Dengan Modal RM1,000 Kini Jadi RM22,000 Selepas 5 Tahun

Macam tak logik je kan? Kira-kira balik ada ke pelaburan yang boleh beri pulangan sebanyak 2,100% dalam masa 5 tahun? Atau secara purata pulangan sebanyak 420% setiap tahun?

Skim cepat kaya pun kalah.

Tapi itulah dia pelaburan saham jangka masa panjang yang sebenar. Tidak kira berapa modal yang kita ada, apa yang lebih penting adalah ilmu di dada. Tak semestinya kena ada modal dulu baru nak mula melabur.

Kredit Gambar: FB Tuan Haji Mohd Asri

Ini baru keuntungan daripada kenaikan harga saham (capital gain), belum campur lagi Bonus Issue, Share Split dan Dividen.

Baca: Untung Melabur Saham Kira Macam Mana?

Bukan satu saham saja yang boleh berikan pulangan yang lumayan, ada banyak lagi saham patuh syariah yang ada di Bursa Malaysia. Rajin tak rajin saja kita nak buat kajian dan pemilihan.

Sebelum ini pun kami ada kongsikan kejayaan salah seorang student Haji Asri yang berjaya Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Lebih Dalam Saham. Ramai di kalangan pelabur saham tidak mempunyai holding power, ini bukti teknik beli dan peram pun boleh jadi jutawan.

Hanya dengan membeli satu saham yang mantap daripada segi fundamental, syarikat yang mempunyai pendapatan yang semakin meningkat, syarikat yang mempunyai keuntungan yang semakin meningkat, syarikat yang tak terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia – secara lumrahnya harga saham tersebut akan berterusan naik.

Sumber: FB Tuan Haji Mohd Asri

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Kita yang trade saham setiap hari belum tentu lagi boleh untung besar sebegini. Ini kerana sebagai seorang trader, biasanya bila dah untung sikit pun kita dah jual. Sama juga halnya bila rugi, bila harga jatuh sikit saja kita dah jual (cut loss).

Haa…Nak tahu saham-saham apa yang bagus untuk kita beli, simpan dan peram?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.