Manfaat 5G Dan Perkembangan Terkini Di Malaysia

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir telah menyaksikan sebuah demonstrasi 5G di Langkawi, yang dianjurkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi termasuk TM, UMobile dan Axiata (Celcom) bersama MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission).

Demonstrasi tersebut menunjukkan beberapa kegunaan 5G, contohnya dalam sektor pertanian, pendidikan, kesihatan, pengurusan bandaraya, pelancongan dan juga keselamatan.

Menurut Al-Ishsal Ishak yang merupakan pengerusi MCMC, secara keseluruhannya terdapat 37 contoh penggunaan 5G yang dipamerkan oleh 6 syarikat telekomunikasi. Kesemuanya berjaya dicapai dalam masa hanya 2 bulan, menunjukkan bahawa syarikat-syarikat Malaysia berpotensi memanfaatkan 5G secara meluas.

Setiap tahun, ekonomi digital Malaysia berkembang sebanyak 9% secara purata menurut Jabatan Statistik Negara. Menurut Malaysian Institute of Economic Research (MIER) pula, manfaatnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangkakan berjumlah RM12.7 bilion antara 2021 dan 2025, dan berpotensi menambah sebanyak 40,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Melihat kepada potensi ini, tidak hairanlah Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Malaysia mampu menjadi negara membangun seawal tahun 2035 sekiranya negara ini memanfaatkan teknologi 5G sebaik mungkin. Hal yang demikian adalah kerana 5G meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pemindahan maklumat.

Baru-baru ini juga, MCMC telah menerbitkan laporan pembahagian spektrum berkaitan 5G kepada syarikat telekomunikasi. Salah satu isi menarik yang diutarakan dalam laporan tersebut ialah penganugerahan spektrum kepada sebuah konsortium, berlainan daripada kebiasaan.

Langkah ini adalah permulaan yang baik untuk memaksimakan pembangunan 5G kerana menggalakkan syarikat-syarikat telekomunikasi bekerjasama untuk menyumbangkan dana dan tenaga untuk membina infrastruktur 5G. Penggunaan dana dijangkakan akan menjadi lebih efisyen dengan langkah ini. Spektrum yang selebihnya akan dianugerahkan kepada syarikat-syarikat ini secara berasingan pada suku kedua 2020.

Setakat ini, teknologi 5G masih di peringkat percubaan, jadi penggunaannya hanya terhad kepada syarikat telekomunikasi. Menurut MCMC, penggunaan rangkaian 5G secara meluas akan berlaku pada suku ketiga tahun ini.

Rakyat Malaysia dijangka dapat memanfaatkan teknologi ini lebih awal dari kebanyakan negara lain di rantau ini.

Apa Itu 5G?

5G ialah komunikasi tanpa wayar generasi ke-5 yang menjanjikan latensi rendah, sambungan yang stabil, keupayaan untuk menyambung lebih banyak peranti pada sesuatu masa, dan memindahkan lebih banyak data pada suatu masa.

Keupayaan-keupayaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan gelombang frekuensi tinggi yang mempunyai kapasiti tinggi dengan jarak gelombang yang lebih pendek.

Cisco, sebuah syarikat komunikasi terulung dunia, menganggarkan bahawa pada tahun 2020; aliran trafik 5G akan menjadi 3 kali ganda lebih besar berbanding aliran trafik 4G. Ini kerana kelajuan yang tinggi dan lebih ramai orang akan mempunyai akses kepada 5G.

Pakar-pakar mengatakan bahawa apabila 5G digabungkan dengan 4G LTE, kelajuannya akan menjadi 10-20 kali ganda lebih tinggi daripada rangkaian 4G sedia ada.

3 Manfaat Utama 5G

1. Kelajuan tinggi

Kelajuan setinggi 1-20Gbit/s membolehkan maklumat dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih cepat. Secara sendirinya (tanpa digabungkan dengan 4G LTE), 5G berpotensi mencapai kelajuan lebih tinggi dari fiber rumah yang ditawarkan buat masa ini.

Memuat turun sebuah filem definisi tinggi (HD) dijangkakan hanya akan mengambil masa beberapa saat sahaja.

2. Latensi rendah

Bagi sesetengah pihak, latensi adalah faktor yang lebih penting dalam perkembangan 5G. Latensi ialah masa yang diambil oleh pelayan untuk memberikan respon.

5G dianggarkan mampu memberikan respon 50 kali ganda lebih pantas dari 4G, membuka ruang untuk Internet Pelbagai Benda atau Internet of Things (IOT).

Contohnya, mesin-mesin di kilang dapat menggunakan input daripada pelbagai sensor dan melaraskan aktiviti untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dengan segera atau real-time.

Latensi rendah juga membolehkan 5G untuk digunakan dalam kenderaan self-driving. Kenderaan self-driving dengan teknologi 5G dapat berinteraksi dengan lebih efektif dengan persekitarannya, termasuklah berkomunikasi dengan kenderaan lain.

Lagi satu manfaat lain adalah di mana ia membolehkan seorang doktor melakukan pembedahan dari jarak jauh.

3. Pemerluasan sambungan peranti

Ini bermaksud terdapat lebih banyak peranti yang boleh disambungkan ke dalam sesuatu rangkaian, iaitu dalam jutaan peranti dalam kawasan 1km2. Komunikasi di antara peranti-peranti inilah yang membolehkan IoT dicapai, yang kemudiannya mengubah sesebuah bandar tradisional kepada bandar pintar.

