Dapat RM100,000 Sebelum Umur 40 Tahun

Mesti ramai yang berangan-angan nak ada 100 ribu cash kan? 

Rata-rata daripada kita inginkan financial freedom atau kebebasan kewangan. Bebas daripada hutang, mempunyai simpanan yang tinggi dan mungkin boleh banyak berehat daripada berpenat lelah mencari duit.

Ada yang ingin mengumpul duit sebanyak mungkin. Masing-masing ada impian. Mungkin untuk mencapai impian memiliki kereta mewah, rumah idaman atau untuk bersedekah tanpa tunggu Jumaat.

Bagaimana jika seseorang yang berumur 30 tahun ingin mempunyai simpanan sebanyak RM100,000.00 sebelum berumur 40 tahun? Logik atau tidak untuk seseorang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000.00?

Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh 10 tahun itu untuk mencapai simpanan tersebut?

Video kali ini ada berkongsi caranya.

Dah tahu apa nak buat? Mula lah sekarang! Lagi cepat, lagi bagus.

Jika kita lihat, pelaburan saham boleh membantu anda untuk mencapai impian ini. Ada juga simpanan biasa, namun, dengan pelaburan saham, peratusan keuntungan boleh digandakan, dan simpanan sebanyak RM100,000 dapat dicapai dengan lebih cepat.

Bila dah berjaya raih RM 100,000, nak dapat RM200,000 dan seterusnya akan lebih senang.

Namun, apa yang penting adalah ilmu. Melabur tanpa ilmu ibarat berjalan dalam gelap tanpa cahaya. Carilah ilmu sebelum lakukan apa sahaja dalam kehidupan kita.

Selamat melabur! Semoga impian kita semua tercapai.

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.