5 Tips Untuk Membebaskan Diri Daripada Dibelenggu Hutang

Tertekan dengan bermacam-macam jenis hutang yang semakin menimbun? Kadar hutang pula ada yang rendah, ada yang tinggi.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengelakkan diri daripada terlibat dengan hutang dan seterusnya mencari jalan untuk membayarnya balik. Lagi bagus sekiranya kita cuba untuk mengelakkan daripada berhutang melainkan terpaksa.

Berikut merupakan langkah untuk “membebaskan diri” anda daripada dibelenggu hutang dengan 5 tips yang mudah tetapi berkesan.

1. Minimumkan Penggunaan Kad Kredit (Atau Potong Terus)

Kad kredit adalah hutang yang paling tinggi kadar faedahnya, sehingga 18% setahun. Langkah terbaik jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan, potong saja kad kredit tersebut dan berusaha untuk membayar balik semua tunggakan yang ada.

Biasakan diri dengan kad debit, ini kerana anda cuma membelanjakan wang yang anda ada sahaja. Ianya boleh juga digunakan untuk mengekang hawa nafsu daripada terus bermaharajalela.

Panduan:

2. Bayar Hutang Dengan Kaedah ‘Snowball’

Kaedah ini bermaksud anda membayar hutang dengan membuat bayaran kecil perlahan-perlahan dan kemudian barulah anda membuat bayaran hutang sekaligus. Yang penting, jangan sampai terlepas bayar hutang, kerana anda bakal dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

3. Tingkatkan Pendapatan

Jika hutang semakin bertambah, apa kata anda tambah juga pendapatan. Cuba lakukan kerja seperti membawa Grab pada waktu malam dan hujung minggu, bagi mendapat wang saku yang lebih. 

Dengan adanya duit lebih tersebut, gunakannya untuk membayar hutang dan bukan untuk bersuka-ria pula.

4. Mula Simpan Wang

Ya, kaedah atau cara ini paling berkesan. Menabung atau menyimpan wang membantu anda di masa kesusahan. Apa yang anda perlukan adalah disiplin untuk terus menyimpan wang hasil daripada gaji bulanan anda.

Ini dapat menggalakkan anda untuk berjimat serta mampu mengawal perbelanjaan.

Sedih juga bila khabarnya ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 pun. Oleh itu, jom menyimpan hari ini juga.

Baca juga Tips Seorang Ibu Membuat Simpanan Duit Anaknya Sehingga Mencecah 5 Angka Setahun

5. Buat Hutang Yang Menguntungkan

Sebenarnya hutang ini ada hutang baik dan hutang tidak baik. Hutang tidak baik contohnya seperti hutang kad kredit, hutang kereta dan paling bahaya sekali hutang dengan Ah Long.

Hutang yang baik pula, contohnya seperti hutang beli rumah yang meningkat nilainya. Ada juga yang menyarankan untuk membuat ASB Financing, boleh tengok-tengok juga.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.