Lima Pemangkin Utama Pergerakan Pasaran Global Minggu Ini (16–20 Disember 2019)

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup kukuh minggu lalu berikutan kemajuan dalam rundingan perdagangan di antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

Ketiga-tiga indeks utama saham Wall Street mencatat kenaikan bersih sepanjang minggu lalu dengan indeks S&P 500 dan Nasdaq masing-masing menokok 0.7% dan 0.9%. Dow Jones Industrial Average (DJIA) pula naik sebanyak 0.4%.

Pasaran memberi respon positif pada akhir dagangan minggu lalu (13 Disember 2019) yang dipacu oleh perjanjian perdagangan fasa satu antara AS-China walaupun proses terjemahan dan terma perjanjian belum muktamad. China berkata dalam kenyataannya bahawa kedua-dua negara telah bersetuju dan perjanjian perdagangan ini adalah berasaskan prinsip kesaksamaan. Selain itu, AS juga bersetuju untuk membatalkan tarif baru terhadap import dari China.

Minggu lalu juga menyaksikan mesyuarat terakhir Federal Reserve (The Fed) bagi tahun 2019.

Bank pusat Amerika Syarikat telah mengekalkan kadar faedah di sekitar 1.5% – 1.75% selepas tamat mesyuarat dua hari pada awal pagi Khamis (12 Disember). Keputusan ini sejajar dengan jangkaan pasaran dan bank pusat akan terus memerhatikan data-data ekonomi akan datang bagi menentukan halatuju dasar monetari yang lebih bersesuaian.

The Fed dalam kenyataan dan sidang media tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk menaikkan kadar faedah walaupun data pekerjaan NFP yang begitu memberangsangkan pada minggu sebelum itu. Ia sekaligus mengurangkan kebimbangan di kalangan pelabur terhadap pengetatan dasar pada masa akan datang.

Dalam perkembangan pasaran pada hari Isnin (16 Disember), saham global menokok namun didagangkan sedikit di bawah paras tertinggi minggu lalu. Stoxx 600 indeks yang mengumpulkan 600 syarikat di 17 buah negara Eropah terus mendapat tempias positif daripada pilihanraya UK pada minggu lalu, dengan mencatat kenaikan 1.30% setakat pada pukul 9.47 malam hari Isnin.

Indeks DAX di Jerman setakat ini menokok 0.76% berikutan kemenangan Parti Konservatif dalam pilihanraya umum UK. Indeks FTSE 100 di UK pula naik sehingga 2.33% dengan matawang Sterling meneruskan pengukuhannya berbanding matawang-matawang yang lain.

Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Selepas Perjanjian Fasa Satu AS-China

Perjanjian perdagangan fasa satu di antara dua kuasa besar dunia AS-China akhirnya diumumkan pada hari Jumaat yang lalu (13 Disember). Ini bermakna tarif baru terhadap China yang sepatutnya berkuatkuasa pada Ahad (15 Disember) dibatalkan oleh Presiden Trump. Amerika Syarikat juga bersetuju untuk mengurangkan kadar tarif daripada 15% kepada 7.5% terhadap import China yang berjumlah US$120 bilion.

Walaubagaimanapun, tarif 25% terhadap baki US$250 billion barangan China dikekalkan. Menurut penasihat ekonomi Presiden Trump iaitu Robert Lighthizer, AS dan China akan menandatangani perjanjian pada bulan Januari 2020 di Washington.

Pasaran kini menunggu rundingan fasa kedua untuk melihat sama ada baki tarif yang ada dapat dimansuhkan sekaligus merancakkan semula pertumbuhan ekonomi. Trump telah mengumumkan rundingan fasa dua akan bermula secepat mungkin, tetapi China mahu melihat pelaksanaan perjanjian fasa satu terlebih dahulu.

2. Konservatif Menang, Brexit?

Kemenangan bergaya Parti Konservatif dalam pilihanraya minggu lalu memberi harapan untuk akhirnya menamatkan kemelut Brexit yang menghantui ekonomi UK sejak hampir empat tahun yang lalu.

Konservatif yang dipimpin Boris Johnson berjaya memenangi 365 kerusi di dewan perwakilan (House of Commons) dengan tambahan 48 kerusi berbanding pilihanraya tahun 2017. Kemenangan besar ini sebenarnya di luar jangkaan pasaran sekaligus menyebabkan lonjakan pasaran UK pada hari Jumaat yang lalu.

Indeks FTSE 250 melonjak sehingga 3.6% manakala FTSE 100 naik 1.3%. Kemenangan oleh Parti Konservatif dilihat mengurangkan ketidaktentuan dalam politik dan ekonomi UK berbanding Parti Buruh yang merancang untuk mengadakan referendum kedua Brexit. Walaupun Boris Johnson akan meneruskan perancangan Brexit, tetapi ia dilihat lebih baik berbanding isu Brexit terus tergantung dalam tempoh yang lebih lama.

