Gereja Untung USD8 Juta Melabur Saham, Masjid Kita Macam Mana?

Terkejut juga bila baca berita sebuah gereja telah berjaya untung USD8 juta dalam pelaburan yang dibuat. Dengan modal lebih kurang USD870 ribu, pelaburan mereka ke dalam saham GameStop telah naik sehingga USD8.7 juta.

Ini berikutan harga saham GameStop yang didadangkan pada sekitar USD10 – USD20 pada ketika itu. Kemudian menjelang Januari, ianya naik mencecah paras USD300 seunit.

Tapi gereja pun bukan mereka sendiri yang uruskan dana tersebut, sebaliknya ada pengurus dana yang menguruskannya.

Sumber Rujukan: NY Daily News

Boleh Ke Masjid Nak Melabur Saham?

Rasanya setiap masjid pun ada dana terkumpul mereka sendiri. Bergantung kepada lokasi, ada masjid yang ada dana berjuta ringgit sekiranya terletak di kawasan golongan elit.

Persoalannya, bolehkah pihak masjid nak melabur saham?

Jawapan mudahnya, ya boleh. Dengan syarat kena buka akaun CDS, asalkan masjid mempunyai syarikat sendirian berhad.

Kena isi form yang berbeza dengan permohonan individu dan sertakan sekali dokumen-dokumen berikut:

  • Form 8/9/13 or Notice of Registration or Registration of new name
  • Form 24 or Return of Allotment of shares
  • Form 44 or Notification for change in the Registered Address
  • Form 49 or Notification of change in the Register of directors, managers & secretaries or its equivalent to be confirmed by Director & Co. Secretary
  • M & A or constitution (if any) . Include a clause which allows to deal in
  • securities. If no constitution refer to nature of business of the company.
  • Director (s) NRIC/Passport (CTC by DR)
  • Board Resolution
  • Audited Accounts or Financial statements (if any)
  • Letter of Guarantee and Indemnity – to be signed by Directors (Not required if applying for Cash Upfront trading account)

Tapi lain broker, lain pula borang untuk buka akaun CDS dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Berikut merupakan borang nak buka akaun CDS yang dikeluarkan oleh Malacca Securities (M+). Ianya terbahagi kepada dua bahagian.

1. Borang Butiran Klien -> muat turun

2. Borang Butiran Produk -> muat turun

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Webinar Senang Saham 3.0 bukan kelas preview tetapi adalah kelas saham intensif selama 3 hari. Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL (FA)
ANALISIS TEKNIKAL (TA)
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Senang Saham 3.0

Previous ArticleNext Article

Konflik AS-Iran Reda: Pasaran Alih Tumpuan Kepada Pertumbuhan Domestik

KUALA LUMPUR: Perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dimeterai pada 17 Jun lalu dilihat membuka lembaran baharu kepada pasaran global apabila ketegangan yang menjejaskan laluan strategik Selat Hormuz mula mereda, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap harga tenaga dan menyokong prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Penganalisis BIMB Securities Research, Redza Rahman berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua negara itu menandakan peralihan daripada keadaan pasaran yang dipacu kebimbangan geopolitik kepada fasa penormalan yang lebih stabil.

Beliau berkata, ia sekali gus membolehkan pelabur menumpukan semula perhatian kepada tema pertumbuhan domestik.

Katanya, konflik Selat Hormuz yang berlarutan selama 110 hari sebelum ini menjejaskan hampir 20 peratus bekalan minyak global dan menyebabkan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi AS$120 setong, mencetuskan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi dunia.

“Di bawah MoU berkenaan, AS bersetuju menamatkan sekatan laut secara berperingkat dalam tempoh 30 hari, manakala Iran akan menghapuskan halangan teknikal dan ketenteraan bagi membolehkan semula laluan perkapalan melalui Selat Hormuz.

“Kapal komersial juga dibenarkan melalui selat itu tanpa sebarang bayaran transit selama 60 hari.

“Sebagai sebahagian daripada usaha normalisasi hubungan, AS turut bersetuju mengeluarkan pengecualian tertentu bagi eksport petroleum Iran selain membebaskan aset negara itu yang dibekukan, tertakluk kepada komitmen Tehran untuk tidak membangunkan senjata nuklear dan mematuhi proses pengurangan stok uranium yang dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA),” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Redza berkata, bagi menyokong proses pemulihan itu, AS bersama rakan serantau turut berhasrat membangunkan pelan pembinaan semula dan pembangunan ekonomi Iran bernilai sekurang-kurangnya AS$300 bilion sekiranya rundingan komprehensif berjaya dimuktamadkan.

Beliau berkata, perkembangan positif berkenaan telah mengubah sentimen pasaran daripada strategi lindung nilai berasaskan komoditi kepada pelaburan yang lebih menumpukan pertumbuhan struktur dan ekonomi domestik.

“Pasaran modal kini sedang menilai semula kedudukan daripada tema lindung nilai perang kepada pertumbuhan struktur, dengan sektor pembinaan dan digital tempatan berfungsi sebagai benteng semula jadi terhadap ketidaktentuan geopolitik,” katanya.

Redza berkata, tumpuan pelabur kini beralih kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta perkembangan pesat projek pusat data hiperskala yang dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh sederhana dan panjang.

Selain itu beliau menjelaskan, syarikat yang mempunyai buku pesanan domestik kukuh, termasuk yang terbabit dalam projek infrastruktur seperti Sistem Transit Rapid (RTS), pengembangan pusat data dan hab logistik, dilihat berada dalam kedudukan lebih berdaya tahan berikutan kurang terdedah kepada risiko luaran.

Bagaimanapun, BIMB Securities Research katanya mengingatkan bahawa risiko kegagalan rundingan damai masih kekal tinggi dengan kebarangkalian sekitar 35 peratus.

Ia katanya terutama sekiranya berlaku insiden baharu melibatkan konflik serantau atau pertikaian berkaitan pematuhan syarat nuklear.

Katanya, laporan IAEA mengenai proses pengurangan uranium Iran akan menjadi penentu utama kestabilan perjanjian itu kerana sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan pengecualian sekatan ditarik balik dan mencetuskan semula ketidaktentuan pasaran.

“Sehubungan itu, firma mengesyorkan strategi pelaburan “Barbell Defensif” bagi mengimbangi potensi pulangan dan risiko semasa tempoh rundingan 60 hari itu.

“Di bawah pendekatan berkenaan, sebanyak 35 peratus portfolio dicadangkan diperuntukkan kepada komponen perlindungan, termasuk pegangan dalam Hibiscus Petroleum Bhd sebagai lindung nilai terhadap kemungkinan lonjakan semula harga minyak.

“Sementara itu, baki 65 peratus disarankan disalurkan kepada syarikat yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan domestik, khususnya dalam sektor pembinaan, utiliti dan infrastruktur digital.

“Bagi segmen pertumbuhan, pelabur boleh memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai kontrak domestik bernilai tinggi seperti Sunway Construction, selain penyedia perkhidmatan penting seperti Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional yang mempunyai pendapatan lebih defensif,” katanya.

Menurut BIMB Securities Research, disiplin pelaburan dan tumpuan kepada syarikat yang memiliki asas perniagaan kukuh akan menjadi faktor utama dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik yang masih berpotensi muncul sepanjang tempoh rundingan damai itu berlangsung.

— Berita Harian