Ilmu Technical Analysis : Reversal Chart Pattern

Selain mengkaji pergerakan harga saham dengan menggunakan indicator, chart pattern juga merupakan kaedah Technical Analysis yang boleh dipelajari bagi lebih memahami pergerakan harga.

Chart pattern dibahagi kepada dua iaitu reversal chart pattern dan juga continuation chart pattern.

Reversal chart pattern akan terbentuk apabila harga saham bakal melakukan perubahan daripada downtrend kepada uptrend dan sebaliknya. Di antara reversal chart pattern yang mudah difahami dan banyak digunakan adalah saucer/rounding bottom dan cup and handle.

Rounding bottom merupakan salah satu reversal chart pattern yang terkenal dengan bentuknya yang seakan-akan huruf “U”. Manakala cup and handle pula mempunyai bentuk yang menyerupai sebuah cawan.

Kedua-dua pattern diatas mengambil jangka masa beberapa minggu atau pun bulan bagi menyempurnakan pembentukannya.

Rounding Bottom Secara Terperinci

Rounding bottom terbentuk apabila berlakunya fasa penurunan harga saham yang berterusan dan membentuk aliran downtrend sehingga ke paras support. Pada paras ini, harga saham akan memasuki fasa consolidation dimana harga saham akan bergerak secara sideway.

Harga yang rendah akan menarik minat pelabur dan berlakunya aktiviti pengumpulan saham. Fasa kenaikan harga akan bermula apabila berlakunya breakout daripada fasa sideway dan mula menarik minat pedagang.

Gambar diatas menunjukkan contoh pembentukan rounding bottom yang melibatkan fasa penurunan harga. Ia kemudiannya diikuti dengan fasa consolidation yang mengambil masa beberapa minggu sebelum harga kembali meningkat dan menyempurnakan pembentukan rounding bottom.

Belian boleh dibuat pada titik A dan titik B apabila harga mula bergerak keluar daripada fasa consolidation. Selain itu, belian juga boleh dibuat pada titik C apabila harga membuat breakout daripada paras tertinggi sebelum ini dan meneruskan pergerakan uptrend.

Cup and Handle Secara Terperinci

Cup and handle terbentuk hasil daripada kegagalan harga saham membuat breakout pada paras tertinggi rounding bottom. Gabungan rounding bottom dan pergerakan pembetulan harga saham tersebut seakan-akan berbentuk cawan menyebabkannya diberi gelaran cup and handle.

Gambar di atas menunjukkan contoh pembentukan cup and handle apabila harga saham gagal membuat breakout pada titik A dan pergerakan pantulan harga saham membentuk “handle”. Belian boleh dibuat apabila harga membuat breakout dari bentuk “handle” iaitu pada titik B ataupun breakout dari paras tertinggi “cup” iaitu pada titik C.

Volume merupakan indicator yang penting yang bertindak sebagai confirmation bagi pembentukan kedua-dua pattern di atas. Volume yang tinggi pada fasa awal penurunan harga akan berkurangan apabila harga saham semakin hampir memasuki fasa consolidation dan akan kekal rendah pada fasa tersebut.

Volume akan kembali meningkat apabila harga saham mula keluar dari fasa consolidation dan akan meningkat seiring dengan kenaikan harga saham.


“Adoi, elok je beli dia jatuh. Bila nak naik balik ni?”

Siapa pernah alami perkara di atas? Majoriti pelabur saham baru dan lama mesti pernah melaluinya.

Ramai pelabur baru sering tersangkut di puncak bahagia kerana mengejar harga saham yang dah naik tinggi. Inilah yang dikatakan penyakit “FOMO”. Apa itu FOMO?

Fear of missing out bermaksud perasaan takut untuk tertinggal daripada sesuatu. Memang susah nak tahan tahan dari beli saham yang sedang kelip-kelip hijau.

Mereka akan cenderung untuk membeli saham ketika harga saham telah naik tinggi tetapi terus jatuh tidak lama selepas itu.

Jika anda selalu tersangkut di puncak harga, kenapa tidak tunggu sehingga saham tersebut membuat pullback terlebih dahulu?

