalau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, ianya bermaksud jangan letakkan kesemua telur yang ada ke dalam satu bakul. Cuba bayangkan sekiranya kita meletakkan semua telur di dalam satu bakul dan secara tiba-tiba bakul tersebut jatuh.

Maka tinggilah kebarangkalian untuk kesemua telur tersebut untuk pecah. Sama juga seperti trading ni, dimana risikonya adalah tinggi sekiranya kita hanya trade pada satu saham sahaja.

Secara ringkasnya, berikut merupakan cara pengurusan wang yang boleh digunakan:

  • Kita perlu sentiasa memikirkan risiko sebelum mendapat untung atau kerugian.
  • Kita perlu tahu berapa jumlah risiko per pelaburan dan jangan melebihi daripada jumlah yang kita sudah tetapkan. Jumlah wang ini adalah jumlah yang kita sanggup hilang bila berlakunya penurunan harga saham dalam trading. Kadang-kadang, minda dan mental kita boleh terganggu kalau kita tak bersedia untuk hadapi risiko kerugian yang besar.
  • Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang bagaimana meletakkan sasaran keuntungan.
  • Kita perlu memahami cara mengira risiko dan pulangan (risk and reward ratio) pada pelaburan dan ini bermakna kita juga perlu tahu samada dagangan itu berbaloi untuk diambil atau tidak dan adakah risikonya tinggi atau rendah?

Sekiranya kita tidak mempunyai pengurusan wang yang betul, mindset yang telah kita tetapkan akan mudah bercelaru atau hilang. Kaedah kita juga akan menjadi kurang atau tidak relevan sekiranya kita tidak dapat menguruskan wang dengan bijak.

Oleh itu, lebih mudah untuk kita fokus dalam menguruskan wang kita, terutamanya risiko kerugian. Ketahuilah bahawa pemeliharaan modal adalah kunci utama pengurusan wang. Pemeliharaan modal bermaksud menguruskan modal pelaburan kita supaya kita tidak menggunakannya terlalu banyak atau secara berlebihan.

3. Method (Cara)

Merupakan pendekatan atau kaedah yang pelabur gunakan untuk menganalisis atau mengkaji harga, menentukan harga beli, cut loss, harga sasaran (target price) dan sebagainya. Sebelum masuk ke dalam pasaran saham, kita perlu tahu dan mesti mempunyai kaedah pelaburan yang berkesan.

Contohnya, kita perlu tahu sebab mengapa kita beli sesuatu saham? Adakah kerana fundamentalnya baik? Atau munculnya signal beli pada carta?

Oleh itu, kita perlulah menilai sama ada kaedah pelaburan yang digunakan oleh kita, adakah  ia berkesan atau tidak? Sebagai trader yang baharu di dalam dunia saham, kita boleh cuba melakukan paper trading selama beberapa bulan dan melihat hasil yang kita perolehi.

Paper trade boleh dilakukan dengan cuba bermain di game pelaburan yang telah disediakan seperti di TradingView atau Bursa Marketplace.  Satu peringatan, pastikan kita mengikuti kaedah seperti yang diajarkan.

Contohnya, menggunakan beberapa indikator sebagai panduan beli dan jual dalam pelaburan seperti Moving Average (MA), Exponential Moving Average (EMA), Simple Moving Average (SMA) dan sebagainya.

Seperti di atas, garisan biru merupakan garisan indikator Moving Average (MA) dan garisan hitam merupakan harga pasaran (price). Dengan mengguna indikator tersebut iaitu Moving Average,  kita sudah boleh dapati pada waktu bilakah yang sesuai untuk kita beli (Buy) atau jual (Sell) saham kita.

Kesimpulan

Jika kita nak melakukan sesuatu perkara, kita perlu tahu caranya sebelum nak buat sesuatu. Kalau kita tak tahu cara, kita boleh dapat kerugian yang besar dan akan menyesal satu hari nanti. Sebab tu penting untuk kita tahu konsep 3M ini.

Yang mana 3M (Mind, Money Management and Method) ini perlu untuk kita sentiasa ingat sebelum membuat sesuatu trade. Oleh itu, sekiranya kita gabungkan 3M ini dan praktik dalam dunia trading kita, pasti kita akan dapat bertahan lama dan berjaya dalam dunia trading ini.

Penulis boleh dihubungi di:

Nur ‘Afifa Binti Abdul Kamal ([email protected])
Nursyamimi Husna Binti Yahya ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.