Xiaomi Raikan Kejayaan IPO dengan Promosi untuk Peminat Mi

  • Nikmati Redmi Note 5 dengan pakej yang lebih menarik
  • Berpeluang untuk memenangi hadiah Xiaomi di pertandingan fotografi #ShotOnRedmiNote5

HONG KONG, 12 Julai 2018 – Selepas perjalanan selama 8 tahun dengan pelbagai pencapaian bermakna, Xiaomi telah mengambil langkah besar seterusnya dengan penyenaraian yang berjaya di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong Limited.

Ditubuhkan pada 2010, Xiaomi adalah sebuah syarikat Internet dengan telefon pintar dan perkakasan pintar yang disambungkan oleh platform IoT di terasnya. Misinya adalah untuk terus membina produk yang hebat dengan harga berpatutan agar kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif dapat dinikmati semua di seluruh dunia.

Dengan misi ini, Xiaomi mengembangkan model perniagaan “triathlon” yang unik, yang merangkumi perkakasan, perniagaan runcit baharu dan perkhidmatan Internet, dan menumpukan kepada penurunan kos operasi, terutamanya kos jualan dan pemasaran, bagi meningkatkan kecekapan. Ini menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan harga yang sepatutnya. Malah, bermula 2018 Xiaomi berikrar, margin keuntungan bersih keseluruhan perniagaan perkakasan Xiaomi tidak akan melebihi 5% setahun. Sekiranya margin bersih melebihi 5%, syarikat akan mengembalikan lebihan tersebut kepada penggunanya.

Menurut iResearch, Xiaomi kini adalah syarikat Internet yang paling pantas berkembang dan syarikat yang kedua paling pantas berkembang di seluruh dunia, berdasarkan ukuran pertumbuhan pendapatan organik berbanding syarikat-syarikat tersenarai awam yang berkeuntungan dengan hasil lebih RMB 100 bilion ($ 15 bilion) pada 2017.

Pada 2017, Xiaomi mencatat pertumbuhan pendapatan 67.5%, melebihi RMB 100 bilion ($ 15 bilion), satu kadar pertumbuhan yang tidak tercapai kebanyakan syarikat tradisional lain. Ia mengambil masa 7 tahun untuk mencatat pendapatan RMB 100B, berbanding syarikat lain seperti Google (9 tahun), Facebook (12 tahun), Apple (20 tahun). Dengan model ekosistem yang unik, Xiaomi telah melabur dalam lebih daripada 90 syarikat IoT dan gaya hidup dan mencipta produk komprehensif yang berkisarkan telefon pintar, termasuk peranti mudah alih, perkakasan pintar dan produk gaya hidup. Pada 2017, ia menjadi platform pengguna IoT terbesar di dunia dari segi bilangan peranti yang berhubung (tidak termasuk telefon pintar dan komputer riba), menurut iResearch.

Untuk meraikan penyenaraian syarikat di Bursa Saham Hong Kong Limited (HKEX) baru-baru ini, Xiaomi bakal mengadakan promosi khas untuk Redmi Note 5, The Camera Beast dengan dua kamera AI.

Dari 9 Julai hingga 31 Julai:
● Dengan setiap pembelian Redmi Note 5 (64GB), pelanggan berhak mendapat Mi Powerbank 2 percuma (Bernilai RM69)
● Dengan setiap pembelian Redmi Note 5 (32GB), pelanggan berhak membuat Pembelian-Dengan-Pembelian Mi Powerbank 2 pada 50% (RM34.50).
● Harga promosi Mi Band 2: RM88 (Harga runcit: RM119)

Mi Photographer Contest

Selain promosi Redmi Note 5 khas, Xiaomi juga akan menganjurkan pertandingan fotografi telefon pintar. Peserta yang berminat boleh menyertai pertandingan ini di: https://www.facebook.com/groups/MiPhotographer/

Dari 9 Julai hingga 31 Julai:
● Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Xiaomi termasuk Mi Band 2 dan Powerbank 2
● 8 pemenang dengan gambar yang paling kreatif menggunakan hashtag, #ShotOnRedmiNote5 akan diumumkan pada 1 Ogos

Untuk maklumat lanjut mengenai Xiaomi, layari: http://blog.mi.com/en/

Mengenai Xiaomi

Xiaomi adalah sebuah syarikat Internet dengan telefon pintar dan perkakasan pintar yang disambungkan oleh platform IoT di terasnya. Xiaomi ditubuhkan pada 2010 oleh usahawan berwawasan Lei Jun dan sekumpulan jurutera dan pereka yang berjaya, yang percaya bahawa
produk serta perkhidmatan teknologi berkualiti tinggi dan baik harus dapat diakses oleh dunia. Misi syarikat adalah untuk terus membina produk yang luar biasa dengan harga yang sepatutnya agar semua penduduk dunia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik melalui
teknologi inovatif. Bertapak di lebih daripada 70 pasaran di seluruh dunia, Xiaomi adalah pemain global yang telah berjaya mencapai kedudukan di pasaran antarabangsa utama.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.