Kenapa Teknik Pelaburan Ini Mungkin Sesuai Untuk Anda 

Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar ini, ramai yang sedang mencari pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan seharian. Ada yang membuat pekerjaan gig, pekerjaan sampingan, berniaga dan banyak lagi.

Tidak lupa juga ada yang sudah membuka minda untuk menceburi pelaburan saham. Ini sudah pastinya sesuatu yang positif kerana penglibatan rakyat Malaysia dalam pelaburan saham masih lagi rendah.

Apabila anda sudah ingin memulakan langkah anda dalam pelaburan saham, timbul pula isu kesukaran untuk mencari masa yang sesuai untuk mengkaji saham dan membuat pembelian serta penjualan saham.

Teknik Pelaburan Jangka Masa Panjang

Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, pelaburan jangka masa panjang amatlah sesuai bagi anda. Melabur dalam jangka masa panjang memberi anda kelebihan dari segi menyusun portfolio. Saham-saham boleh dipilih antaranya daripada saham blue chip, konsisten memberi dividen, mempunyai pertumbuhan yang baik, ETFs, REITs.

Baca: Kelebihan Melabur Dalam Saham ‘Blue Chip’

Daripada contoh di atas sahaja sudah ada banyak pilihan yang boleh dibuat. Bukan sahaja saham di Bursa Malaysia, anda juga boleh memilih saham dengan kriteria di atas daripada pasaran saham luar negara.

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Kelebihan pelaburan jangka masa panjang adalah:

  • Tidak beremosi ketika membuat keputusan
  • Data menunjukkan pelaburan jangka masa panjang sering memberikan pulangan yang baik
  • Boleh mengaplikasikan teknik compounding
  • Lebih mudah
  • Risiko lebih rendah
  • Boleh bermula dengan modal yang rendah

Teknik Strategi Swing

Sekiranya anda seorang yang tidak kisah untuk mengambil risiko yang sedikit tinggi maka teknik swing adalah untuk anda. Strategi swing memerlukan pedagang untuk menyimpan saham untuk tempoh yang sederhana seperti satu hingga empat minggu. 

Teknik swing ini juga sesuai bagi yang bekerja sepenuh masa kerana tidak memerlukan pedagang untuk tengok carta setiap hari. Cukup asalkan anda rajin membaca berita dan ambil tahu tentang sentimen semasa maka anda boleh mengambil peluang ketika ada peluang yang baik. 

Bayangkan anda membeli sesuatu saham dan menjualnya selepas beberapa minggu. Mudah bukan? Anda boleh mengulangi teknik ini beberapa kali. Ramai pedagang gemar menggunakan teknik ini kerana berniat untuk mencari pendapatan tambahan bulanan. Sekiranya konsisten, tidak mustahil keuntungan daripadanya dapat digunakan untuk membayar bil utiliti, belanja dapur, tabung pelajaran anak-anak dan membantu ahli keluarga yang lain. 

Sekiranya anda sudah konsisten, kenapa tidak anda mengajak ahli keluarga yang lain untuk turut serta melabur dalam saham?

Kini anda pula boleh menjadi mentor kepada mereka dan membimbing mereka. Pastinya seronok melihat semakin ramai yang dapat peroleh manfaat daripada pelaburan saham. 

Jom Buka Akaun CDS Sekarang!

Sekiranya mereka mengambil berat terhadap risiko serta kos brokeraj yang tinggi, newbie disarankan untuk membuka akaun jenis cash upfront.

CGS-CIMB mempunyai satu produk yang dinamakan iCash di mana iCash ini merupakan akaun islamik Cash Upfront yang membenarkan anda membeli saham menggunakan duit yang ada dalam Trust Account sahaja.

Trading Limit yang diberikan kepada anda adalah sebanyak 99% daripada wang yang ada di dalam akaun. Sebagai contoh, anda deposit RM10,000 ke dalam akaun anda. Limit (had) yang diberikan adalah sebanyak RM9,900. Ini bermakna anda boleh beli saham bernilai sehingga RM9,900.

Anda mungkin tertanya-tanya ke mana perginya baki 10% deposit tadi? Jangan risau kerana baki 10% deposit tadi masih berada dalam akaun anda dan disimpan bagi tujuan melangsaikan kos-kos transaksi yang lain seperti kos brokeraj, duti setem dan fi penjelasan.

Akaun iCash ini sangat sesuai digunakan oleh newbie dan juga bagi golongan pelabur dan pedagang yang mementingkan pengurusan risiko. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya terlebih beli saham melebihi duit yang ada.

Jika anda berminat untuk membuka akaun iCash CGS-CIMB, anda boleh buka di sini: Buka Akaun CDS CGS-CIMB

Jangan lupa masukkan SP1M538 dalam ruangan Remisier Reference. 

Jangan lupa juga untuk tandakan kotak-kotak di bawah.

Dealer’s Representative daripada CGS-CIMB akan menghubungi anda setelah akaun anda siap. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Di Sebalik Status Patuh Syariah: Bagaimana SC Menilai Sesebuah Syarikat?

