Leap Market – Pasaran Ketiga Bursa Malaysia

LEAP Market adalah pasaran kelayakan baharu yang mana ianya menawarkan alternatif kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) untuk meraih dana bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Pasaran Leap ini telah diperkenalkan sempena persidangan ‘Invest Malaysia 2017’.

Sebelum ini jika syarikat ingin mendapatkan modal suntikan melalui penyenaraian di Bursa Malaysia, syarikat perlu melalui proses saringan yang sangat ketat dan mempunyai modal berbayar yang tinggi.

Sebagai contoh, untuk tersenarai di Papan Utama, sesuatu syarikat mestilah mempunyai sama ada track record keuntungan minima RM20 juta bagi tahun kewangan 3-5 tahun yang lepas, modal minima sebanyak RM500 juta atau telah menerima projek pembangunan infrastruktur yang bernilai melebihi RM500 juta.

Memandangkan PKS mewakili 97 peratus perniagaan di Malaysia, kerajaan serta Bursa Malaysia berharap Leap Market dapat meningkatkan ekosistem pembiayaan sedia ada PKS dan menangani isu pergantungan besar PKS kepada institusi kewangan dengan menyediakan kepada mereka akses kepada pasaran modal.

Namun begitu, tidak seperti pasaran Papan Utama dan Papan Ace yang terbuka kepada pelabur runcit serta peabur institusi, saham dalam pasaran Leap market hanya layak untuk dibeli oleh ‘sophisticated investors’ iaitu individu yang mempunyai pendapatan tinggi sahaja.

Kriteria bagi pelabur berpendapatan tinggi adalah:

  • Individu yang mempunyai aset keseluruhan persendirian atau aset keseluruhan bersama pasangan bernilai RM 3 juta dan keatas
  • Individu yang berpendapatan tahunan melebihi RM 300,000
  • Individu yang berpendapatan terkumpul tahunan bersama pasangan melebihi RM 400,000

Setakat ini, dua syarikat telah disenaraikan iaitu Cloudaron Group Bhd dan Red Ideas Holdings Bhd.

Cloudaron Group

Sumber: Laman Web Cloudaron

Cloudaron merupakan syarikat yang berpangkalan di Singapura dan mempunyai pengkhususan dalam menyediakan media penyimpanan dalam talian (cloud storage solution), transformasi ruang kerja serta perkhidmatan untuk perusahaan perniagaan.

Sebanyak 50 juta unit saham dikeluarkan merangkumi 6.4% daripada modal sahamnya yang diperbesarkan kepada pelabur terpilih pada harga terbitan 11 sen sesaham.

Syarikat ini menjana pendapatannya terutamanya di Singapura dan Malaysia. Mereka turut mempunyai rancangan pengembangan serantau di Indonesia dan Filipina.

Pelanggan utamanya termasuk RHB Bank, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), dan Bank of Singapore. Pihak pengurusan Cloudaron berhasrat untuk membayar dividen tahunan sehingga 20% daripada keuntungan bersih pada masa depan kepada para pelabur.

 

Red Ideas Holdings

Sumber: Laman Web Red Ideas

Red Ideas pula merupakan syarikat kedua yang disenaraikan di Leap Market. Ia merupakan syarikat tempatan yang membina Graaab JaGaApp- sebuah applikasi telefon bimbit yang disasarkan kepada komuniti kediaman dan komersil.

Aplikasi ini menyediakan bantuan kecemasan, panggilan interkom untuk menghubungi kakitangan keselamatan, real-time notice board, sistem pengurusan pelawat, kemudahan tempahan, MyServices, kemudahan pembayaran bil penyelenggaraan melalui aplikasi serta maklum balas komuniti.

Sebanyak 20 juta unit saham dikeluarkan pada harga 35 sen seunit. Separuh daripada modal terkumpul ini akan digunakan untuk modal kerja umum bagi membiayai operasi harian syarikat.

Sumber Rujukan: Star Online

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.