Dalam perkembangan terbaru, Boris Johnson dijangka akan meneruskan agenda Brexit beliau di Parlimen UK pada hari Jumaat minggu ini (20 Disember 2019).

3. Data Aktiviti Ekonomi PMI Eropah

Petunjuk aktiviti ekonomi di masa hadapan, data PMI bulan yang lalu menunjukkan sedikit pemulihan dalam ekonomi Zon-Eropah. Data ini penting untuk diperhatikan kerana ia melambangkan prestasi semasa ekonomi di blok Eropah.

Data yang baru dikeluarkan pada hari Isnin (16 Disember) menunjukkan prestasi perniagaan di Zon Eropah kekal lemah pada bulan Disember dengan permintaan asing yang rendah. Kemelesetan dalam sektor pembuatan diseimbangkan dengan sedikit kenaikan dalam sektor perkhidmatan.

Indeks komposit PMI yang menggabungkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan, kekal pada bacaan 50.6 pada bulan Disember sedikit di bawah jangkaan 50.7. Penganalisa ekonomi berpendapat ekonomi secara keseluruhan kekal stabil.

Tiada reaksi yang jelas oleh pasaran Eropah selepas data ini dikeluarkan disebabkan kesan pilihanraya UK masih lagi mendominasi pergerakan positif pada hari Isnin. Ia bukan sahaja melonjakkan pasaran saham UK tetapi juga keseluruhan blok Eropah.

4. Mesyuarat Bank Pusat Utama Dunia

Reserve Bank of Australia (RBA) akan mengeluarkan minit mesyuarat 3 Disember 2019 yang lalu pada hari Selasa (17 Disember). Kadar faedah dikekalkan di paras 0.75% selepas tiga pemotongan sebelum ini.

Pemain pasaran akan melihat kepada maklumat lanjut tentang bilakah pemotongan kadar faedah yang seterusnya akan dibuat. Sesetengah penganalisa berpendapat ada potensi penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada April 2020 nanti atau pun program pelonggaran kuantitatif (QE).

Bank of Japan (BoJ) pula dijadualkan akan menetapkan dasar monetari pada hari Khamis (19 Disember). Selepas mesyuarat yang berlangsung 31 Oktober yang lalu, terdapat spekulasi pemotongan kadar faedah oleh bank pusat. Jika benar, kita bakal melihat kadar faedah diturunkan lebih rendah daripada kadar semasa -0.10%.

Satu lagi bank pusat utama yang akan bermesyuarat ialah Bank of England (BoE). Bank pusat mengekalkan kadar faedahnya sebelum ini di paras 0.75% pada bulan November yang lau. Kini Boris Johnson telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang lebih besar, adakah ia petanda baik kepada ekonomi? Ini persoalan utama ketika ini di Britain.

5. China Beri Amaran Terhadap Jerman

Selepas memastikan hubungan dagang bersama AS kekal baik, China mengambil jalan yang lebih tegas berhadapan dengan blok Eropah.

Duta China ke Jerman melaungkan amaran bahawa akan ada kesan terhadap pengecualian Huawei dalam projek 5G negara itu. Angela Merkel sejak akhir-akhir ini dilihat merisikokan hubungan dengan rakan dagang terbesarnya itu selepas dinasihatkan oleh pegawai keselamatan kerajaan Jerman.

Dalam perkembangan lain, penyiaran televisyen China pada minggu lalu menggantung semua perlawanan di antara kelab bola sepak Arsenal dan Manchester City, disebabkan sokongan Mesut Ozil terhadap etnik Uighur di Xinjiang. Ia dilihat satu bentuk tekanan terhadap sesiapa sahaja yang membangkitkan isu tersebut.

Sumber Rujukan:

  1. http://www.xinhuanet.com/english/2019-12/14/c_138631065.htm
  2. https://www.investing.com/news/stock-market-news/stocks-rise-as-investors-cheer-preliminary-uschina-trade-deal-2041655
  3. https://www.investing.com/news/stock-market-news/us-and-china-agree-to-phaseone-deal-easing-trade-tensions-2041097
  4. https://www.ft.com/content/6c8039fc-1d74-11ea-9186-7348c2f183af
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/2019_United_Kingdom_general_election
  6. https://www.investing.com/news/economy/euro-zone-business-growth-stayed-weak-in-december-flash-pmis-2041863
  7. https://www.investing.com/news/economy/top-5-things-to-know-in-the-market-on-monday-16th-december-2041879
  8. https://www.investingcube.com/week-ahead-pmis-central-bank-releases-cpi-employment-retail-sales-and-gdp-reports/
  9. https://www.moneycontrol.com/news/business/markets/market-week-ahead-10-key-factors-that-will-keep-traders-busy-4730531.html
  10. https://www.reuters.com/article/us-global-markets-themes/take-five-whats-the-deal-idUSKBN1YH1OK

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.