Apa Itu Discretionary Trading

Ramai orang masih tidak terlibat dalam pelaburan saham dengan alasan tiada masa untuk menguruskan akaun sendiri. Bagaimana sekiranya kami kongsikan kepada anda satu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh broker yang mana broker akan menguruskan akaun anda.

Servis ini dinamakan sebagai Discretionary Trading.

Servis ini akan memberikan kebenaran kepada Dealer atau Remisier untuk melakukan keputusan dagangan bagi pihak pelanggan mengikut garis panduan ketat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

Antara kelebihannya sudah tentulah akses kepada pelaburan yang diuruskan oleh pihak profesional, kepelbagaian merentas kelas aset yang berbeza dan anda tidak perlu pening-pening nak fikir saham apa yang perlu dibeli.

Apa Itu Discretionary Trading

Discretionary Trading merupakan servis yang ditawarkan oleh broker kepada pelanggannya di mana matlamat pelaburan ditetapkan bersama pelabur berdasarkan polisi pelaburan seperti objektif pelaburan dan toleransi terhadap risiko. 

Servis yang ditawarkan termasuklah pelaksanaan beli dan jual serta menguruskan akaun pelabur.

Syarat-Syarat Untuk Terlibat Dalam Discretionary Trading

Semua pelabur boleh terlibat dalam Discretionary Trading. Sekiranya anda berminat, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  1. Membuka akaun Discretionary. Akaun Discretionary adalah berbeza daripada akaun trading normal.
  2. Pelabur wajib melakukan pemindahan tunai.
  3. Pelabur tidak boleh memindahkan saham dalam portfolio akaun CDS sedia ada ke dalam akaun Discretionary.

Tidak semua broker menawarkan servis ini. Setakat ini, dua broker di bawah sahaja yang menawarkan servis ini.

Broker Yang Menawarkan Servis Ini

Sumber: Bursa Malaysia

Setakat ini terdapat dua broker yang menawarkan servis discretionary trading. Seperti dalam gambar di atas, dua broker tersebut adalah CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dan Malacca Securities Sdn Bhd.

Apa yang menarik adalah kedua-dua broker ini turut menawarkan Discretionary Trading patuh syariah yang membuka peluang kepada pelabur yang ingin melabur dalam pelaburan patuh syariah.

Berdasarkan peraturan Bursa Malaysia, setakat ini jual beli saham yang dilakukan hanya tertakluk kepada saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Maknanya Discretionary Trading ini tidak ditawarkan bagi saham luar negara.

Modal Minimum & Caj

Modal minimum sebagai permulaan serta caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut broker. Anda sebaiknya berhubung secara terus dengan pihak broker untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Kesimpulan

Sekiranya anda merasakan bahawa anda ingin mengembangkan nilai kekayaan anda melalui pelaburan saham namun tiada masa untuk menguruskannya, apa kata anda hubungi mana-mana broker di atas untuk membuka akaun Discretionary Trading sekarang.

Sumber: 

  1. Bursa Malaysia

Baca: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.