Nak Beli Saham Apa? Beli Saham Sebab Kajian CANSLIM

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa. Pelabur dan pedagang saham perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat memperolehi maklumat yang tepat.

Terdapat pelbagai cara yang boleh pelabur gunakan, di antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham-saham yang berkualiti.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur melabur ke dalam syarikat tersebut.

Secara asasnya, CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham. Kriteria CANSLIM adalah seperti berikut:

  1. ‘C’ – Current Quarter Earnings
  2. ‘A’ – Annual Earnings
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Untuk artikel kali ini, kita sama-sama tengok elemen ‘C’ terlebih dahulu. ‘C’ adalah pendapatan suku tahunan semasa syarikat.

Saham baik adalah syarikat yang mempunyai peningkatan pendapatan suku tahunan pada kadar 10%-20% setiap suku. Mari kita lihat contoh di bawah.

Sumber: Malaysiastock.biz

Syarikat UWC mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang sangat konsisten setiap suku tahunan. Oleh yang demikian, syarikat seperti UWC adalah syarikat yang patut kita labur kerana syarikat ini berkembang pada kadar yang sangat cepat.

Dalam norma pelaburan, saham syarikat seperti ini akan berada dalam keadaan strong uptrend.

Mari lihat contoh carta saham UWC di bawah.

Sumber: Trading View

Saham UWC berharga RM1.00/unit pada awal tahun 2020 melonjak sehingga RM7.00/unit pada awal tahun 2021.

Dengan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan suku tahunan yang sihat, kita akan berjaya memilih saham yang akan memberikan pulangan yang baik.

Kriteria yang pertama yang ditetapkan oleh William J.O’Neil adalah yang terpenting dalam kita menyaring saham-saham yang berkualiti.

Bursa Malaysia mempunyai hampir 1,000 saham, jadi kita hendaklah menjadi pelabur yang bijak dalam memilih saham yang berpotensi dan memberi pulangan yang baik.

Peringatan : Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.