Dalam konsep bandar pintar, banyak manfaat yang boleh dinikmati. Di antaranya adalah aliran trafik yang lebih sistematik dan lancar, kawalan banjir, navigasi kenderaan self-driving yang lebih baik, kemudahan mencari ruang parkir, pengurusan sumber tenaga, pengurusan sistem kumbahan, penurunan kadar jenayah dan banyak lagi.

Kesimpulan

Perkembangan teknologi sedia ada sudah dikira agak pantas. Namun, dengan menggunakan 5G, perubahan kepada dunia yang kita kenali akan menjadi lebih pantas dari sekarang.

Demonstrasi yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia di Langkawi sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mampu untuk mengaplikasikan 5G dengan meluas.

Sebagai pengguna, kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk memanfaatkan teknologi ini nanti, agar kita dapat mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Sumber Rujukan:

1. https://www.forbes.com/sites/bernardmarr/2019/10/25/what-is-5g-technology-and-how-must-businesses-prepare-for-it/#28729c3b1758
2. https://www.bbc.com/news/business-44871448
3. https://www.cnet.com/news/the-5g-wireless-revolution-explained/
4. https://innovationatwork.ieee.org/3-key-benefits-of-5g/
5. https://www.quora.com/What-is-the-advantage-of-5G-network-over-4G-network
6. https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/558142/pm-gets-glimpse-5g-demo-langkawi-happy-progress
7. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/21/mahathir-5g-can-boost-development
8. https://www.theedgemarkets.com/article/langkawi-5g-demonstration-projects-show-positive-results
9. https://www.computerweekly.com/news/252477061/Will-5G-turn-Langkawi-into-the-worlds-first-smart-island
10. https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/final-report-on-allocation-of-spectrum-bands-for-m
11. https://vernonchan.com/u-mobile-5g-live-use-cases/
12. https://www.soyacincau.com/2020/01/12/tm-5g-langkawi-use-cases-smart-city/
13. https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/press-release-malaysia-to-champion-5g-in-southeast
14. https://www.lightreading.com/asia-pacific/malaysia-outlines-innovative-approach-to-5g-spectrum-allocation/d/d-id/756569
15. https://www.iotsworldcongress.com/advantatges-of-5g-and-how-will-benefit-iot/

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Saham Mana Yang Boleh Diperhatikan?

“Untunglah penjawat awam dapat naik gaji, kita kerja swasta dapat apa?”

Tidak lama lagi sahabat-sahabat kita yang bertugas di sektor awam akan menerima kenaikan gaji. Alhamdulillah rezeki mereka setelah sekian lama tiada penyelarasan gaji dibuat.

Kita yang bekerja di sektor swasta jangan pula dengki, apa kata kita cari peluang disebalik kenaikan gaji mereka. Mereka dapat naik gaji, kita dapat peluang.

“Peluang? Macam mana tu?”

Sumber: Berita Harian


Menurut penganalisis pasaran, kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan kesan positif kepada sektor automotif di Malaysia ini. Jadi kita nak buat apa lagi? Kajilah saham-saham sektor automotif yang ada. Jom kita lihat saham-saham sektor automotif di Malaysia.

1. Sime Darby Berhad

Sumber: Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad, satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Mungkin kita lebih kenal jenama ini dengan perniagaan berkaitan hartanah dan kelapa sawit, tetapi sebenarnya syarikat ini juga salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan mewah di Malaysia. 

Antara jenama yang ada adalah seperti BMW, Jaguar dan juga Hyundai. Jika kita perasan, jenama-jenama ini bukan hanya membekalkan kenderaan petrol, tetpi sudah mula rancak membekalkan kenderaan elektrik. Tidak lama lagi mungkin keluar kenderaan hidrogen pula!

“Orang kerajaan mana ada duit nak beli kereta BMW!”

Jangan risau, Sime Darby ini juga memiliki 38% saham syarikat Perodua. 

2. DRB-Hicom Berhad

Syarikat kedua pula, syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu yang sangat disegani. DRH-Hicom yang merupakan pemilik utama syarikat kenderaan sulung jenama Malaysia, Proton

Bukan itu sahaja, DRB-Hicom ini adalah pengedar rasmi jenama kegemaran bakal mertua kerja kerajaan, Honda!

Selain jenama Honda, jenama Mitsubishi dan Volkswagen juga memberikan kepercayaan kepada DRB-Hicom untuk mengedarkan kenderaan mereka di Malaysia.  

MBM-Resources Berhad

Syarikat MBM Resources Berhad mungkin satu jenama yang jarang kita dengar. Tetapi syarikat ini memiliki 20% saham syarikat kenderaan paling laku di Malaysia, Perodua

Selain itu, syarikat ini juga pengedar rasmi untuk kenderaan jenama Volvo dan beberapa jenama lain. 

Kebanyakan Jenama Kenderaan Diatas Juga Membekalkan Kenderaan Elektrik

Bila lagi nak tengok orang kerajaan menggunakan kenderaan lestari kan. Mungkin lepas ini kita nampak banyak kenderaan elektrik di Putrajaya?

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Daftar berdua untuk dapatkan akses secara PERCUMA!