Apa Itu Saham LUPA?

Amaran! Ini bukan saham yang boleh buat anda terlupa terhadap kerugian. Ini juga bukan saham yang boleh buat anda terlupa terhadap keuntungan. 

Apa Itu Saham LUPA?

Saham LUPA diambil sempena empat buah syarikat yang berasaskan kepada generasi aplikasi telefon. Saham LUPA juga dikenali sebagai saham PAUL jika disusun huruf di dalam perkataan tersebut. 

Saham LUPA sebenarnya terdiri daripada Lyft, Uber, Pinterest dan Airbnb. Kesemua empat syarikat ini telah berjaya IPO dan kini didagangkan secara aktif di pasaran saham. 

Mungkin ada yang nak tahu boleh ke beli IPO di pasaran saham negara lain. 

Baca : Boleh Ke Beli IPO Di Wall Street?

Lyft

Gambar: Venture Beat

Lyft merupakan aplikasi perkongsian perjalanan popular yang berpangkalan di San Francisco. Pada awalnya ia diasaskan pada tahun 2007 sebagai Bounder Web, Inc. 

Ia menukar namanya kepada Zimride pada 2008 dan kemudian kepada Lyft pada 2012. Lyft diasaskan oleh Logan Green dan John Zimmer, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden syarikat itu. 

Saham Lyft adalah patuh syariah.

Sumber: Islamicly

Uber

Gambar: The Street

Uber, pesaing utama Lyft dalam industri e-hailing melalui satu dekad yang sibuk sejak penubuhannya pada tahun 2009 sebagai UberCab. Syarikat ini ditubuhkan hasil cetusan idea Travis Kalanick dan Garret Camp. 

Saham Uber adalah berstatus patuh syariah.

Sumber: Islamicly

Pinterest

Gambar: Life Hack

Saham Pinterest adalah berstatus patuh syariah. Pinterest adalah platform perkongsian imej dan perkhidmatan media sosial yang direka untuk membolehkan penyimpanan dan pencarian maklumat di internet menggunakan imej, animasi GIF dan video, dalam bentuk papan pin. 

Sumber: Islamicly

Airbnb

Airbnb bermula pada tahun 2008. Ia bermula dengan idea dua orang pengasasnya iaitu Brian Chesky dan Joe Gebbia  meletakkan tilam angin di ruang tamu apartmen yang diduduki mereka di San Francisco. 

Mereka menyediakan katil sementara dan juga sarapan pagi kepada tetamu yang menyewa apartmen tersebut. Mereka berdua menyewakan sebahagian daripada ruang apartmen tersebut untuk mengatasi kos sewa yang tinggi. 

Tidak lama selepas itu, Brian, Joe serta Nathan Blecharczyk membangunkan sebuah laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan sewa rumah untuk tempoh jangka masa pendek. Begitulah kisah bagaimana syarikat Airbnb bermula. 

Nama syarikat ini diambil daripada ‘air mattress B&B’. 

Saham Airbnb adalah berstatus patuh syariah.

Sumber: Islamicly

Keempat-empat buah syarikat ini adalah antara unicorn terbesar yang bernilai sekitar USD1 bilion. Syarikat ini telah berkembang menjadi syarikat berbilion dollar. 

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Rugi Berterusan, Berjaya Food Jual Perniagaan Paris Baguette Di Malaysia Dengan Harga RM1

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd keluar daripada perniagaan Paris Baguette yang mengalami kerugian di Malaysia selepas melupuskan keseluruhan pegangan 50 peratus miliknya dalam Berjaya Paris Baguette Sdn Bhd (BPB) kepada rakan usaha samanya, Paris Baguette Singapore Pte Ltd, pada harga nominal RM1 secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia memeterai perjanjian jual beli saham dengan Paris Baguette Singapore pada 29 Jun, manakala urus niaga berkenaan diselesaikan pada 30 Jun.

Transaksi itu melibatkan penjualan 20 juta saham milik Berjaya Food dalam BPB, yang mengendalikan rangkaian kedai roti dan runcit Paris Baguette di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Berjaya Food turut melangsaikan liabiliti BPB berjumlah RM3.91 juta, termasuk obligasi sewa beli kepada Prime Credit Leasing Bhd, anak syarikat Berjaya Corp Bhd, serta beberapa obligasi pembayaran lain.

Berjaya Food berkata, harga pelupusan RM1 itu mencerminkan kedudukan liabiliti bersih BPB serta kewajipan untuk menyelesaikan liabiliti tertunggak sebelum urus niaga dimuktamadkan.

Syarikat itu telah melabur sebanyak RM20 juta dalam usaha sama berkenaan sejak ia ditubuhkan pada Julai 2022.

Bagaimanapun, keseluruhan pelaburan berkenaan telah mengalami susut nilai sepenuhnya.

BPB, yang memulakan operasi pada Januari 2023, mencatatkan kerugian sejak pelancarannya.

Sehingga 31 Disember 2025, syarikat itu merekodkan kerugian bersih belum diaudit sebanyak RM67.09 juta serta liabiliti bersih RM33.41 juta.

Susulan pelupusan itu, BPB tidak lagi menjadi syarikat usaha sama Berjaya Food, manakala Paris Baguette Singapore — yang sebelum ini memegang baki 50 peratus saham serta merupakan pemegang francais jenama Paris Baguette — kini memiliki syarikat itu sepenuhnya.

Paris Baguette Singapore ialah anak syarikat milik penuh Sangmidang Holding Co Ltd dari Korea Selatan dan terlibat terutamanya dalam operasi restoran serta pembuatan roti, kek dan produk konfeksi.

Berjaya Food berkata, pelupusan itu adalah sebahagian daripada rancangan syarikat untuk keluar daripada perniagaan Paris Baguette di Malaysia, sekali gus menghapuskan pendedahan kepada kerugian berterusan yang ditanggung BPB.

“Pelupusan ini akan membolehkan Berjaya Food mengagihkan sumber dan tumpuan pengurusan dengan lebih berkesan kepada perniagaan teras serta peluang pertumbuhan lain,” katanya.

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa pelupusan tersebut dijangka tidak memberi kesan material terhadap pendapatan, aset bersih atau nisbah penggearan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026.

Ia juga tidak akan menjejaskan modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama.

Urus niaga itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham mahupun pihak berkuasa kawal selia.

— Berita Harian