Bursa Malaysia Iktiraf Pemain Pasaran Modal Di Bursa Malaysia Excellence Awards 2025

Kuala Lumpur, 25 Mei 2026 – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia” atau “Bursa”) mengiktiraf pencapaian broker, perantara pasaran dan penasihat utama dalam pasaran modal Malaysia di Bursa Malaysia Excellence Awards 2025, dengan penyampaian 59 anugerah merentasi 29 kategori melibatkan pasaran Sekuriti, Derivatif dan Islamik.

Kini memasuki edisi ke-13, anugerah bertemakan “Recognising Excellence, Driving Market Vibrancy” itu mengetengahkan prestasi, profesionalisme dan tatakelakuan yang menyokong pasaran teratur, penemuan harga yang diyakini serta penyertaan pelabur yang mampan.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, mewakili YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; Tan Sri Abdul Farid Alias, Pengerusi Bursa Malaysia; dan Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, bersama pemimpin komuniti broker, perantara pasaran, penasihat utama dan organisasi yang terlibat.

Dalam ucaptama beliau, YB Liew Chin Tong berkata, “Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.4% pada suku pertama 2026, didorong oleh permintaan domestik yang kuat dan peningkatan berterusan eksport elektrik dan elektronik (E&E). Ini membuktikan daya tahan ekonomi negara di tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat, berasaskan kekuatan industri semikonduktor. Saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat bahawa Malaysia ialah sebuah negara teknologi, bukan sekadar negara perdagangan.

“Trend peningkatan Malaysia ketika ini bukan sekadar kitaran biasa; ia merupakan peluang sekali dalam satu generasi. Jika kita terus mengekalkan prestasi baik ini, Malaysia akan mencapai lonjakan kedua.”

Pada tahun 2025, Bursa Malaysia mencatatkan 60 penyenaraian, meningkat daripada 55 pada tahun 2024. Pasaran Sekuriti mencapai rekod tertinggi dengan 2.5 juta akaun CDS aktif, disokong oleh lebih 524,000 akaun baharu yang dibuka sepanjang tahun, manakala purata nilai dagangan harian pasaran mencatat RM2.545 bilion.

Pasaran Derivatif pula merekodkan tahun kedua berturut-turut dengan prestasi tertinggi apabila purata kontrak harian yang diniagakan meningkat 3.7% tahun ke tahun kepada 95,472 kontrak. Bursa Suq Al-Sila’ turut mencatat purata nilai dagangan harian tertinggi sebanyak RM48.8 bilion, meningkat 18% tahun ke tahun.

Tan Sri Abdul Farid Alias berkata, “Bursa Malaysia Excellence Awards 2025 mengiktiraf komitmen dan profesionalisme broker, perantara dan penasihat kami yang terus membentuk kekuatan pasaran kami. Kemajuan yang kita saksikan dari segi kecairan, penyertaan dan daya tahan pasaran keseluruhan adalah hasil daripada ekosistem yang bekerjasama menyokong pasaran teratur dan penemuan harga yang diyakini.

“Ketika kami membina momentum ini, fokus kami kekal untuk memperkukuh kemeriahan pasaran melalui pelaksanaan yang berdisiplin dan penyertaan berterusan, disokong oleh pengantaraan berkualiti. Bersama-sama, usaha ini akan terus mengukuhkan daya tahan dan pertumbuhan jangka panjang pasaran modal Malaysia.”

Bursa Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan ekosistem pasaran bagi memperdalam kecairan, memperkukuh penemuan harga dan meluaskan penyertaan bermakna, sekali gus memacu fasa seterusnya pasaran modal Malaysia.

Senarai penuh pemenang Bursa Malaysia Excellence Awards 2025 adalah seperti berikut:

Anugerah IPO

Nama AnugerahKedudukanPemenang
Best Principal Adviser: Most Number of MAIN Market IPOsJuaraMaybank Investment Bank Berhad
Best Sponsor: Most Number of ACE Market IPOsJuaraM&A Securities Sdn Bhd
Best Principal Adviser: Largest IPO of the YearJuaraMaybank Investment Bank Berhad
Best Sponsor: Largest ACE Market IPOJuaraAlliance Islamic Bank Berhad
Best Principal Adviser: Highest IPO Funds RaisedJuaraMaybank Investment Bank Berhad
Best Sponsor: Highest IPO Funds Raised on ACE MarketJuaraM&A Securities Sdn Bhd

