Hati-Hati Dengan Bull Trap Atau False Breakout Ini

Pergerakan turun naik harga saham adalah perkara normal dalam pasaran. Namun, bagi memilih harga yang sesuai untuk kita membuat pembelian bukanlah semudah yang disangka.

Kesilapan memilih harga dalam membuat pembelian saham boleh mengakibatkan kita terpaksa menghadapi situasi dimana pelaburan kita mengambil tempoh masa yang lama untuk memberikan pulangan atau keuntungan.

Lebih buruk lagi, kesilapan pelaburan tersebut boleh membawa kepada kerugian.

Bull trap adalah situasi di mana pergerakan harga saham memberikan petunjuk belian yang palsu dengan melakukan breakout dari paras harga tertinggi dan harga saham seakan bakal meneruskan pergerakan uptrend.

Namun, apabila situasi bull trap berlaku, harga saham berjaya melakukan breakout tetapi tidak berjaya meneruskan pergerakan uptrend. Sebaliknya, harga saham kembali turun di bawah paras breakout tersebut dan meneruskan pergerakan downtrend.

Ianya digelar bull trap kerana pergerakan harga sebegitu banyak membuat pedagang dan pelabur tersilap percaturan dengan membuat belian ketika breakout terjadi dan akhirnya terperangkap dengan membeli pada harga yang tinggi.

Situasi ini juga mengakibatkan pedagang dan pelabur hanya mempunyai dua pilihan, sama ada melakukan cut-loss ataupun terus memegang saham tersebut dengan berharap harga saham akan kembali meningkat pada masa akan datang.

Contoh Bull Trap

Gambar di atas menunjukkan situasi di mana harga saham berada dalam pergerakan uptrend meningkat dari titik A sehingga titik B sebelum berlaku pantulan harga dari titik B ke titik C.

Harga saham kemudiannya meningkat naik semula dari titik C ke titik D dan melepasi paras rintangan harga sebelumnya. Namun, harga saham gagal meneruskan pergerakan uptrend tersebut dan kembali turun dari titik D ke titik E.

Situasi bull trap adalah kawasan merah selepas paras rintangan yang bewarna merah.

Sekiranya kita berdepan dengan situasi seperti ini, kita haruslah membuat keputusan yang tepat bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian yang besar.

Bagi menjadikan diri kita sebagai sorang pedagang atau pelabur yang lebih baik, kita haruslah mampu mengakui kesilapan yang telah kita lakukan dan belajar daripada kesilapan ini.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.