Bagi pelabur Muslim di Malaysia, memilih saham patuh Syariah bukan sekadar memenuhi keperluan pelaburan, tetapi juga memastikan setiap keputusan pelaburan selari dengan prinsip-prinsip Islam.

Hari ini, lebih 70% daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai patuh Syariah. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana sesuatu syarikat boleh mendapat status tersebut? Adakah ia hanya bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan atau terdapat proses penilaian yang lebih menyeluruh?

Hakikatnya, status patuh Syariah tidak diberikan secara automatik. Setiap syarikat yang tersenarai akan melalui proses saringan yang sistematik oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggunakan metodologi yang telah ditetapkan. Semakan ini bukan sahaja menilai aktiviti perniagaan syarikat, malah turut melihat kedudukan kewangan dan beberapa aspek kualitatif yang lain.

Dalam artikel ini, kita akan memahami bagaimana proses saringan tersebut dijalankan dan mengapa ia penting kepada setiap pelabur.

Siapa Yang Menentukan Status Patuh Syariah?

Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menentukan status patuh Syariah bagi syarikat yang tersenarai ialah Majlis Penasihat Syariah (MPS) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

MPS terdiri daripada pakar dalam bidang Syariah, kewangan Islam dan pasaran modal yang bertanggungjawab memastikan sekuriti yang diklasifikasikan sebagai patuh Syariah memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Senarai sekuriti patuh Syariah akan dikemas kini dua kali setahun, lazimnya pada bulan Mei dan November, berdasarkan penyata kewangan teraudit terkini syarikat. Ini bermakna status sesebuah saham boleh berubah mengikut perkembangan aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangannya.

Mengapa Perlu Ada Proses Saringan?

Tidak semua syarikat menjalankan aktiviti yang sepenuhnya patuh Syariah. Sebagai contoh, terdapat syarikat yang:

  • memperoleh sebahagian kecil pendapatan daripada faedah konvensional,
  • menyewakan premis kepada perniagaan yang tidak patuh Syariah,
  • atau mempunyai hutang berasaskan faedah.

Jika tiada proses saringan, pelabur akan sukar menentukan sama ada sesuatu saham benar-benar sesuai untuk dilaburkan.

Oleh itu, MPS menggunakan metodologi yang mengambil kira bukan sahaja aktiviti utama syarikat, tetapi juga sumbangan pendapatan daripada aktiviti tidak patuh Syariah dan struktur kewangan syarikat.

Secara umum, metodologi saringan saham patuh Syariah di Malaysia dibahagikan kepada tiga komponen utama:

  1. Penilaian aktiviti perniagaan.
  2. Penilaian nisbah kewangan.
  3. Penilaian kualitatif.

Ketiga-tiga komponen ini saling melengkapi bagi memastikan syarikat benar-benar memenuhi prinsip Syariah.

1. Penilaian Aktiviti Perniagaan

Langkah pertama ialah melihat sumber pendapatan syarikat. Jika aktiviti utama syarikat jelas bercanggah dengan Syariah, syarikat tersebut tidak akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah.

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan termasuk:

  • perbankan konvensional,
  • insurans konvensional,
  • perjudian,
  • arak dan aktiviti berkaitan,
  • produk berasaskan khinzir,
  • makanan dan minuman yang tidak halal,
  • hiburan yang bercanggah dengan Syariah,
  • tembakau dan rokok,
  • serta aktiviti lain yang diputuskan tidak mematuhi prinsip Syariah oleh MPS.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat yang menjalankan aktiviti utama yang patuh Syariah tetapi mempunyai sedikit pendapatan daripada aktiviti sampingan yang tidak patuh. Dalam keadaan ini, MPS akan menggunakan penanda aras tertentu bagi menentukan sama ada sumbangan tersebut masih berada dalam had yang dibenarkan.

Penanda Aras 5%

Aktiviti yang dianggap jelas bercanggah dengan Syariah tertakluk kepada penanda aras 5%. Ini bermaksud sumbangan pendapatan daripada aktiviti tersebut mestilah kurang daripada 5% daripada jumlah pendapatan kumpulan.

Sebagai contoh:

Sebuah syarikat memperoleh pendapatan keseluruhan sebanyak RM500 juta.

Daripada jumlah tersebut, RM10 juta datang daripada faedah bank konvensional.

Pengiraannya ialah:

RM10 juta ÷ RM500 juta × 100%

= 2%

Oleh kerana jumlah tersebut berada di bawah penanda aras 5%, syarikat masih boleh dipertimbangkan sebagai patuh Syariah, tertakluk kepada syarat-syarat lain.

2. Penilaian Nisbah Kewangan

Selain melihat aktiviti perniagaan, MPS turut menilai struktur kewangan syarikat. Tujuannya ialah memastikan syarikat tidak terlalu bergantung kepada unsur riba dalam operasi kewangannya.

