Bro, Saham Is Cool

Alhamdulillah, artis-artis terkenal tanah air pun dah mula celik dengan ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Terbaru, DJ Fuzz (komposer) dan W.A.R.I.S (lirik & penyanyi) telah berkolaborasi dengan Tuan Haji Mohd Asri daripada Asri Ahmad Academy dalam menghasilkan musik video “Saham Is Cool”.

Ianya merupakan satu-satunya lagu pelaburan saham dalam Bahasa Melayu. Lagu dia memang catchy habis, pasti menjadi siulan lepas dah dengar. Harapnya ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai agar berani untuk mula melabur dalam pasaran saham patuh shariah.

“Gandakan profit walau tengah relaxing”

Rupa-rupanya DJ Fuzz dan W.A.R.I.S adalah anak didik Haji Asri. Maknanya mereka dah memang ada ilmu di dada.

Semoga lebih ramai lagi artis-artis tanahair menceburkan diri dalam dunia pelaburan saham ni. Maklumlah, hidup sebagai artis ni ada pasang surutnya. Bila zaman kegemilangan dah berakhir, populariti pun semakin berkurang, maka pendapatan pun boleh merudum.

Sebab itulah kena belajar ilmu nak gandakan wang, sementara kita tengah ‘panas’ ni. Sekurang-kurangnya kita ada punca pendapatan ekstra atau juga dikenali sebagai pendapatan pasif (passive income), agar kehidupan kita dapat diteruskan. Dan pelaburan saham memang terbukti dapat memberikan pulangan yang konsisten, tanpa perlu kita bekerja keras.

“Sebelum nak earn, kita kena learn”

Tapi itu tidak bermakna, kita duduk goyang kaki saja. Kena mantapkan ilmu dan belajar selok beloknya terlebih dahulu. Bila dah ada ilmu, barulah boleh meraih pulangan yang baik, dan kerugian dapat dikurangkan.

Sebelum terlupa, bila dah berjaya sebagai seorang pelabur nanti, jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita untuk bayar zakat saham. Sama-sama kita bantu orang lain yang lebih memerlukan, sambil menambah saham akhirat. Itu barulah dikatakan kaya dunia, untung akhirat.

Jom sama-sama layan muzik video Saham Is Cool, dan pakat-pakat kongsikan agar semakin ramai orang kita minat untuk melabur saham.

Lagu : Saham Is Cool
Komposer : DJ Fuzz
Lirik : W.A.R.I.S.
Penyanyi : W.A.R.I.S.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Vincent Tan Tingkat Pegangan Dalam Berjaya Corp, Beli 59.97 Juta Saham Berharga RM14.05 Juta

KUALA LUMPUR: Tan Sri Vincent Tan meningkatkan pegangan saham langsungnya dalam Berjaya Corp Bhd dengan membeli sejumlah 59.97 juta saham.

Urus niaga itu dibuat hanya beberapa minggu selepas beliau tidak lagi diklasifikasikan sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Hartawan itu membeli saham berkenaan, yang bersamaan pegangan 1.02 peratus dalam Berjaya Corp, daripada Berjaya Assets Bhd pada harga RM14.05 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Saham berkenaan sebelum ini dipegang oleh Berjaya Bright Sdn Bhd dan Berjaya Times Square Sdn Bhd, yang kedua-duanya merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Assets.

Transaksi itu dibuat tidak lama selepas Vincent Tan membeli 60 juta lagi saham Berjaya Corp, bersamaan pegangan 1.01 peratus, menerusi urus niaga perniagaan langsung pada 8 Jun lalu dengan nilai RM14.1 juta atau 23.5 sen sesaham.

Pembelian terbaharu itu menyusuli siri pelupusan saham yang dilakukan Vincent Tan kurang daripada sebulan lalu.

Pada penghujung Mei, beliau menjual keseluruhan 461.65 juta saham Berjaya Corp menerusi tujuh transaksi berasingan yang melibatkan pegangan langsung dan pegangan tidak langsung, dengan nilai kira-kira RM115 juta.

Susulan pembelian terkini itu, pegangan langsung Vincent Tan dalam Berjaya Corp Bhd meningkat kepada 6.13 peratus, manakala pegangan tidak langsungnya kini berada pada 10.96 peratus.

— Berita Harian