Cara Beli Saham di NYSE, Nasdaq, SGX Menggunakan Akaun Trading CIMB

Ada ke sesiapa yang berminat nak melabur dalam pasaran luar negara? Asyik jual beli saham di Bursa Malaysia saja, nak juga jual beli saham di NYSE, Nasdaq, SGX dan sebagainya.

Tapi syarat nak beli saham luar negara, kena buka dulu akaun CDS dengan mengikuti Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Akaun Foreign Share Trading / Cross Border

Dengan adanya akaun foreign share trading di atas, anda akan dapat mengakses kepada pasaran-pasaran saham luar negara seperti Hong Kong Stock Exchange, Indonesia Stock Exchange, Nasdaq Stock Exchange, New York Stock Exchange, Singapore Stock Exchange dan Stock Exchange of Thailand.

Cuma perlu ikut langkah-langkah berikut:

Kalau nak tahu, saham di U.S (NYSE & Nasdaq) boleh dibeli dengan minimum 1 unit sahaja.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

12 Saham Syarikat Malaysia Paling Baik Di Asia Tenggara, Negara Di Landasan Betul – Rafizi

NIBONG TEBAL, 10 Jun (Bernama) — Sebanyak 12 syarikat Malaysia telah disenaraikan dalam 15 saham syarikat yang mencatatkan prestasi paling baik di Asia Tenggara untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata pemantau ekonomi telah menyenaraikan 15 saham syarikat yang mencatatkan keuntungan paling mendadak di Asia Tenggara dan 12 daripadanya merupakan syarikat Malaysia, sekali gus menunjukkan negara kembali berada di landasan baik di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

“Kestabilan politik sudah ada, mata wang Malaysia juga antara paling baik pada tahun ini dari segi pengukuhan dan dengan unjuran ini, negara kita dijangka akan terus menjadi negara yang berpotensi di Asia Tenggara.

“Kita mula melihat tanda-tanda ekonomi yang semakin baik. Jika ini berterusan, unjuran menjelang 2027, 2028, Malaysia boleh diiktiraf dan diumumkan sebagai sebuah negara maju yang baharu,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini malam tadi.

Mengenai harga minyak dan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata dahulu, harga minyak sebanyak RM1.90 dan subsidi kerajaan berjumlah RM3 bilion daripada bajet bernilai lebih RM200 bilion.

“(Tetapi) sekarang, subsidi berjumlah RM60 bilion, harga minyak mentah US$80. Saya sebut dahulu, kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi masih boleh ditanggung, kenapa hendak hapuskan subsidi.

“Sekarang, apabila subsidi telah mencecah RM60 bilion, nak buat sekolah tak boleh, naik gaji tak boleh dan subsidi yang harga rendah itu yang dapatnya orang kaya, bukankah lebih baik (jika) kita alihkan subsidi itu.

“Maksudnya, subsidi itu terus diberi kepada kenderaan awam, lori kecil, peniaga, malah orang biasa asalkan ada kenderaan diesel dan mereka yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun pun dapat RM200 sebulan,” katanya.

Rafizi berkata pelaksanaan penyasaran subsidi diesel juga membantu kerajaan mengagihkan subsidi tersebut kepada keluarga yang memerlukan secara bulanan berbanding membayar berbilion ringgit kepada syarikat minyak. 

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.

Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

— BERNAMA