Ilmu Technical Analysis: Head and Shoulders

Head and Shoulders bukan sahaja terkenal sebagai jenama pencuci rambut, malah ia juga merupakan salah satu reversal chart pattern yang terkenal dalam technical analysis.

Reversal pattern ini akan terjadi apabila momentum belian berkurangan dan berubah kepada momentum jualan yang akhirnya menyebabkan berlakunya penurunan harga.

This image has an empty alt attribute; its file name is Ilmu-Technical-Analysis-Head-and-Shoulder2-700x422.jpg
Kredit Gambar: Head and Shoulders

Head and shoulders terbentuk apabila harga saham berada pada keadaan uptrend dan melakukan price correction sebelum meneruskan pergerakan uptrend. Harga saham kemudiannya akan berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding paras tertinggi sebelum ini (higher high) sebelum berubah kepada pergerakan downtrend ke paras support sebelum ini.

Harga saham sekali lagi akan melakukan price correction sebelum menyambung pergerakan downtrend. Pembentukan head and shoulders ini menandakan momentum jualan telah melebihi momentum belian dan menandakan harga akan meneruskan pergerakan downtrend.

Head and shoulders dapat dilihat dengan lebih jelas pada jangka masa yang lebih lama seperti pada weekly chart berbanding daily chart.

Gambar di atas menunjukkan pembentukan head and shoulders dimana harga saham bergerak secara uptrend sehingga titik A sebelum membuat price correction ke titik B. Pergerakan ini membentuk ‘left shoulders’.

Harga saham yang masih mempunyai momentum belian kemudiannya meneruskan pergerakan uptrend sehingga titik C sebelum kembali ke titik D akibat tekanan jualan dan membuat pembentukan ‘head’.

Harga saham sekali lagi membuat percubaan untuk meneruskan pergerakan uptrend, namun gagal melepasi paras resistance pada titik E.

Kegagalan ini meningkatkan momentum jualan dan membentuk ‘right shoulders’ apabila harga kembali keparas support pada titik F.

Pembentukan head and shoulders selesai apabila harga saham melepasi paras support pada titik F dan merupakan confirmation bahawa harga saham berada dalam pergerakan downtrend.

Para pedagang tidak digalakkan membuat belian sekiranya dapat mengesan pembentukan head and shoulders ini. Manakala bagi pemegang saham pula, jualan boleh dilakukan apabila harga saham melepasi garisan pada titik F.

Rounding bottom dan cup and handle juga merupakan contoh bagi reversal chart pattern, boleh baca lebih lanjut di Ilmu Technical Analysis : Reversal Chart Pattern.

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Program MY Value Up

Langkah memberangsangkan ke arah peningkatan kualiti pasaran

Program MY Value Up asalnya diperkenalkan semasa pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 pada bulan April lalu. Pengenalan program ini diikuti oleh penerbitan buku panduannya minggu ini, dengan matlamat menambah baik perungkaian nilai pemegang saham dalam jangka panjang. Dengan mengambil petunjuk daripada kisahkisah kejayaan serantau, rangka kerja ini mendesak anjakan paradigma ke arah peningkatan pulangan ekuiti (ROE) dan kebertanggungjawaban pemegang saham.

Penilaian strategik, tadbir urus yang lebih baik, peruntukan sumber dengan cekap dan komunikasi berkesan, akan bertindak sebagai pemangkin untuk mengecilkan diskaun penilaian jangka panjang yang membelenggu syarikat-syarikat yang memiliki asas kewangan kukuh. Langkah-langkah penambahbaikan ini patut menggalakkan keyakinan, meningkatkan sentimen dan mendorong kemasukan modal.

Manfaat terbesar untuk syarikat yang mempunyai ruang untuk merungkai nilai

Kami berpandangan bahawa rangka kerja ini amat bermanfaat untuk sesetengah entiti korporat yang berprestasi rendah atau kurang diberi perhatian. Khususnya, syarikat-syarikat yang memiliki modal berlebihan, kelompok aset yang tidak digunakan sepenuhnya, pulangan pemegang saham yang tidak memuaskan, atau keterlihatan pelabur yang rendah, berpeluang meraih faedah terbesar. Saham-saham ketinggalan ini mempunyai potensi operasi dan kewangan terbesar untuk merungkai nilai ekuiti menerusi peruntukan modal yang optimum dan rangka kerja pengagihan pemegang saham yang lebih baik.

Dari perspektif pasaran serantau, usaha-usaha yang sama memerlukan penggalak seperti kitaran perolehan yang menguntungkan dan reformasi jangka panjang yang lebih meluas untuk mencetus kenaikan nilai dalam seluruh pasaran. Di Malaysia yang banyak syarikat bermodal besar sudah mengekalkan pengurusan modal yang cermat dan hubungan pelabur yang mantap, kami berpendapat inisiatif Value Up ini akan memberikan manfaat kepada syarikat bermodal sederhana hingga kecil.

Hal ini akan mendorong langkah penjajaran semula ke arah amalan piawaian perniagaan dan operasi yang lebih baik. Oleh itu, impak rangka kerja ini mungkin berbeza mengikut syarikat masing-masing, dengan kecenderungan ke arah pendekatan pemilihan saham berpacukan alfa.

Pelaksanaan masih penentu utama kejayaan

Walaupun rangka kerja ini menggariskan hala tuju yang menyeluruh dalam peruntukan modal, tadbir urus, kecemerlangan operasi dan keterlibatan pemegang saham, penyertaan 88 syarikat teratas masih dibuat secara sukarela dan tiada galakan rasmi atau denda diperkenalkan. Oleh itu, kejayaan program ini akan banyak bergantung pada kesediaan pasukan pengurusan sesebuah syarikat untuk melaksanakan perubahan yang ketara, dan bukannya menganggap program ini sebagai syarat pendedahan.

Kami menjangka faedah-faedah program ini akan direalisasikan secara beransuransur, kerana para pelabur perlu melihat rekod prestasi Rancangan Value Up ini membawa penambahbaikan yang jelas dalam ROE, kecekapan modal, dan pulangan pemegang saham.

Strategi

Pada pendapat kami, program MY Value Up ini ialah usaha positif yang didorong oleh pihak pengawal selia yang dapat bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan kenaikan nilai pasaran modal tempatan jangka panjang. Inisiatifinisiatif program yang diamalkan secara meluas dapat menyerlahkan kedudukan Bursa Malaysia berbanding pesaing-pesaing pasaran memuncul serantau dengan memperkukuhkan profil pelaburan dan daya tarikan pasaran secara keseluruhan.

Program MY Value Up

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.