CANSLIM Method, Kaedah Berkesan Memilih Saham Yang Berkualiti Tinggi

Semua pelabur yang memasuki pasaran saham mempunyai tujuan untuk menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Namun, kebanyakan para pelabur akan kehilangan duit mereka jika tidak mempunyai ilmu yang betul di dalam pelaburan saham.

Kadang-kala nasib memainkan peranan penting dalam pasaran saham dan jika mereka bernasib baik saham, harga saham itu terus meningkat sebaik sahaja saham itu dibeli.

Nasib Baik Saja Tidak Cukup

Untuk meraih keuntungan secara konsisten, itulah yang paling sukar sebenarnya. Walaupun kita rasa dah cukup ilmu di dada, namun sifat tamak akan menguasai diri dan menjerat kita.

Bolehkah kita sentiasa untung dalam pelaburan saham?

Jawapan itu sudah semestinya tidak, kerana tiada sesiapa yang secara khusus dapat membuat market timing di dalam pasaran saham. Tetapi jika kita menggunakan keadah yang telah terbukti berkesan, peluang kita akan menjadi cerah untuk berjaya.

Dan di antara kaedah yang popular yang digunapakai dalam pelaburan saham adalah teknik CANSLIM. Ianya telah dibangunkan oleh seorang pelabur tersohor Amerika Syarikat yang bernama William J. O’Neil.

William telah membincangkan teknik ini melalui buku yang ditulisnya bertajuk “How to Make Money in Stocks” yang telah terjual sebanyak 2 juta naskhah sejak dicetak. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang pasaran saham dan hasil daripada kajian tersebut, maka lahirlah CANSLIM Method.

Kaedah ini adalah gabungan teknik fundamental analysis dan juga technical analysis yang menghasilkan cara pemilihan saham yang berkualiti tinggi.

Jom kita lihat bagaimana kaedah CANSLIM ini dapat membantu kita dalam memilih saham yang berkualiti tinggi.

C: Current Earnings

Untuk mendapatkan saham yang berkualiti, syarat pertama adalah kita mesti melihat pendapatan syarikat itu untuk suku tahun yang terkini.

Pendapatan syarikat mestilah melebihi sekurang-kurangnya 18-20% pada setiap quarter (3 bulan), dan ianya mestilah mampu menjana pendapatan untuk tiga quarter berturut-turut daripada quarter sekarang.

A: Annual Earnings

Untuk pendapatan tahunan pula, pendapatan syarikat tersebut mestilah mencatatkan peningkatan sebanyak 25% selama tiga tahun berturut-turut.

Jika pendapatan melebihi lima tahun berturut-turut, itu adalah lebih bagus dan menunjukkan syarikat tersebut berada dalam keadaan yang bagus.

N: New Product, New Service, New Management

Carilah syarikat yang sentiasa menghasilkan produk dan servis yang baru, kerana syarikat itu merupakan syarikat yang sentiasa inovatif dan mengikuti perkembangan semasa.

Pihak pengurusan yang baru dipercayai akan menghasilkan idea yang baru. Contoh terbaik adalah syarikat Apple yang selalu melakukan inovasi dalam mencipta barangan yang menjadi rebutan orang ramai.

S: Supply and Demand

Supply and Demand ini merupakan perkara asas dalam ekonomi dan juga pergerakan harga saham. Jika pembeli lebih banyak dari yang menjual, harga saham akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

Mengikut prinsip ini, kita dapat lihat di dalam pergerakan volume saham yang melebihi average volumenya selama tiga bulan sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa saham syarikat mempunyai demand yang tinggi.

L: Leaders

Syarikat yang menjadi peneraju sesebuah industri menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mengusai pasaran. Ini dipanggil Leader dalam pasaran.

Cara terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu saham adalah melalui kaedah Relative Strength (bukan Relative Strength Indicator). O’Neill mencadangkan cara untuk mengenal pasti saham Leader dalam pasaran dengan melihat kepada prestasi Relative Strength yang melebihi 80% daripada prestasi pasaran. 

I: Institutional Support

Ia merupakan salah satu tanda yang paling penting di dalam pemilihan sesebuah saham. Apabila ada institusi yang besar membeli saham syarikat dengan kadar yang tinggi, itu menunjukan saham tersebut berpotensi untuk berkembang dengan bagus pada masa depan.

Jika syarikat tersebut dimiliki oleh banyak institusi yang mempunyai modal yang besar, pastilah ianya merupakan syarikat yang berkualiti tinggi.

M: Market Direction

Market direction ini ada tiga. Yang pertama adalah market menaik (uptrend), kedua adalah market menurun (downtrend) dan ketiga adalah market yang mendatar (sideways).

Pembelian saham yang terbaik adalah ketika saham itu berada di dalam keadaan yang menaik kerana kita sedang mengikut trend pasaran.

Itulah sedikit sebanyak teknik yang dicipta oleh William bagi membantu para pelabur untuk mendapatkan pulangan yang terbaik dalam pelaburan saham.

Kesimpulannya teknik CANSLIM boleh membantu para pelabur untuk mengenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu bagus atau tidak. Jom tonton video ini sampai habis untuk mengenali CANSLIM dengan lebih mendalam.

Dapatkan juga eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.