Index Funds atau Exchange Trade Funds Merupakan Pelaburan Terbaik?

Ramai yang masih bermasalah dengan cara pengurusan wang. Bagi mereka yang suka melabur, masing-masing inginkan pulangan pantas dengan harapan wang pelaburan mereka akan “beranak-pinak” dengan banyaknya.

Tetapi ada juga yang memilih laluan pelaburan yang salah sehingga terpaksa menanggung kerugian yang besar. Apakah jenis pelaburan yang paling baik untuk dijalankan?

Dalam satu temubual yang dijalankan di Amerika Syarikat baru-baru ini, Warren Buffet dan Tony Robins masing-masing bersetuju Index Funds merupakan pelaburan yang terbaik yang boleh dimulakan, terutama bagi mereka yang masih berjinak-jinak dengan dunia pelaburan.

Buffet berkata, pembelian Index Funds yang berkos rendah secara konsisten adalah cara yang paling masuk akal untuk dijalankan. Kata-kata Buffet ditambah dengan sokongan daripada Nick Holeman, seorang perancang kewangan dari Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa cara ini adalah yang paling mudah dilakukan untuk mengembangkan wang pelaburan bagi para pelabur dengan risiko rendah.

Di Malaysia, Exchange Trade Funds (ETF) lebih dikenali di kalangan pelabur kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi. Menurut The Star Online, oleh kerana tiada strategi pembelian atau penjualan yang aktif, kos urusniaga ETF adalah rendah.

Cara ini juga adalah yang paling berkos rendah dan murah untuk anda menjalankan pelaburan secara besar-besaran. Ini kerana ETF terdiri daripada berpuluh-puluh atau beratus-ratus syarikat yang berbeza dari dalam dan luar negara.

Pelabur-pelabur boleh membeli beberapa jenis ETF yang terdapat di pasaran utama Bursa Malaysia. Ekuiti ETF yang ditawarkan membolehkan pelabur melabur di China (terdiri daripada 50 syarikat terbesar dan paling cair yang diniagakan di Bursa Saham Hong Kong), Asean (40 saham dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina); dan sudah tentu Malaysia, mengamati indeks FBM KLCI Bursa Malaysia (30 syarikat terbesar di Malaysia).

Selain daripada itu, mana-mana pelabur yang berminat dengan pelaburan berlandaskan Islam dan Syariah, boleh membeli ETF di mana-mana syarikat yang berlandaskan Islam, contohnya di Thomson Reuters Asia Pasific Ex-Japan Islamic Agribusines yang membolehkan pelabur melabur serta-merta dalam syarikat di seluruh Asia Pasifik (termasuk Australia dan New Zealand) yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran pertanian yang upstream.

Di Bursa Malaysia, kita juga ada:

1. Commodity ETF

TRADEPLUS SHARIAH GOLD TRACKER (0828EA)

2. Equity ETF

FBMKLCI-ETF (0820EA)

CIMB FTSE ASEAN 40 MALAYSIA (0822EA)

CIMB FTSE China 50 (0823EA)

3. Equity ETF (Shariah Compliant)

MYETF DOW JONES U.S. TITANS 50 (0827EA)

MyETF-DJIM25 (0821EA)

MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (0824EA)

MYETF MSCI South East Asia Islamic Dividend (0825EA)

MyETF Thomson Reuters Asia Pacific Ex-Japan Islamic Agribusiness (0826EA)

4. Fixed Income ETF

ABFMY1 (0800EA)

Ada pelbagai jenis ETF yang boleh para pelabur pilih sebelum membuat pelaburan. Yang paling penting, pastikan anda “ada ilmu” mengenainya sebelum mula membuat pelaburan anda. Melaburlah dengan bijak.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.