Sub Topik
Baru-baru ini, pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan buku bertajuk Ikon Bumpiutera Public Listed Companies (BPLC).
Ianya merupakan kolaborasi di antara PPZ-MAIWP, Koperasi Remisier Bumiputera Berhad (KRBB) dan Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
Zakat Perniagaan Merupakan Zakat Wajib
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan dan wajib dibayar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tak sampai 5% dari jumlah PLC membayar zakat perniagaan pada tahun 2018, sedangkan 77% daripadanya adalah patuh Syariah.
Senarai 31 BPLC Pembayar Zakat Tertinggi Perniagaan Tahun 2018
Daripada 31 BPLC yang membayar zakat perniagaan tersebut, jumlah kutipan adalah sebanyak RM229 juta bagi tahun 2018.
Dan kalau nak tahu, McDonald’s Penerima Pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat PPZ-MAIWP kerana membayar zakat berjumlah RM1.4 juta pada tahun 2019.
Senangnya Kira Zakat Perniagaan
Carilah jalan untuk menunaikan kewajipan berzakat walau bagaimana pun cara pengiraan kita…tepuk dada tanya iman. Yakinlah bahawa formula keuntungan dan keberkatan ada dalam kewajipan berzakat.
Bukan mereka yang bisnes juta-juta saja kena berzakat, setiap usahawan tidak kira sama ada ‘dropship’, ejen, stokis mahupun instafamous wajib berzakat.
Semoga Lebih Ramai Bumiputera Yang Kaya-Raya Dan Mampu Bayar Zakat
Pesan guru, “Jarak antara hidup dan mati mungkin beberapa saat sahaja, selepas itu harta anda telah menjadi milik orang lain.”
Akhir kata, semoga lebih banyak syarikat bumiputera menjadi kaya-raya dan mampu bayar zakat yang lebih tinggi. Kita sebagai pelabur saham pun perlu bersungguh-sungguh untuk jadi kaya, agar lebih banyak zakat saham boleh dikeluarkan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Baca juga Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh