‘Market Downtrend’, Benarkah Masih Boleh Buat Untung?

Di kala market tak menentu ni, ramai yang menjauhkan diri dari pasaran saham Bursa Malaysia. Kalau nak tahu, Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini. Jadi betul ke bila market lemau macam sekarang ni, kita tak boleh buat duit dekat pasaran saham?

“Eh, orang kata saham Malaysia tengah teruklah…”

“Bro, aku dah rugi banyak main saham ni, kau toksah lah berangan nak buat duit…”

Bagi mereka yang takut-takut, elok duduk di tepi sambil menanti pasaran saham kembali bersinar. Tetapi bagi yang berani dan ilmu penuh di dada, pasti mampu meraih pulangan yang lumayan.

‘Market Downtrend’, Benarkah Masih Boleh Buat Untung?

Ya benar. Tengok bukti di bawah (Harap tak ada yang rembat screenshot ini untuk buat modal jual kelas saham).

Sila zoom nombor dekat %. Itu adalah peratus keuntungan yang mereka dapat bila tekan butang SELL seperti di gambar.

Nampak ke 125% tu ???

Tatkala rakyat Malaysia yang lain sedang gaduh bab 1.25%, mereka ni senyap-senyap buat duit ratus-ratus % dekat Bursa Malaysia. (Eh, mana boleh bandingkan Tabung Haji dengan saham blablabla….)

Ini adalah sebenarnya sebahagian contoh result anak didik Tuan Haji Mohd Asri, antara sifu saham yang menerima endorsement daripada pihak Bursa Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti.

Boleh tengok komen-komen di posting ini

dan sini

Semua di atas adalah portfolio bagi bulan Mac – April 2019, di mana pasaran saham tak berapa nak elok. Jadi apa rahsia mereka mampu menjana pulangan yang tinggi? Hmmmm…

Asasnya, pastikan kita ada ilmu yang cukup, mentor yang betul, sikap yang betul dan modal yang sanggup hangus. Kalau ada peluang tanyalah berapa lama kena belajar dan berapa banyak mereka dah rugi sebelum dapat nak rasa untung banyak tu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.