Ilmu Technical Analysis: Bollinger Bands (BB)

Bollinger Bands merupakan indicator bagi mengukur volatility harga saham yang dicipta oleh John Bollinger. Garisan Bollinger Bands ini dilukis pada atas dan juga bawah garisan 20 Days Simple Moving Average (SMA20).

Dua garisan Bollinger Bands merupakan standard deviation bagi harga saham dan mewakili volatility harga tersebut. Positive standard deviation berada diatas garisan SMA20 dan negative standard deviation di bawah garisan tersebut.

Bollinger Bands digunakan bagi menandakan kedudukan harga yang berada dalam keadaan oversold atau pun overbought. Kedudukan harga yang menyentuh garisan atas Bollinger Bands dianggap overbought manakala harga yang menyentuh garisan bawah pula dianggap oversold.

Berdasarkan gambar diatas, titik A dan B merupakan contoh di mana harga saham menyentuh garisan atas Bollinger Bands yang menandakan situasi overbought.

Situasi ini kemudiannya disusuli dengan penurunan harga. Titik C dan D pula merupakan contoh harga saham yang menyentuh garisan bawah Bollinger Bands yang menandakan situasi oversold dan diikuti dengan kenaikan harga.

Bollinger Bands Contraction

Pergerakan Bollinger Bands yang semakin mengecil menandakan volatility harga saham semakin berkurang. Perlu diingatkan bahawa volatility harga yang semakin berkurang menyukarkan pedagang untuk membuat keuntungan.

Pergerakan Bollinger Bands yang semakin mengecil adalah disebabkan oleh harga saham yang bergerak dalam trend sideways. Para pedagang kebiasaannya akan mengelak daripada membuat keputusan membeli ketika sedang sideways.

Fasa A dalam gambar di atas menunjukkan pergerakan Bollinger Bands yang semakin mengecil, menandakan pergerakan harga saham dalam trend sideways dan volatility harga yang semakin berkurang.

Bollinger Bands Expansion

Bollinger Bands kembali mengembang selepas melalui fasa pergerakan yang kecil. Ini menandakan bahawa volatility harga semakin meningkat.

Saiz pengembangan Bollinger Bands bergantung kepada jangka masa yang diambil dalam fasa mengecil. Semakin lama fasa Bollinger Bands bergerak secara kecil, semakin besar saiz pengembangan Bollinger Bands.

Kebanyakan para pedagang mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan memilih untuk membeli pada fasa ini. Fasa B dalam gambar di atas menunjukkan pergerakan Bollinger Bands yang semakin mengembang, menandakan harga saham dalam keadaan uptrend dan volatility harga semangkin meningkat.

Selain daripada itu, Bollinger Bands juga boleh digunakan bagi memilih entry point bagi saham yang sedang dalam keadaan uptrend. Apabila harga menyentuh garisan atas Bollinger Bands, ia akan melakukan price correction dengan kembali ke garisan SMA20 sebelum meruskan kenaikan harga. Pedagang boleh memilih untuk membuat belian ketika harga berada pada garisan ini bagi mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga.

Namun begitu, indicator Bollinger Bands tidak sesuai untuk digunakan dengan sendirinya kerana ia hanya menunjukkan perubahan volatility harga. Para pedagang perlulah mengambil kira faktor-faktor lain bagi mengukuhkan keputusan untuk membeli dan menjual saham.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA