Apps Terbaru Maybank Investment Bank & Peluang Memenangi iPhone X

Bagi pelanggan sedia ada Maybank Investment, anda kini boleh muat turun applikasi terbaru bagi memudahkan anda untuk berdagang saham melalui telefon bimbit.

Applikasi Maybank KE Mobile Trading Apps (MIKE) ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan juga iOS . Kelebihan applikasi terbaru ini ialah ia mempunyai paparan muka yang menarik dan bermaklumat berbanding dengan applikasi sedia ada.

Kami senaraikan kelebihan applikasi terbaru ini untuk anda:

1. Layout interface yang lebih segar dan menarik

2. Mempunyai pilihan yang lebih tersusun

3. Paparan ‘customise news/report’ kaunter saham yang anda pilih

4. Paparan chart seperti candlestick, bar chart dan line chart (boleh pilih mengikut kesesuaian para pelabur)

5. Kemudahan indicators dan oscilators

6. Paparan market depth- Anda dapat melihat 5 harga pembeli tertinggi dan 5 harga seller terendah

7. Paparan times & sales – 10 transaksi terakhir yang berlaku untuk sesebuah saham

8. Kemudahan price alert – memudahkan anda memantau harga saham semasa

Bukan itu saja, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah MacBook Pro dan iPhone X kerana Maybank sedang mengadakan promosi ‘Apple Campaign’ bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Peluang terbuka kepada semua pengguna baru dan lama Maybank Investment dan kepada mereka yang melakukan transaksi melalui ‘margin financing account’.

Namun begitu, jika anda menggunakan Cash CDS account atau Non-Margin Account, kempen promosi ini tidak layak untuk disertai.

Terdapat 8 hadiah keseluruhan yang ditawarkan berdasarkan jumlah keseluruhan transaski dagangan sepanjang tempoh kempen tersebut. Ini adalah senarai hadiah yang ditawarkan:
*insert photo apple campaign*

Pengumuman pertandingan seperti tertera di laman web Maybank Investment Bank. Maklumat lanjut serta syarat-syarat pertandingan pula boleh didapati di sini: http://www.maybank2u.com.my/WebBank/applexmas281117_tnc.pdf

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.