Apa Kata Broker Mengenai Prestasi IPO Tahun 2022?

Potensi dan prestasi saham sesuatu syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijangkakan sejak daripada hari pertama penawarannya di pasaran saham lagi, iaitu IPO Listing Day.

Sebagai contoh, pada Januari 2022 yang lalu, IPO syarikat Coraza Berhad ditawarkan pada harga RM0.28 dan ia mendapat permintaan yang amat tinggi. Lebih berganda-ganda daripada jumlah saham yang mereka terbitkan pada asalnya. Harga saham Coraza naik sehingga RM0.75 sen pada hari penyenaraian, iaitu kenaikan sebanyak 152% berbanding harga IPO yang ditawarkan.

Kini menjelang suku akhir 2022, dijangka hampir 30 jumlah keseluruhan IPO akan disenaraikan di Bursa Malaysia untuk tahun 2022 sahaja.

Adakah penyenaraian dan prestasi IPO ini akan terganggu dengan keadaan pasaran semasa?

Jom ikuti sesi soal jawab yang telah diadakan bersama Encik Vincent Lau, Head of Equity Sales, Rakuten Trade.  

S1. Boleh kongsikan prestasi tawaran awam awal (IPO) tempatan setakat ini? Sektor mana yang terus menguasai pasaran IPO dan mengapa?  

Setakat ini, pasaran IPO masih rancak seperti yang boleh anda lihat daripada bilangan IPO dan pendedahan prospektus (bilangan IPO dalam perancangan terus nampak kukuh). Sektor Teknologi, EMS, Semikonduktor dan berkaitan perubatan mencatatkan prestasi baik, contohnya SFP, UMC, Cnergenz, LGMS, Cengild, Agmo, dsb. 

Sumber: TradingView

S2. Walaupun menghadapi pelbagai ketidakpastian (inflasi, risiko geopolitik, kenaikan kadar faedah), prestasi IPO tempatan masih kukuh untuk menarik minat pelabur runcit dan telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang mantap serta menghasilkan pulangan menarik bagi pelabur. Adakah keadaan ini dapat diteruskan dan mengapa?  

Pada hakikatnya, kita akan terus mendapat permintaan untuk syarikat-syarikat kukuh yang bakal disenaraikan dan kadar lebih langgan (oversubscription) menjadi petunjuk yang baik akan permintaan itu. Pulangan pelaburan dalam jangka panjang adalah positif bagi syarikat-syarikat dengan asas yang kukuh. 

S3. Banyak syarikat baharu yang disenaraikan dalam satu tahun adalah baik bagi pasaran tempatan, tetapi bukankah menjadikannya lebih sukar untuk mencari syarikat-syarikat kukuh yang sudah pun tersenarai di Bursa?

Sebenarnya ini satu perkembangan positif kerana ada lebih banyak pilihan bagi pelabur dalam kalangan syarikat tersenarai.  

S4: Bagaimana pula prestasi IPO Malaysia berbanding pasaran serantau?

Secara keseluruhan, pasaran IPO Bursa Malaysia telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dari segi bilangan IPO dan juga dari segi syarikat-syarikat besar yang tersenarai.  

S5: Adakah kenaikan kadar berterusan akan menjejaskan penyenaraian IPO tempatan?  

Angka KDNK kami tetapi kukuh, dan Bank Dunia telah meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK kepada 6.4% (sebelum ini 5.5%) dan kenaikan kadar tiada kesan ke atas syarikat yang melaksanakan penyenaraian memandangkan mereka mengambil kesempatan daripada pasaran ekuiti untuk meraih dana daripada sumber yang pelbagai, iaitu daripada pelabur dan bukannya bergantung semata-mata pada pinjaman bank. 

S6: Patutkah pelabur berhati-hati dengan IPO tempatan kerana tiada data harga masa lepas dan tahap turun naik harga lazimnya lebih tinggi?  

Syarikat-syarikat yang baru disenaraikan lazimnya mencatatkan prestasi yang baik pada tahun-tahun awal penyenaraian kerana berada di ambang fasa pertumbuhan yang seterusnya. Sebab itu mereka melaksanakan penyenaraian menerusi IPO, dan kemudian berkembang maju daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE dan kemudian menuju ke Pasaran Utama.  

S7: Kini sudah ada 20 IPO yang tersenarai di Pasaran Utama dan ACE tahun ini. Berapa banyak lagi IPO yang dijangka akan dilaksanakan menjelang akhir tahun?  

Berasaskan pendedahan prospektus yang menggalakkan, ada beberapa lagi penyenaraian yang bakal dilaksanakan menjelang akhir tahun, dan jumlahnya mungkin hampir 30.  

S8. Pada pendapat anda, adakah lebih banyak penyenaraian di bursa tempatan akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran tempatan kita?  

Pelabur asing merupakan pembeli bersih lebih RM7bn ekuiti tempatan sehingga tarikh semasa pada tahun ini. Sebahagian besar penyenaraian setakat ini adalah di Pasaran ACE, dengan beberapa penyenaraian di Pasaran Utama – pelabur asing lazimnya berminat dalam penyenaraian lebih besar seperti Farm Fresh Bhd. 

S9. Adakah anda meramalkan trend penyenaraian ini berterusan pada 2023?

Berasaskan pendedahan prospektus, kami meramalkan trend ini akan berterusan sehingga 2023.

S10.  Apakah yang patut dipertimbangkan oleh pelabur runcit sebelum melabur dalam IPO?  

Di Rakuten Trade, kami menyediakan liputan Webinar IPO yang paling luas yang membolehkan pelabur runcit mengikuti dan mendengar terus pembentangan daripada pihak pengurusan untuk membuat keputusan pelaburan atau perdagangan yang lebih maklum. Mereka juga boleh merujuk kepada nota IPO dan liputan tentang IPO oleh pasukan Penyelidikan kami sebagai panduan.  

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.