Apa Itu Bursa Marketplace Dan 4 Kelebihannya

Kita sering dengar nama Bursa Malaysia, namun mungkin ada yang tidak pernah dengar tentang Bursa Marketplace ini. Jom kita tengok apa itu Bursa Marketplace dan kelebihannya.

Bursa Marketplace merupakan platform pelaburan saham percuma yang disediakan oleh Bursa Malaysia. Bursa Marketplace mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri dalam membantu pelabur untuk mendapatkan banyak maklumat berguna dan mempelajari selok-belok pelaburan saham.

Kita boleh layari laman web Bursa Marketplace atau muat turun aplikasi telefon pintar di Google Play Store dan Apple App Store.

Dah bersedia? Jom kita tengok apa kelebihannya.

1. Dapatkan Senarai Saham Patuh Syariah Dengan Mudah

Sebagai seorang Muslim, kita sememangnya wajib untuk melabur ke dalam saham-saham yang patuh syariah dan menjauhkan diri daripada saham-saham yang tak patuh syariah. Dengan menggunakan Bursa Marketplace, kita tidak perlu risau kerana kita boleh tetapkan untuk melihat senarai saham yang patuh syariah saja.

Selalunya saham patuh syariah ini mempunyai tanda bulat di belakang nama tersebut dan jika ianya tiada tanda maka ia tidak patuh syariah. Mudah bukan?

2. Dapatkan Maklumat Syarikat Yang Tersenarai

Banyak berita yang tersebar di luar sana, sama ada melalui media sosial atau laman web. Terlalu banyak sampai kita pun tak boleh bezakan di antara mana yang palsu dan mana yang betul.

Dengan menggunakan Bursa Marketplace ini, kita dapat sumber maklumat terus daripada sumber rasmi iaitu Bursa Malaysia. Ianya boleh diakses menggunakan desktop/laptop atau telefon pintar, semuanya di hujung jari saja.

3. Kaji Saham Dan Profil Syarikat

Di Bursa Marketplace, kita boleh kaji semua benda tentang syarikat-syarikat yang tersenarai. Nak tengok fundamental syarikat boleh, nak baca laporan kajian mengenai syarikat pun boleh.

Nak buat kajian teknikal pun boleh, ada technical chart yang disediakan.

Boleh juga dapat alert dan notification berkenaan saham-saham pilihan kita.

4. Boleh Praktis Jual Beli Saham Secara Olok-olok

Sekiranya anda masih baru dalam dunia pelaburan, inilah masanya untuk anda gunakan platform ini sebagai tempat untuk anda berlatih jual beli saham secara olok-olok. Ianya percuma, maka anda boleh berlatih secara 24 jam di sana.

Akhir kata, bursa marketplace membawa keuntungan buat semua orang. Apa yang kita ingin pelajari berkaitan saham, semuanya ditunjukkan di bursa marketplace. Moga dengan platform ini, semua pelabur akan bertambah yakin untuk melabur. Selamat mencuba!

Sumber Rujukan: Bursa Marketplace

Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gabungan AQRS: Bersedia Untuk Gelombang Prasarana Yang Seterusnya

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.30 daripada MYR0.28, potensi kenaikan harga saham 76% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY26F (Jun)

Untung teras berjumlah MYR17.5j (+112% YoY) yang dicatatkan oleh Gabungan AQRS sepanjang tempoh 9 bulan pertama FY26 (9MFY26) berjaya melepasi jangkaan, dengan mencecah 92% unjuran sepenuh tahun kami dan konsensus. Penyimpangan positif ini berpunca daripada usaha pengoptimuman kos yang lebih baik merentasi kumpulan ini dengan GPM sebanyak 35% pada 3QFY26 berbanding dengan 18% pada 3QFY25. Projek hartanah milik AQRS di Johor Bahru, The Peak (GDV: MYR689j) mungkin menyaksikan tahap keterlihatan lebih kukuh akibat lokasi projek ini yang berdekatan stesen kereta api Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Bahagian pembinaan AQRS

Mengalami kerugian sebelum cukai bernilai MYR3.4j pada 3QFY26 berbanding dengan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak MYR7.6j yang direkodkan pada 3QFY25. Kerugian ini berpunca daripada kos-kos tambahan projek yang masih berjalan, sementara menunggu pemuktamadan akaun-akaun projek dan pemulihan daripada pelanggan. Pada masa yang sama, bahagian hartanah ini mencatat PBT teras berjumlah MYR10.7j pada 3QFY26 berbanding dengan kerugian teras sebelum cukai sebanyak MYR2.5j pada 3QFY25.

AQRS mencatat buku pesanan belum bayar bernilai MYR245j

Yang dianggap munasabah pada masa sekarang kerana tawaran kerja masih lagi belum meningkat untuk kontraktor-kontraktor bersaiz kecil hingga sederhana. Kami tidak menolak kemungkinan untuk AQRS menghantar tender dan meraih mana-mana pakej kerja daripada projek pembinaan semula lima stesen kereta api Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berikutan rekod prestasinya dalam projek Stadium Shah Alam dan stesen Glenmarie, termasuk dengan projek-projek sektor awam lain dalam buku tendernya.

Untuk bahagian hartanah, perolehan diperkukuh oleh jualan hartanah yang terjual dan belum dibil berjumlah MYR65.5j berbanding MYR191j setahun lalu manakala perolehan pada masa hadapan nanti mungkin datang daripada projek Serena Gambang di Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar MYR382j (pelancaran sasaran pada 1HCY26) dan juga The Peak di Johor. Dalam jangka lebih panjang, kami mungkin menerima sumbangan daripada usaha sama (JV) pembangunan hartanah terbaharunya dengan Rising Charm di Bangi (GDV: MYR600j).

Oleh sebab keputusan melangkaui jangkaan

Kami menaikkan perolehan FY26F28F sebanyak 13%, 13%, dan 5% dengan menyelaras andaian GPM kami. Oleh itu, kami meraih TP baharu melalui kaedah SOP sebanyak MYR0.30. Faktor pemangkin untuk AQRS termasuklah pelancaran Fasa 1B bagi Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang memberikan manfaat kepada perniagaan pratuang yang dimilikinya 49% (SEDCO Precast). Kontrak-kontrak untuk membekalkan komponen-komponen pratuang kepada projek tersebut dinilai pada anggaran lingkungan MYR400-500j (pada peringkat subkontraktor).

Disebabkan oleh pelbagai kewujudan faktor pendorong dan rekod prestasinya yang baik dalam projek-projek prasarana

(Transit Aliran Massa 1, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), LRT3), saham ini dilihat menarik apabila ia diniagakan lebih daripada -2SD di bawah P/E purata 5 tahunnya dan catatan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia. Dengan itu, saranan BELI kami dikekalkan.

Risiko negatif utama

Kegagalan mendapatkan kontrak baharu dengan cepat.

Asas Penilaian

Kami menilai kumpulan ini berdasarkan SOP-nya, yang diperoleh daripada gabungan metodologi penilaian P/E, DCF, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Berpotensi mendapat manfaat daripada tawaran kontrak Pan Borneo Sabah

Risiko Utama

Kegagalan untuk meraih kontrak baharu pada masa yang tepat.

Profil Syarikat

Gabungan AQRS terutamanya terbabit dalam pembinaan dan pembangunan hartanah

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.