Menuju Endemik, Sekarang Masa Terbaik Untuk Melabur?

Hari ini kita dapat lihat bahawa situasi pandemik COVID-19  semakin reda. Walaupun kes di negara kita agak tinggi namun kebanyakan negara luar sudah mula beralih ke arah fasa endemik.  Sempadan negara pula dijangka akan dibuka. Malaysia pula masih dalam fasa berhati-hati untuk ke fasa endemik.

Hampir dua tahun kita berdepan dengan kegawatan ekonomi global, kini sudah tiba masanya untuk ekonomi kita dan keluarga bangkit semula. Pelaburan merupakan instrumen terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keadaan ekonomi kita.

Jom kita tengok sebab-sebab sekarang adalah masa yang terbaik untuk melabur di pasaran global.

1. Pemulihan Ekonomi

Sekiranya tahun 2020 merupakan tahun penguncupan ekonomi sehingga banyak perniagaan ditutup, ramai orang dibuang kerja; tahun 2021 kita dapat lihat tanda-tanda pemulihan ekonomi bermula.

Malah kita dapat lihat bagaimana ekonomi dunia kini berada di tahap sebelum pandemik. Harga minyak dunia yang dulunya pernah mencecah paras negatif USD40, kini harga minyak telah naik ke melebihi paras USD90, iaitu lebih tinggi daripada ketika sebelum zaman pandemik bermula. 

2. Pembukaan Pintu Sempadan

Sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan yang dulunya terjejas teruk, kini mula menerima kunjungan orang ramai. Tempat-tempat peranginan dah mula sesak, penerbangan domestik dan antarabangsa dah mula sibuk.

Cuti hujung tahun dan juga hujung minggu baru-baru ini, banyak tempat peranginan dan rekreasi penuh dengan pengunjung. Masyarakat dah mula keluar dengan pematuhan SOP yang tinggi. Ini sekaligus menunjukkan bahawa keadaan semakin pulih. Semakin banyak duit bertukar tangan, semakin rancak keadaan ekonomi dunia, maka ekonomi dunia akan semakin meningkat naik.

3. Sejarah Berulang

Tahukah anda bahawa ekonomi dunia ada kitarannya tersendiri? Ada turun naiknya sendiri?

Kegawatan ekonomi dunia sebelum ini menyaksikan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998, Krisis Subprime Amerika Syarikat pada tahun 2008, dan seterusnya Pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Seolah-olah setiap 10 ke 12 tahun, pasti berlaku kegawatan ekonomi.

Dan setiap kali berlakunya kegawatan, ekonomi pasti akan naik semula. Kita cuma perlu lihat kepada sejarah dan pastinya sejarah akan terus berulang. 

Oleh itu, bersiap sedialah dengan kebangkitan ekonomi dalam masa terdekat dan rebut peluang untuk melabur.

4. Kepelbagaian

Nama pun global, kita tidak lagi terikat kepada satu saja pasaran. Kalau dulu kita hanya melabur di dalam Malaysia, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di dalam negara, kita terpaksa menanggung kerugian.

Tetapi sekiranya kita melabur ke serata dunia, risiko tersebut akan diagihkan ke pelbagai negara merentas pelbagai benua. Jadi kalau satu negara terjejas teruk, portfolio pelaburan kita masih dapat bertahan.

Melabur Global Dengan PMB Shariah Global Equity Fund

Baru-baru ini, PMB Investment Berhad (PMB Investment) telah melancarkan dana PMB Shariah Global Equity Fund yang fokus kepada pelaburan ekuiti global dengan peruntukan aset sehingga 99.5%. Dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi dan patuh syariah di 4 benua dan 15 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, Jepun dan banyak lagi.

PMB Investment turut bekerjasama dengan Nasdaq Dorsey Wright (NDW), sebuah syarikat penasihat kepada Wall Street dan pelaburan dunia untuk menguruskan dana ini dengan menggunakan metodologi dan strategi pelaburan mereka.

Memang sesuai sangat untuk mereka yang nak mempelbagaikan pelaburan di peringkat global sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi dunia.

Kelebihan PMB Investment

Kalau nak tahu, PMB Investment adalah merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelopor dalam pengurusan unit amanah dan pengurusan portfolio. PMB Investment menguruskan 18 dana dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas aset utama iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran modal.

Dengan PMB Investment, anda dapat menggunakan khidmat pengurus dana profesional dan berkebolehan. Mungkin kita sibuk tak dapat nak monitor pelaburan kita sendiri, maka merekalah orang yang terbaik untuk membantu anda menguruskannya.

Boleh kita fokus kepada kerja hakiki dan membanting tulang empat kerat menjana pendapatan. Ada duit lebih, boleh melabur ke dalam PMB Shariah Global Equity Fund ini.

Hanya RM1,000 Untuk Bermula

Dengan modal serendah RM1,000 kita dah boleh mula melabur ke dalam PMB Shariah Global Equity Fund. 

Kemudian kalau nak top-up setiap bulan sangat digalakkan. Setiap bulan masuk gaji, topup dana pelaburan anda sedikit demi sedikit. Ingat pepatah Melayu ada mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Menarik kan pelaburan yang disediakan ini? Tak perlu pening kepala, tak perlu ganggu masa anda bersama keluarga. Ada golongan professional yang akan bantu laburkan untuk anda. 

Nak tahu lebih lanjut? Mudah je. Korang boleh hubungi talian 03-41453900 atau boleh layari PMB Shariah Global Equity Fund

Previous ArticleNext Article

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters