GameStop: Peperangan Di Antara Wall Street Guy dan Reddit Community

GameStop merupakan topik yang hangat diperkatakan di dalam pasaran saham apabila harga saham GameStop melonjak secara mendadak. Apa sebenarnya punca utama yang menjadikan harga saham syarikat ini hangat dibahaskan?

Jom Berkenalan Dengan GameStop

GameStop merupakan satu syarikat yang menjual permainan video dan aksesori permainan. GameStop juga mempunyai lebih daripada 5,000 rangkaian kedai fizikal di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan juga sekitar Eropah.

GameStop mengalami nasib yang sama seperti syarikat lain yang beroperasi secara fizikal, di mana syarikat tersebut mengalami penurunan jumlah jualan dan berhadapan dengan masalah kewangan. Hal ini telah menarik perhatian pelabur-pelabur institusi dan pengurus dana bagi mengambil keputusan untuk membuat ‘short position’ pada saham syarikat GameStop.

Ini bermakna mereka mengambil keputusan untuk menjual saham syarikat GameStop dan membelinya semula apabila harga saham berada pada paras yang lebih rendah.

Pertembungan Dua Pihak

Pada waktu yang sama, komuniti atas talian di Reddit yang bernama Wall Street Bets mempunyai pendapat yang berbeza. Dengan perlantikan tiga pengarah syarikat baru yang berpengalaman luas dalam bidang e-commerce, komuniti ini percaya model perniagaan syarikat tersebut bakal berubah.

Komuniti yang mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut ini juga berpendapat bahawa jumlah ‘short position’ yang dibuat oleh pelabur institusi dan pengurus dana ini terlalu besar dan telah melebihi jumlah floating stock syarikat GameStop.

Oleh itu, komuniti ini membuat jangkaan harga saham tersebut akan melonjak dengan tinggi sekiranya berlaku pembelian secara besar-besaran ataupun terdapat demand yang tinggi. Hal ini kerana pelabur institusi dan pengurus dana akan terpaksa membeli semula saham tersebut bagi mengelakkan kerugian yang besar.

Selain daripada itu, margin call bagi mereka yang membuat ‘short position’ juga akan meningkatkan permintaan terhadap saham dan bakal menyokong kenaikan harga saham GameStop. Situasi ini lebih dikenali sebagai ‘short squeeze’ di mana mereka yang membuat ‘short position’ akhirnya mengalami kerugian dan terpaksa bertukar menjadi pembeli pada harga yang lebih tinggi.

Disebabkan permintaan yang tinggi, saham GameStop akhirnya meningkat daripada US6 pada awal bulan September 2020 kini mencecah US350 pada 27 Januari 2021. Kenaikan harga secara mendadak itu telah memberi keuntungan yang lumayan kepada pelabur-pelabur runcit berbanding pelabur institusi dan pengurus dana.

Media dan analisa pasaran berpendapat bahawa peristiwa ini adalah peperangan di antara pelabur institusi dan pelabur runcit.

Sumber: Trading View

Memang tak masuk akal bila naik beratus-ratus peratus dalam masa sehari. Kita di Bursa Malaysia ada Limit Up, iaitu kenaikan dan penurunan harga saham ditetapkan pada paras 30% dalam masa sehari. Di pasaran saham Amerika Syarikat tiada Limit Up atau Limit Down, memang boleh turun naik dengan dahsyat sekali.

Berminat nak belajar lebih lanjut mengenai pelaburan saham di Amerika Syarikat?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: