Berakhirnya ‘Bull Market’ Di Amerika Syarikat Selama Satu Dekad

Keadaan ekonomi yang tidak menunjukkan tanda positif amat membimbangkan para pelabur. Ekonomi Amerika Syarikat merupakan tunjang dan petunjuk ekonomi dunia sedang berada dalam keadaan tenat sekarang.

Sepanjang satu dekad, keadaan pasaran saham di Wall Street begitu memberangsangkan dengan keadaan ekonomi yang makmur dicatatkan.

Ukuran untuk menentukan keadaan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada tiga indeks utama itu S&P 500, Dow Jones dan juga Nasdaq. Sebelum merebaknya virus yang membahaya ini, ekonomi Amerika Syarikat sudah menunjukan sedikit penurunan tetapi masih lagi dalam keadaan yang terkawal akibat perang perdagangan yang dimulakan di antara Amerika Syarikat dan China.

Secara tahunan, Indeks  S&P 500 Amerika Syarikat berkembang sebanyak 13% jika dikira secara purata sejak Mac 2009 sehingga akhir tahun 2019. Dengan penularan wabak Covid-19 ini, ekonomi negara tersebut telah menjadi begitu lembab dan kemungkinan besar akan mengalami kemelesetan jika penawar untuk virus ini tidak ditemui dengan segera.

Definisi untuk sesebuah pasaran itu dilihat sebagai mengalami kejatuhan yang teruk atau memasuki ‘bear market’ adalah apabila indeks kayu pengukur sesebuah negara telah jatuh  sebanyak 20% dalam sesuatu tempoh yang kebiasaanya mengambil masa dua bulan dan ke atas.

Pada ketika ini, indeks S&P 500 sudah jatuh kepada 19% manakala indesks Dow Jones telah melebihi paras kejatuhan sebanyak 20%.

Ramai pelabur di Wall Street telah panik dan menjual banyak saham mereka pada minggu lepas, disebabkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organization) telah mengisytiharkan virus ini sebagai pandemik. Akibatnya mereka telah menjual kebanyakan saham mereka akibat pengistiharan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. David Kelly , Chief Global Strategist dari Jp Morgan, wabak ini telah mengakibatkan kerugian hampir $200 bilion kepada Amerika Syarikat terutamanya di dalam industri pelancongan. Industri percutian mewah yang menggunakan cruise telah membatalkan hampir 50% tempahan tiket akibat kebimbangan yang bakal menimpa pelanggan mereka manakala industri penerbangan pula terpaksa membatalkan 25% tempahan mereka.

Selain daripada itu, industri hiburan seperti konsert artis, pertandingan sukan akan mengalami pengucupan sebanyak 10%. Ini telah mengurangkan keluaran negara kasar Amerika Syarikat sebanyak 4%.

Kerajaan Amerika Syarikat telah bertindak memotong interest rate dan kadar cukai pada awal bulan bagi membaiki sistem ekonomi negara itu. Jika keadaan masih tidak pulih, kerajaan Amerika akan sekali lagi memotong interest rate pada minggu hadapan. Jika ini berlaku, ia merupakan kali kedua dalam tempoh satu bulan Federal Reserve di Amerika memotong kadar interest rate.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN (US-ABC), Brian McFeeters berkata sektor itu merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Beliau berkata syarikat AS pada masa ini sudah beroperasi di Pulau Pinang dan Johor serta meninjau peluang untuk mengembangkan lagi operasi masing-masing.

Antara objektif misi itu adalah mendapatkan bantuan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam aspek seperti permit, kemudahan pengawalseliaan dan menarik bakat atau tenaga kerja untuk mengembangkan operasi.

“Menerusi bantuan yang tepat, kami dapat mempercepatkan lagi pengembangan kami selain meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “ASEAN Trade Strategy” yang dikendalikan oleh hos Gerard Ratnam.

Menurut laman sesawang AS-ABC, misi tiga hari itu bermula pada 12-14 Mei, 2026.

Menjelaskan selanjutnya, McFeeters berkata misi pelaburan yang telah mengunjungi Vietnam, Filipina dan Singapura selain negara-negara ASEAN di masa akan datang, melibatkan penyertaan syarikat baharu dan sedia ada yang berminat mengembangkan operasi mereka.

“Menerusi sokongan yang tepat, kami dapat mempercepatkan pengembangan operasi dan memperdalam pelaburan kami di Malaysia,” katanya.

McFeeters berkata AS-ABC turut mengatur mesyuarat dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); Kementerian Pendidikan Tinggi: Kementerian Digital selain Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata misi itu juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat itu, katanya, dapat memberi peluang kepada firma terbabit meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia selain mengukuhkan hubungan dalam sektor berkaitan.

Pada masa sama, misi itu juga berharap dapat membantu dari segi memudah cara perniagaan AS beroperasi di Malaysia. “Misi ini juga menunjukkan perniagaan AS kekal komited terhadap pasaran ASEAN walaupun dalam ketidaktentuan semasa, termasuk membabitkan tenaga dan persoalan melibatkan tarif,” katanya.

Data laman sesawang Pejabat Perwakilan Perdagangan AS menunjukkan perdagangan Malaysia dan AS dianggarkan bernilai US$88.5 bilion (US$1 = RM4.92) pada 2025.

Eksport AS ke Malaysia pada tahun lepas berjumlah US$28.9 bilion atau meningkat 4.5 peratus daripada US$1.2 bilion pada 2024 manakala import AS ke Malaysia pula berjumlah US$59.7 bilion pada 2025 iaitu peningkatan 13.7 peratus daripada US$7.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, AS-ABC turut memperkenalkan satu pelan strategik “Advancing ASEAN: A Strategic Action Plan Supporting The Philippines 2026 Chairship” sebagai cadangan dasar yang boleh memberi manfaat kepada ASEAN serta perniagaan AS.

Pelan itu antara lainnya menggariskan cadangan sektor swasta AS-ABC yang dirangka dengan kerjasama ASEAN-BAC Filipina dan terhasil daripada pertukaran pandangan dengan kerajaan Filipina yang melibatkan lima tonggak strategik.

“Asas pelan itu adalah daripada lima kertas perbincangan dengan setiap satunya dibincangkan dalam sesi meja bulat khusus dari Mac hingga April 2026 bersama agensi kerajaan, rakan sekutu pembangunan dan masyarakat awam.

“Ini bukan bertujuan menyelesaikan keseluruhan agenda dengan satu tahun kepengerusian, sebaliknya mewujudkan asas-asas institusi dan menghasilkan kerja-kerja teknikal yang boleh diteruskan oleh kepengerusian Singapura pada 2027 dan seterusnya Thailand pada 2028,” menurut AS-ABC.

— BERNAMA