Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas pengumuman Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan dividen 7.00 sen seunit, beserta bonus 0.25 sen seunit dan Bonus Khas Ulang Tahun PNB Ke-40 sebanyak 1.00 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bagaimanapun, pengagihan Bonus Khas Ulang Tahun tersebut hanya terhad kepada pegangan 10,000 unit yang pertama. Penyertaan Bonus Khas Ulang Tahun tahun ini juga menjadikan 2017 satu-satunya tahun di mana pulangan ASB terdiri dari tiga komponen, berbanding dua komponen sebelum ini.

Meningkat 12% Berbanding Tahun Lalu

Tahun lalu, PNB mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen seunit bagi ASB beserta bonus 0.50 sen seunit, menjadikan jumlah pulangannya 7.25 sen seunit.

Menurut PNB, agihan tahun ini bakal melibatkan jumlah sebanyak RM10.7 bilion, memanfaatkan 9.1 juta pemegang.

Jom kita tengok pengiraan dividen seperti berikut:

Pengiraan Dividen ASB 2017

RM1,000

= RM1,000 * 7% + RM1,000 * 0.25% + RM1,000 * 1%

= RM70 + RM2.50 + RM10

= RM1,082.50

RM10,000

= RM10,000 * 7% + RM10,000 * 0.25% + RM10,000 * 1%

= RM700 + RM25 + RM100

= RM10,825.00

RM100,000

= RM100,000 * 7% + RM100,000 * 0.25% + RM10,000 * 1%

= RM7,000 + RM250 + RM100

= RM107,350.00

RM200,000

= RM200,000 * 7% + RM200,000 * 0.25% + RM10,000 * 1%

= RM14,000 + RM500 + RM100

= RM214,600.00

Baca juga Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

Apabila melabur, semua orang mahukan pulangan yang baik. Sebenarnya, produk pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah – lebih tinggi ganjaran ditawarkan, maka lebih tinggi risikonya. ASB merupakan produk pelaburan yang berisiko rendah.

Produk pelaburan yang lebih berisiko tinggi adalah seperti melabur di pasaran saham Bursa Malaysia.

Mari Belajar Pelaburan Saham

Sudi-sudilah baca artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara melabur saham:

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.