Ekuiti

Nama AnugerahKedudukanPemenang
Best Overall Equities Participating OrganisationJuaraAffin Hwang Investment Bank Berhad
Naib JuaraKenanga Investment Bank Berhad
Tempat KetigaCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Best Retail Equities Participating Organisation (Investment Bank)JuaraKenanga Investment Bank Berhad
Naib JuaraRHB Investment Bank Berhad
Tempat KetigaMaybank Investment Bank Berhad
Best Retail Equities Participating Organisation (Non-Investment Bank)JuaraCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Naib JuaraMalacca Securities Sdn Bhd
Tempat KetigaMoomoo Securities Malaysia Sdn Bhd
Best Institutional Equities Participating Organisation (Investment Bank)JuaraAmInvestment Bank Berhad
Naib JuaraAffin Hwang Investment Bank Berhad
Tempat KetigaMaybank Investment Bank Berhad
Best Institutional Equities Participating Organisation (Non-Investment Bank)JuaraCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Naib JuaraUOB Kay Hian (M) Sdn Bhd
Tempat KetigaBIMB Securities Sdn Bhd
Best Institutional Foreign Equities Participating OrganisationJuaraUBS Securities Malaysia Sdn Bhd
Naib JuaraJ.P. Morgan Securities (Malaysia) Sdn Bhd
Tempat KetigaMacquarie Capital Securities (M) Sdn Bhd
Best RemisierJuaraLim Hau Yee – TA Securities Holdings Berhad
Naib JuaraChu Yee Seng @ Chew Yee Seng – Kenanga Investment Bank Berhad
Tempat KetigaJenny Chiau Sin Lei – Affin Hwang Investment Bank Berhad
Best Structured Warrants Issuer (Equity Warrants)JuaraMaybank Investment Bank Berhad
Best Structured Warrants Issuer (Index Warrants)JuaraMacquarie Capital Securities (M) Sdn Bhd
Investor’s Choice Award – Most Traded Structured WarrantsJuaraMaybank Investment Bank Berhad
Best Market Maker (Structured Warrants)JuaraCLSA Securities Malaysia Sdn Bhd
Best Market Maker (Exchange-Traded Funds)JuaraRHB Investment Bank Berhad
Best Broker – Proprietary TradingJuaraAffin Hwang Investment Bank Berhad

Derivatif

Nama AnugerahKedudukanPemenang
Best Overall Derivatives Trading ParticipantJuaraKenanga Futures Sdn Bhd
Naib JuaraTA Futures Sdn Bhd
Tempat KetigaPhillip Capital Sdn Bhd
Best Retail Derivatives Trading ParticipantJuaraPhillip Capital Sdn Bhd
Naib JuaraRHB Investment Bank Berhad
Tempat KetigaCGS International Futures Malaysia Sdn Bhd
Best Institutional Derivatives Trading ParticipantJuaraKenanga Futures Sdn Bhd
Naib JuaraPhillip Capital Sdn Bhd
Tempat KetigaJ.P. Morgan Securities (Malaysia) Sdn Bhd
Best Trading Participant: Commodity DerivativesJuaraKenanga Futures Sdn Bhd
Best Trading Participant: Equity & Financial DerivativesJuaraKenanga Futures Sdn Bhd
Best Local ParticipantJuaraEng Boon Kian – CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd
Naib JuaraLoo Cheong Hin – Phillip Capital Sdn Bhd
Tempat KetigaYap June Yeong – Phillip Capital Sdn Bhd

Pasaran Islamik

Nama AnugerahKedudukanPemenang
Best Overall Bursa Malaysia-i Participating OrganisationJuaraMaybank Investment Bank Berhad
Naib JuaraAffin Hwang Investment Bank Berhad
Tempat KetigaCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Best Retail Bursa Malaysia-i Participating OrganisationJuaraCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Naib JuaraMalacca Securities Sdn Bhd
Tempat KetigaMaybank Investment Bank Berhad
Best Institutional Bursa Malaysia-i Participating OrganisationJuaraAffin Hwang Investment Bank Berhad
Naib JuaraCIMB Securities Sdn Bhd
Tempat KetigaCGS International Securities Malaysia Sdn Bhd
Best Remisier: ShariahJuaraAnas Bin Ahmad Faris – Malacca Securities Sdn Bhd
Naib JuaraMuhammad Maherilham Bin Alias – Malacca Securities Sdn Bhd
Tempat KetigaTan Fook Yew – BIMB Securities Sdn Bhd
Previous ArticleNext Article

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.