Bila Nak Beli Saham?

Biasa kita dengar orang sebut Buy low & Sell high? Kalaulah ianya begitu senang, tentu dah ramai jutawan dalam pelaburan saham ini.

Sebenarnya kalau nak tahu “bila masa sesuai” nak beli saham, kita kena ada ilmu baca pergerakan harga saham – Technical Analysis.

Apa Itu Technical Analysis?

First time dengar perkataan Technical Analysis (TA)?

Untuk recap semula, ilmu pelaburan saham ni ada 2 cabang ilmu:

  1. Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)
  2. Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Kalau anda nak tahu saham apa nak beli, kena kaji Fundamental Analysis syarikat tersebut. Dah tahu saham apa nak beli, kena kaji pula Technical Analysis syarikat tersebut, baru anda boleh tahu pada harga apa yang sesuai untuk beli.

Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Trend pula bermaksud hala tuju saham, dan kita ada 3 trend utama iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham), Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia akan bergerak secara zig-zag.

Dalam mana-mana trend sekalipun; akan ada dua elemen utama yang kita kena tahu iaitu:

  1. Support (Harga Sokongan)

Harga saham bergerak secara zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Support ini berguna tatkala harga sedang menurun.

Setiap saham anda kena kaji di mana nak terletaknya Support, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah harga tersebut; maka anda dah boleh bersedia untuk menjual. Ini penting supaya anda tidak alami kerugian yang melampau. (juga dikenali sebagai stop loss)

  1. Resistance (Harga Rintangan)

Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target harga yang anda nak. Jika harga saham menurun dan gagal memecah harga rintangan, sila jual. Jika ia berjaya melepasi harga rintangan, boleh beli lebih banyak dan ikut saja trend tersebut.

Support & Resistance Umpama Rumah Bertingkat

Bayangkan anda sedang duduk di dalam rumah botingkek-tingkek dan kini berada di tingkat bawah. Lantai di mana anda sedang pijak tersebut adalah Support atau harga sokongan yang sangat kukuh. Kalau harga saham memecah Support, maka anda jatuh ke dalam tanah, silap-silap rumah anda sekali runtuh.

Seterusnya, untuk harga saham anda naik, ia perlu memecah Resistance atau harga rintangan. Ia memerlukan daya yang kuat untuk menujah naik atau erti kata lain, saham tersebut memerlukan volume yang banyak baru boleh pecah Resistance tersebut.

Apa Jadi Bila Resistance Pecah?

Kini anda telah berjaya naik ke tingkat 1 rumah tersebut, akibat daripada kombinasi harga + volume yang telah memecahkan resistance tadi. Sepertimana anda berada di tingkat bawah tadi, kini Support anda berada di lantai tingkat 1, manakala resistance pula berada di siling tingkat 1.

Kalau pecah Support, anda jatuh ke tingkat bawah. Pecah resistance pula, anda naik tingkat 2.

Begitulah keadaannya berulang-ulang!

Kaji Chart + Asas Candlestick

Tadi kita ada maklumkan yang ilmu TA ini melibatkan aktiviti mengkaji chart, dan untuk itu kita juga perlu tahu apa itu candlestick. Jom kita tengok contoh-contoh chart:

Uptrend

Kredit Gambar: Market Realist

Downtrend

Kredit Gambar: Investopedia

Sideways

Kredit Gambar: Investopedia

Setiap saham samada ianya sedang uptrend, downtrend atau sideways ke, akan menghasilkan candlestick. Oleh itu, kita juga perlu melihat kepada candlestick bagi memberi petunjuk arah pergerakan saham pada masa akan datang.

Asas Candlestick

Biasa tengok candlestick ini? Ia terdiri daripada sumbu dan badan. Dengan berpandukan kepada candlestick tersebut, kita boleh menjangka samada saham tersebut akan bergerak naik atau sebaliknya pada keesokan harinya.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian