Jim Chanos, Pelabur Terkenal Di Amerika Syarikat Yang Menggunakan Teknik Short Selling

Perbuatan short selling ini sebenarnya satu perbuatan yang ingin menjatuhkan sesebuah syarikat demi mendapat keuntungan dengan segera. Kebiasaannya yang melakukan short selling ini adalah institusi kewangan yang mempunyai modal yang besar dan kemahiran yang sangat tinggi kerana jika kesilapan berlaku ketika membuat short selling, kerugian yang ditanggung adalah sangat tinggi.

Kredit Gambar: Twitter

Begitulah ungkapan yang dizahirkan oleh Elon Musk terhadap perbuatan short selling. Baginya, perbuatan tersebut merupakan salah satu perbuatan yang tidak bermoral di dalam pasaran saham.

Baca: Intraday Short-Selling di Bursa Malaysia – Apa Kata Otai

Walaupun short selling ini dilihat menganiaya sesebuah syarikat, perbuatan ini dibenarkan di dalam pasaran saham. Di antara tokoh yang terkenal di Amerika Syarikat yang menggunakan kaedah short selling di dalam membuat duit di Wall Street adalah Jim Chanos.

Kenapa Jim Chanos Suka Menggunakan Teknik Short Selling?

Kerjaya Jim Chanos sebagai money manager ini bermula pada tahu 1980-an ketika beliau berkeja di firma pelaburan bernama Gilford Securities. Beliau mendapat pengalaman yang berharga di sini melalui tugasnya sebagai seorang penganalisis saham.

Kejayaan pertama di dalam short selling ini apabila dia berjaya melakukan short selling terhadap Baldwin-United dan syarikat ini diisytiharkan muflis pada tahun 1982.

Beliau kemudianya menubuhkan hedge fundnya sendiri, Kynikos Associates. Syarikat ini terkenal dengan teknik pelaburan short selling di dalam pasaran saham.

Beliau menggunakan kaedah mencari syarikat yang melakukan fraud dan hampir muflis.

Kejayaan Jim Chanos Dengan Teknik Short Selling

Beliau mula menempa nama di Wall Street apabila berjaya melakukan short selling terhadap Enron yang merupakan sebuah syarikat minyak yang melakukan penipuan.

Kredit Gambar: Finance Monthly

Baca: Enron, Skandal Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Amerika Syarikat

Jim Chanos berjaya mendapat USD500 juta hasil daripada teknik short selling tersebut apabila Enron diisytiharkan muflis disebabkan krisis pecah amanah.

Pada tahun lepas, beliau berjaya melakukan short selling terhadap beberapa syarikat terkenal. Di antaranya adalah syarikat Luckin Coffee yang merupakan sebuah syarikat dari China yang dikatakan pesaing terdekat kepada Starbucks, tetapi akhirnya didapati menipu akaun kewangan syarikat.

Baca: Luckin Coffee, Skandal Penipuan Terbaru Dalam Dunia Pelaburan Saham

Selain itu juga, Jim Chanos berjaya melakukan short selling terhadap Hertz yang merupakan sebuah syarikat sewa kereta yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Beliau yakin bahawa syarikat tersebut tidak mampu untuk bertahan pada tahun yang mendatang akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Akhirnya, ramalan yang dilakukan oleh Jim Chanos berjaya dan Hertz telah diisytiharkan muflis pada tahun lepas.

Baca: Hertz, Syarikat Sewa Kereta Yang Berusia 100 Tahun Kini Jatuh Tersungkur

Belia turut melakukan perkara yang sama terhadap syarikat fintech dari Jerman iaitu Wirecard yang berakhir dengan kejayaan untuk dirinya.

Baca: Wirecard: Skandal Penipuan Gergasi Fintech Terbesar Di Eropah

Kerugian Jim Chanos Terhadap Saham Tesla

Walaupun berjaya dalam teknik short selling, Jim Chanos juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Salah satu daripadanya adalah pada tahun 2010 apabila beliau melakukan short selling terhadap industri hartanah China.

Beliau menjangkakan industri hartanah di China merupakan bubble dan akan musnah dalam sedikit masa lagi. Ramalan yang dibuat oleh Jim Chanos tidak tepat apabila industri hartanah di China naik dengan begitu mendadak.

Lagi satu kerugian besar yang dialami beliau adalah apabila melakukan short selling terhadap saham Tesla. Beliau mula melakukan short selling terhadap saham Tesla pada tahun 2015.

Mengikut pandangan Jim Chanos, Tesla akan bankrap dalam tempoh yang singkat kerana syarikat itu tidak akan mampu bersaing dengan pengeluar besar kenderaan seperti Toyota, Volkswagen, Daimler, Ford, BMW dan yang lain-lain.

Pada ketika itu, Tesla hanya berjaya mengeluarkan sebanyak 21 ribu unit kenderaan berbanding dengan GM sebanyak 3 juta unit. Pada ketika itu juga, BMW turut mengeluarkan kenderaan elektrik mereka iaitu BMW i8.

Menurut Jim Chanos, BMW i8 ini bakal menjadi kenderaan yang diminati pada masa hadapan. Beliau juga berpendapat bahawa BMW bakal menjadi syarikat pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya pada tahun 2025.

Kredit Gambar: Edmunds

Ketika melakukan short selling terhadap Tesla, saham Tesla berada dalam keadaan sideways.

Kredit Gambar: CNBC

Pada tahun lepas, beliau yakin bahawa Tesla bakal mengalami masalah ketika musim pandemik ini. Beliau melakukan short selling yang besar terhadap Tesla tetapi sebaliknya yang berlaku apabila harga saham Tesla meningkat dengan begitu mendadak.

Ramai yang melakukan short selling terhadap Tesla mengalami nasib yang sama seperti Jim Chanos. Pada tahun lepas sahaja, pelabur yang melakukan short selling terhadap Tesla mengalami kerugian sebanyak USD40 bilion kesan daripada kenaikan harga saham tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.