Saham uptrend yang baik, biasanya akan bergerak secara zig-zag. Maksudnya saham tersebut akan membuat pullback sebelum meneruskan kenaikan.

Kami cadangkan anda menggunakan teknik Buy on Reversal. Tunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah kita beli saham itu.

Apa Itu Reversal Candlestick?

Sumber: Trading View

Reversal bermaksud perubahan trend sama ada dari uptrend ke downtrend ataupun dari downtrend ke uptrend.

Reversal candlestick pula bermaksud pattern candlestick yang terbentuk pada carta dan ia menandakan perubahan trend akan berlaku.

Bagi yang selalu terbeli saham ketika di pucuk dan tersangkut di puncak bahagia, kami ingin kongsikan bersama anda sebuah e-book terbaharu kami bertajuk ‘Reversal Candlestick’ yang diharapkan dapat membantu anda mengatasi masalah di atas.

Nak tahu apa yang anda akan belajar dari e-book Reversal Candlestick?

1. Kepentingan Memahami Trend

Jom kita ulangkaji. Terdapat 3 trend di dalam pelaburan saham iaitu uptrend, sideways dan downtrend. Cara terbaik untuk membuat duit adalah membeli saham ketika uptrend.

Risiko membeli ketika uptrend adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan membeli saham ketika sideways dan downtrend.

Di dalam e-book ini akan diterangkan lebih terperinci setiap trend tersebut dan apa yang perlu anda lakukan pada setiap trend tersebut.

2. Tentukan Support & Resistance

Kami faham pelabur baru mungkin masih belum pasti bagaimana nak tentukan di mana paras support & resistance.

Jika anda ingin tahu cara-cara lukis support & resistance, e-book ini ada menyediakan langkah-langkah melukis support & resistance dan ianya disediakan dalam bentuk gambar untuk lebih mudah faham.

Selain itu, akan dikongsikan juga ilmu kegunaan support & resistance dan 2 kajian kes.

Oleh itu, apabila anda dah mampu lukis support & resistance sendiri kelak, anda juga boleh buat duit dengan menguasai support & resistance.

Baca: Strategi Taktikal Dalam Dagangan Saham – Apa Nak Buat Bila Market Uptrend, Downtrend Dan Sideway

3. Bagaimana Pembentukan Candlestick?

Sumber: ig.com

Tahukah anda, sekiranya anda betul-betul faham bagaimana pembentukan sebatang candlestick, anda sebenarnya dapat membaca emosi pelabur lain dalam pembentukan candlestick tersebut.

Jika anda ingin tahu cara mudah untuk faham pembentukan candlestick, boleh belajar dalam e-book ini.

4. Contoh Reversal Candlestick

Reversal candlestick adalah pattern candlestick yang dapat memberitahu kita bahawa pertukaran trend akan berlaku.

Lihat contoh situasi di bawah:

  1. Apabila saham sedang buat uptrend dan bearish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari uptrend ke downtrend.
  • Apabila saham sedang buat downtrend dan bullish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari downtrend ke uptrend.

Di dalam e-book ini ada 8 contoh bullish reversal candlestick dan 8 contoh bearish reversal candlestick.

Setiap candlestick tersebut akan disertakan gambar candlestick, ciri-ciri reversal candlestick, bagaimana reversal candlestick tersebut terbentuk, contoh reversal candlestick tersebut pada carta dan tips gunakan reversal candlestick tersebut.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini: 6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

5. Ada 6 Contoh Kes Kajian

Bagi yang ingin belajar dan mengkaji kegunaan reversal candlestick pada pasaran saham, e-book ini ada 6 contoh kes kajian untuk anda belajar dan fahami contoh-contoh tersebut.

Di dalam beberapa kes kajian ini, anda akan melihat sendiri bagaimana pertukaran trend terjadi setelah reversal candlestick terbentuk.

Kesimpulannya, sekiranya anda selalu tersalah timing untuk beli atau jual saham, disarankan anda cuba pula teknik Buy on Reversal.

Maksudnya di sini adalah anda boleh menunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah anda membuat keputusan untuk beli atau jual saham anda.

Justeru, jika anda menggunakan teknik ini, risiko untuk anda tersalah waktu beli saham dan jual saham adalah lebih rendah.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Miliki eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.