3 Kesan Buruk Guna Cash Advance Kad Kredit, Jangan Cari Nahas

Waktu mula-mula apply kad kredit, pegawai bank ada cakap yang kad kredit ini boleh buat cash advance. Masa tu seronok kita dengar, mana tidaknya kerana kita bolehlah guna kad ini untuk kecemasan.

Apa Itu Cash Advance?

Cash Advance bermaksud kita keluarkan sejumlah wang daripada kad kredit melalui mesin ATM. Ramai pengguna kad kredit sudah sedia tahu tentang hal ini tetapi buat-buat tak tahu.

Ini kerana pastinya ramai yang berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam menggunakan kad kredit untuk tujuan Cash Advance.

Sebenarnya tiada masalah untuk kita membuat cash advance dengan jumlah yang sedikit dan kita mampu bayar balik selepas menerima bil kad kredit.

Tapi janganlah sampai keluarkan cash yang banyak sehingga kita tidak mampu bayar walaupun jumlah minimum untuk bil bulan tersebut.

Jom kita tengok 3 keburukan menggunakan Cash Advance kad kredit ini.

1. Kadar Faedah Yang Tinggi

Sekiranya tidak mampu bayar, pasti lebih tinggi kadar faedah yang dikenakan. Seterusnya ia akan bertambah dengan lebih cepat dan banyak.

Kalau kadar faedah kad kredit pun kita dah terbeban dengannya, ini pula kadar faedah yang dikenakan oleh Cash Advance.

2. Faedah Harian Dikenakan

Tidak seperti kita menggunakan kad kredit dengan sekali kadar faedah dikenakan. Bila guna Cash Advance ini, faedah harian akan dikenakan sehinggalah kita membuat bayaran penuh.

Dahlah bulan-bulan nak bayar minimum pun susah, ini lagi cari nahas jawabnya.

3. Dikenakan Yuran Atau Fi

Selain daripada itu, setiap pengeluaran Cash Advance akan dikenakan yuran atau fi. Ianya bergantung kepada jumlah yang dikeluarkan, lebih banyak kita keluarkan, lebih tinggi nilainya.

Ada yang dikenakan 5% daripada jumlah tersebut. Ini bermakna, kita keluarkan RM1,000 melalui Cash Advance, awal-awal lagi dah kena caj RM50.

Pilihan Terakhir Untuk Dapatkan Wang Tunai

Walaupun kemudahan Cash Advance di hujung jari saja, tapi berhati-hatilah daripada menggunakannya. Jangan gunakan melainkan betul-betul terdesak.

Lebih baik kita buat pinjaman peribadi atau pinjam dulu daripada kawan-kawan dan saudara-mara.

Sumber Rujukan: Smart Pinjaman

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Previous ArticleNext Article

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Memperbaharui Program Kesetiaan

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2025 – AmBank telah melancarkan pengalaman baharu untuk Kad Kredit BonusLink Visa mereka, menjadikan pengumpulan dan penebusan Mata BonusLink lebih berbaloi serta menawarkan nilai yang lebih tinggi bagi setiap Ringgit dibelanjakan selaras dengan gaya hidup pengguna masa kini.

Pemegang Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Signature kini boleh menikmati 5 Mata BonusLink Tambahan bagi setiap RM1 dibelanjakan di semua stesen Shell dan gedung Parkson. Selain itu, mereka akan memperoleh 2 Mata BonusLink bagi setiap RM1 dibelanjakan untuk kategori Makan, Barangan Runcit, Membeli-belah Runcit dan transaksi Luar Negara. Sementara itu, pemegang Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Platinum akan menerima 3 Mata BonusLink Tambahan bagi setiap RM1 dibelanjakan di Shell dan Parkson, serta 1 Mata BonusLink bagi setiap RM1 untuk kategori harian yang sama.

Pemegang kad boleh menukar Mata BonusLink mereka kepada wang tunai serta-merta, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Semasa atau Simpanan AmBank mereka. Ciri pertama dalam industri ini boleh dinikmati apabila pemegang kad memautkan akaun BonusLink mereka melalui Aplikasi AmOnline, di mana mereka juga boleh memantau baki mata secara masa nyata dan menebus dengan mudah.

“Kad Kredit AmBank BonusLink Visa yang diperbaharui ini menawarkan ganjaran dan fleksibiliti lebih besar untuk pelanggan kami. Dengan mata ganjaran lebih tinggi di Shell dan Parkson, ditambah pula dengan penukaran mata kepada wang tunai secara serta-merta melalui Aplikasi AmOnline, kami memberikan kemudahan dan manfaat gaya hidup yang melangkaui perbankan tradisional,” kata Cheong Chee Wai, Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, AmBank.

“Kami sangat berbangga dengan Kad Kredit jenama bersama yang dikemas kini ini bersama AmBank, yang kini meningkatkan cara ahli BonusLink memperoleh mata dan memanfaatkan kekuatan rakan-rakan gabungan kami seperti tidak pernah sebelum ini. Ini hanyalah permulaan untuk memberi lebih banyak ganjaran kepada ahli kami,” kata Bruno Araujo, Ketua Pegawai Eksekutif, BonusLink.

Selain itu, pemegang kad akan menikmati naik taraf percuma ke Keahlian Shell Gold Tier, memperoleh 2X Mata BonusLink setiap liter untuk bahan api Shell FuelSave95 dan 5X Mata untuk Shell V-Power Racing. Pemegang kad juga boleh menikmati 5X Mata dengan perbelanjaan terkumpul sebanyak RM30 di Shell Select atau Shell Lubricants. Baucar Shell Café turut boleh ditebus dengan hanya 1 Mata BonusLink melalui aplikasi BLINK atau Aplikasi Shell. Naik taraf Gold Tier ini tersedia sehingga 31 Disember 2026.

“Shell memperkenalkan promosi ini bersama AmBank dan BonusLink untuk menawarkan lebih banyak cara kepada pelanggan kami untuk pergi lebih jauh. Dengan ini, rakyat Malaysia akan mendapat nilai lebih baik untuk setiap liter petrol. Kad Kredit AmBank BonusLink Visa memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan Mata BonusLink tambahan untuk setiap isian minyak, termasuk naik taraf automatik ke Gold Tier dalam program Shell Power Up. Dengan aplikasi Shell baharu, lebih mudah untuk menebus petrol BUDI95 anda dan menerima ganjaran,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti & Kemudahan, Shell Malaysia.

Sempena peningkatan ini, AmBank menawarkan bonus alu-aluan sehingga 45,000 Mata BonusLink untuk pemohon baharu Kad Kredit AmBank BonusLink Visa, sah mulai sekarang hingga 31 Mac 2026. Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari ambank.com.my/BL.