Penunjuk i-DTC Menampakkan Pembayaran kepada Pemiutang Semakin Pulih pada Suku Ketiga (Q3) & Suku Keempat (Q4) 2020

Platform Biro Perdagangan (‘Trade Bureau’) Experian Information Services (Malaysia) hari ini mengumumkan Penunjuk ‘Hutang Bertukar Tunai Untuk Industri’ (i-DTC) untuk tahun 2019 dan 2020 yang mengukur data pembayaran antara suku pertama (Q1) 2019 sehingga suku keempat (Q4) 2020.

i-DTC RAMCI mengukur purata hari yang diambil syarikat-syarikat untuk membayar para pemiutang mereka selepas tarikh invois dikeluarkan. Ia adalah berdasarkan lebih 500,000 rekod pembayaran oleh perniagaan korporat dalam pelbagai industri bagi memaparkan gambaran lebih jelas akan kepantasan syarikat-syarikat dalam membayar pemiutang mereka. Dalam kajian ini, tujuh industri iaitu pembinaan, perhotelan dan makanan / minuman, pembuatan, peruncitan, perkhidmatan, pengangkutan dan penyimpanan, dan pemborongan telah dikaji.

Walaupun rata-rata perniagaan terus terkesan oleh COVID-19, trend bayaran balik pada tahun 2020 telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada kesan pandemik ini.

Rajah 1: i-DTC Bulanan Keseluruhan (April 2020 – Disember 2020)

Secara keseluruhan, purata i-DTC untuk ketujuh-tujuh industri meningkat sebanyak 10 hari dari 78 hari pada bulan April 2020 kepada rekod tinggi 88 hari pada bulan Jun 2020.

Ini mungkin disebabkan oleh syarikat yang cuba mengekalkan aliran tunai akibat penurunan mendadak aktiviti perniagaan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang belum pernah dialami sebelum ini. Kekangan operasi, khususnya, dari kalangan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang belum bersedia atau tiada kemudahan untuk menjalankan Kerja Dari Rumah (Work From Home), juga dapat melewatkan lagi pembayaran.

Malaysia memasuki fasa pemulihan PKP bermula 10 Jun 2020. Berikutan kenaikan tempoh sebanyak 88 hari pada bulan Jun 2020, trend bayaran balik berkurang kepada 74 hari pada bulan November 2020, yang setara dengan tempoh sebelum COVID-19. Bulan ke bulan, tempoh berkurang sebanyak satu hari, mencerminkan kestabilan relatif dalam aliran pembayaran.

Manakala data Disember 2020 terkini menunjukkan peningkatan tempoh selama 2 hari, mencatatkan 76 hari secara keseluruhan apabila Malaysia mengumumkan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga akhir Mac 2021. Semua industri secara amnya, masih dapat mengekalkan kadar bayaran balik terkini terutamanya disebabkan oleh usaha kerajaan. Namun, kenaikan untuk 2 hari pada bulan Disember 2020 mungkin menandakan bahawa syarikat akan kembali mengekalkan aliran wang tunai sebagai strategi perniagaan mereka apabila beberapa kawasan di Malaysia dikenakan kawalan pergerakan yang lebih ketat.

Menurut Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services (Malaysia), “Kami mengesan kadar pemulihan yang ketara pada suku ketiga (Q3) dan suku keempat (Q4) pada tahun 2020 dalam sektor eknomi Malaysia secara amnya. Besar kemungkinan, trend positif ini disebabkan oleh pembukaan kembali kebanyakan sektor ekonomi Malaysia selepas PKP, ditambah dengan aktiviti perniagaan yang kembali normal sejak Jun 2020. Hal ini, di samping pakej rangsangan ekonomi Prihatin dan Penjana yang sedang dilaksanakan kerajaan, telah menyumbang kepada peningkatan aktiviti perniagaan yang telah membantu menguatkan keyakinan pasaran.

Rajah 2: i-DTC bulanan dalam 7 industri (April 2020 – Disember 2020)

Bandingan data dari bulan Julai hingga Disember 2020, berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, Lai menyatakan bahawa ketujuh-tujuh industri memperlihatkan tempoh i-DTC yang bertambah baik, lebih-lebih lagi dalam tiga industri berikut – industri perhotelan dan makanan / minuman (18 hari , peruncitan (16 hari) dan pembinaan (15 hari).

Menurut Lai, industri perhotelan dan makanan / minuman menampakkan tanda-tanda pemulihan pada bulan September dan Oktober 2020 sewaktu fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mendorong lebih banyak aktiviti perniagaan. Banyak projek pembinaan juga telah kembali beroperasi dalam tempoh tersebut.

Tetapi selepas itu, peningkatan kes COVID-19 telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa di banyak kawasan seluruh Malaysia. Kerajaan mengisyaratkan bahawa ia menjangkakan PKPB akan membantutkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat (Q4) 2020 akibat permintaan pasaran yang terkesan terutama dalam sektor peruncitan, makanan dan minuman, perhotelan dan juga pengangkutan. Oleh itu, ia sesuatu yang menggalakkan apabila data mencatatkan trend bayaran balik yang bertambah baik meskipun memasuki suku keempat (Q4). Tambahan lagi, moratorium automatik telah tamat pada bulan September.