Dua nisbah utama yang dinilai ialah:

a) Tunai Konvensional Berbanding Jumlah Aset

Pengiraan ini hanya mengambil kira tunai yang disimpan dalam akaun atau instrumen konvensional. Tunai yang ditempatkan dalam instrumen Islam tidak diambil kira. Nisbah ini mestilah kurang daripada 33%.

b) Hutang Berfaedah Berbanding Jumlah Aset

Nisbah kedua melihat jumlah hutang yang dikenakan faedah berbanding keseluruhan aset syarikat. Pembiayaan Islam dan sukuk tidak termasuk dalam pengiraan ini. Sekiranya hutang berfaedah melebihi had yang ditetapkan, syarikat mungkin gagal memenuhi syarat patuh Syariah. Penanda aras yang digunakan juga ialah kurang daripada 33%.

3. Penilaian Kualitatif

Walaupun sesebuah syarikat memenuhi syarat dari segi angka, MPS turut menilai aspek kualitatif.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah:

  • imej syarikat,
  • persepsi umum terhadap aktiviti syarikat,
  • sama ada operasi syarikat bercanggah dengan nilai dan prinsip Islam,
  • serta unsur yang boleh menimbulkan keraguan kepada pelabur Muslim.

Ini menunjukkan bahawa penilaian patuh Syariah bukan sekadar bergantung kepada formula matematik, tetapi turut mengambil kira maqasid dan semangat Syariah.

Contoh Situasi

Bayangkan terdapat dua syarikat.

Syarikat A menghasilkan makanan halal dan memperoleh hampir keseluruhan pendapatan daripada jualan produknya. Namun, sebahagian kecil wang tunainya disimpan dalam akaun konvensional dan jumlahnya masih berada di bawah had yang ditetapkan.

Syarikat B pula menjalankan perniagaan utama yang sama, tetapi sebahagian besar pendapatannya datang daripada aktiviti yang tidak patuh Syariah.

Walaupun kedua-duanya menjual produk yang hampir sama, keputusan saringan mungkin berbeza kerana sumber pendapatan dan struktur kewangan mereka tidak serupa.

Inilah sebabnya pelabur tidak boleh menilai status patuh Syariah hanya berdasarkan nama atau jenis perniagaan sesebuah syarikat.

Mengapa Status Patuh Syariah Boleh Berubah?

Ada pelabur yang terkejut apabila mendapati saham yang dibeli sebelum ini tidak lagi berada dalam senarai patuh Syariah.

Perkara ini boleh berlaku kerana:

  • perubahan model perniagaan,
  • peningkatan pendapatan daripada aktiviti tidak patuh,
  • perubahan struktur hutang,
  • atau perubahan kedudukan kewangan syarikat.

Oleh sebab itu, pelabur disarankan menyemak senarai terkini yang diterbitkan oleh SC setiap kali kemas kini diumumkan.

Adakah Saham Patuh Syariah Menjamin Keuntungan?

Jawapannya ialah tidak. Status patuh Syariah hanya menunjukkan bahawa syarikat memenuhi garis panduan Syariah yang ditetapkan oleh MPS.

Ia bukan petunjuk bahawa harga saham akan meningkat atau syarikat pasti mencatat keuntungan. Sebelum membuat keputusan pelaburan, pelabur masih perlu melakukan analisis fundamental, analisis teknikal (jika berkaitan) serta menilai prospek industri dan tahap risiko syarikat. Patuh Syariah dan prestasi pelaburan ialah dua perkara yang berbeza.

Bagaimana Pelabur Menyemak Status Patuh Syariah?

Pelabur boleh menyemak status sesuatu saham melalui senarai rasmi yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Senarai ini dikemas kini dua kali setahun dan menjadi rujukan utama kepada pelabur individu, pengurus dana Islam, syarikat broker Islam serta institusi kewangan Islam.

Kesimpulan

Metodologi saringan saham patuh Syariah di Malaysia dibangunkan bagi memastikan pelabur Muslim mempunyai panduan yang jelas dalam memilih sekuriti yang mematuhi prinsip Syariah. Proses ini bukan sahaja menilai jenis aktiviti perniagaan syarikat, malah turut mengambil kira struktur kewangan dan aspek kualitatif bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh.

Sebagai pelabur, memahami bagaimana sesuatu saham diklasifikasikan sebagai patuh Syariah akan membantu anda membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin dan berinformasi. Pada masa yang sama, jangan menganggap status patuh Syariah sebagai satu-satunya faktor dalam memilih saham. Analisis terhadap prestasi kewangan, prospek syarikat, pengurusan dan risiko pelaburan tetap perlu dilakukan.

Akhir sekali, sentiasalah menyemak senarai terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana status patuh Syariah boleh berubah mengikut perkembangan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat. Dengan gabungan ilmu Syariah dan ilmu pelaburan, anda bukan sahaja berpeluang membina kekayaan, malah dapat melabur dengan lebih tenang dan bertanggungjawab.