3 Matlamat Anak Muda Dalam Pengurusan Kewangan

Nak beli rumah, saham, kripto, emas? Sabar anak muda. Jangan terburu-buru.

Bagi anda yang masih muda, manfaatkan usia muda ini dengan sebaik mungkin agar dapat menikmati kehidupan di hari tua dengan lebih baik.

Biarkan mereka yang ingin kehidupan seronok di usia muda, sebab mereka ini tidak nampak lagi susah yang bakal ditanggung ketika tua. Takut nanti bila kesedaran baru nak ada, nak menyesal pun tiada guna.

Berikut merupakan 3 matlamat untuk anak muda.

1. Cari Sumber Pendapatan Lebih

Walaupun sudah memiliki pekerjaan tetap, usahakan untuk menambah pendapatan daripada sumber yang lain. Sebab majoriti susah nak kurangkan belanja.

Masa muda inilah, nak berhempas-pulas. Takut bila dah tua nanti tak larat pula.

Tapi kena ingat, jangan abaikan halal haram dalam mencari rezeki. Kerana, di setiap pekerjaan yang anda lakukan, utamakan keberkatannya. Iklan-iklan memujuk anak muda untuk terlibat dalam Forex Trading Online yang tidak patuh syariah juga semakin rancak. Hati-hati. FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Barulah rezeki yang dapat itu akan sentiasa terasa cukup dan kehidupan menjadi lebih diberkati.

2. Simpan Dulu Baru Belanja

Bila dah pandai mencari duit kenalah pandai juga untuk menguruskan duit. Bukan semua kena belanja dan bukan semua kena simpan.

Anda perlu bijak untuk membezakan di antara keperluan ataupun kehendak. Jangan ikut perasaan untuk terus berbelanja tanpa membuat sebarang simpanan.

Menyimpan ni bukan semata-mata urus duit keluar masuk tapi macam mana kita urus emosi. Percayalah, apabila anda telah mula membuat simpanan, anda akan terasa lapang dada dan ingin untuk menyimpan lagi.  

Bila dapat saja gaji, terus asingkan dan masukkan ke dalam tabung simpanan. Boleh gunakan angka 10% daripada gaji sebagai benchmark berapa kita perlu simpan setiap bulan.

Kemudian barulah bayar segala jenis perbelanjaan lain, seperti instalment rumah, hutang kereta, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil internet dan bermacam-macam lagi.

3. Duit Lebih Kita Labur

Bila simpanan dah ada sekurang-kurangnya 6 bulan daripada gaji, masanya sudah tiba untuk kita melabur.

Musim pandemik yang sedang kita tempuhi sekarang pastinya telah menyedarkan kita betapa perlunya untuk mengembangkan duit lebih awal.

Pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan selera risiko kita. Nak yang rendah risiko atau tinggi risiko? Baca juga 10 Jenis Risiko Yang Ada Dalam Pelaburan dan Memahami Risiko Pelaburan: 4 Perkara Penting Anda Perlu Tahu.

Di usia muda biarlah kita bekerja keras untuk mencari duit, bila dah ada duit sikit – duit pula yang akan bekerja untuk kita.

Mula dan fokus dengan 3 matlamat ini dahulu.

Mulalah dengan menyimpan. Jadikan tabiat. Kemudian urus perbelanjaan. Akhir sekali barulah fikir untuk melabur.

Bagi mereka yang telah pun melakukannya, tahniah diucapkan dan semoga berjaya di masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.