Hal ini dapat dikaitkan dengan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri kewangan yang melaksanakan langkah-langkah untuk menangani impak COVID-19 dan menyokong pemulihan ekonomi. Namun, dengan berkuatkuasanya semula PKPB ke atas kebanyakan negeri di Malaysia, ini boleh memberi kesan pada aliran bayaran balik perniagaan.

Data Disember 2020 yang terkini menunjukkan bahawa dalam kebanyakan industri, trend tempoh bayaran balik telah meningkat. Dari bulan ke bulan, 6 industri mengalami peningkatan tempoh dengan  industri Pembuatan (bertambah 5 hari) dan Pemorongan (bertambah 4 hari) mencatatkan kenaikan tertinggi. Ini mungkin disebabkan faktor PKPB yang mempengaruhi kedua-dua sektor ini, lantas memanjangkan jangka masa penghantaran dan melewatkan tempoh bayaran balik.

Melangkah ke tahun 2021 pula, terdapat banyak risiko yang mungkin boleh memberi kesan buruk terhadap trend ini. Antaranya adalah ketidakpastian dalam arus politik semasa, kenaikan semula kes COVID-19 yang semakin meningkat, kelewatan pengedaran vaksin, pengumuman terbaharu mengenai pelaksanaan PKP dan PKPB di negeri-negeri yang berkenaan, serta yang terkini, pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang mungkin akan terus mengurangkan kebarangkalian syarikat untuk membuat bayaran balik yang tepat pada masanya.

Rajah 3: i-DTC suku tahun keseluruhan (Q12019 – Q12020)

Menganalisis data pra-COVID-19, Lai berkata, “Apabila melihat purata data suku tahun i-DTC 2019 tentang industri yang sama, ia menunjukkan purata tempoh bayaran balik yang stabil sekitar 73 hari pada suku kedua, ketiga dan keempat (Q2, Q3 dan Q4) bahkan pada suku pertama 2020 (IQ20), sebuah penurunan dari purata 75 hari pada 1Q19. Kemudian, akibat wabak yang melanda, trend pembayaran mencatatkan peningkatan dalam tempoh pembayaran sehingga Jun 2020 dan kemudian bertambah baik selepas itu.

“Walaupun begitu, masih wujud risiko yang boleh memberi kesan pada ekonomi akibat COVID-19. Antaranya termasuklah peningkatan semula kes COVID-19 dan pengedaran vaksin yang berkemungkinan lewat. Sekiranya ini terjadi, syarikat-syarikat akan kembali menyimpan aliran wang tunai untuk memastikan perniagaan mereka dapat terus beroperasi,” katanya lagi, memberi peringatan buat semua.  

Dalam mengharungi cabaran baharu dalam ekonomi hari ini, Lai menasihatkan syarikat perniagaan terutamanya PMKS untuk peka akan pembayaran mereka di samping menggunakan kemudahan pengurusan kredit online yang sedia ada, supaya perniagaan mereka kekal mapan.

Experian, syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia, mempunyai portfolio produk yang meluas seperti perkhidmatan CrediTrack dan Biro Perdagangan (‘Trade Bureau’) di Malaysia untuk membantu organisasi melindungi diri mereka dan pelanggan mereka daripada risiko kredit.

Demi menggalakkan syarikat perniagaan, khususnya PKS untuk menggunakan kemudahan pengurusan kredit online, Experian akan terus menawarkan tempoh percubaan percuma selama satu bulan untuk CrediTrack. Lai menekankan bahawa inisiatif ini tepat pada masanya dalam ekonomi yang tidak menentu pada hari ini. Ini kerana ia membolehkan perniagaan mencari penyelesaian yang terbukti berkesan untuk menguruskan risiko kredit mereka dengan lebih baik, memantau kelayakan kredit pelanggan dan rakan kongsi mereka, serta menerima makluman setiap hari untuk menambah baik usaha pemulihan mereka.

Mengenai Experian

Experian adalah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Saat-saat terpenting dalam kehidupan – dari membeli rumah atau kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran, sehinggalah mendapatkan pelanggan baharu untuk mengembangkan perniagaan – kami meletakkan kuasa di tangan pengguna dan pelanggan kami untuk menguruskan data mereka dengan yakin. Antaranya, kami membantu individu untuk mengawal kewangan mereka dan mengakses perkhidmatan kewangan. Kami turut membantu perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih bijak supaya mereka dapat berkembang lebih maju. Selain itu, kami membantu pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab, di samping membantu organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti.

Kami mempunyai 17,800 pekerja yang beroperasi di 45 negara dan saban hari, kami melabur ke arah teknologi baharu, bakat baharu dan inovasi untuk membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang yang tiba. Kami disenaraikan di Bursa Saham London (EXPN) dan tersenarai dalam FTSE 100 Index.

Ketahui lebih lanjut di www.experianplc.com atau lawati laman kandungan global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini dari Kumpulan Syarikat kami.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Tolak Dakwaan Berkaitan Pelaburan MAHB


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

“Selaras dengan Polisi ‘Chinese Wall’ KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang mengendalikan pelaburan pasaran awam bagi memastikan tiada pertindihan maklumat di antara kedua-duanya.

“Pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan membuat keputusan dagangan hanya berdasarkan kepada maklumat yang tersedia secara umum,” katanya.

KWSP menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang semakan dan siasatan terhadap pelaburannya dalam MAHB serta kekal komited terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban.

— BERNAMA