Moving Average – Indicator Yang Mudah Tetapi Efektif

“Bila kita beli dia turun, bila kita jual dia naik”

Ramai pedagang mesti pernah alami situasi di atas kan? Situasi ini mungkin terjadi kerana kita mengejar harga saham yang sedang aktif diniagakan atau pun membeli kerana sentimen pasaran pada waktu tersebut.

Bagi mengelak dari terperangkap akibat terbeli dengan harga yang tinggi dan akhirnya terpaksa cut-loss, para pedagang saham haruslah menimba sedikit sebanyak menimba ilmu Technical Analysis (TA).

Ini kerana indicator di dalam TA dapat memberikan petunjuk atau pun pengesahan bagi pergerakan harga saham.

Di antara indicator yang paling mudah dan banyak digunakan oleh kebanyakan pedagang adalah Moving Average.

Moving Average (MA) merupakan lagging indicator di mana jumlahnya adalah hasil harga purata sesuatu saham dikira dalam tempoh yang tertentu. Sebagai contoh, jumlah hari yang banyak digunakan seperti 20 hari untuk short-term, 50 hari untuk mid-term dan 200 hari untuk long-term mengikut kesesuaian objektif pedagang.

Dua jenis MA yang terkenal dan biasa digunakan adalah Simple Moving Average (SMA) dan Exponential Moving Average (EMA), di mana SMA dikira menggunakan formula purata harga biasa. EMA pula dikira dengan lebih weightage kepada harga di hari yang terdekat berbanding hari yang lebih jauh.

MA boleh digunakan untuk menunjukkan arah pergerakan harga saham yang lebih jelas. Pergerakan uptrend pada harga saham boleh dikenalpasti apabila garisan MA bergerak menaik, manakala downtrend apabila garisan MA bergerak menurun.

Uptrend: Garisan MA bergerak menaik
Downtrend: Garisan MA bergerak menurun

Apabila dua jangka masa MA digunakan (short-term dan long-term), MA dapat memberikan pengesahan uptrend apabila garisan short-term MA melintasi dan bergerak ke atas garisan long-term MA, manakala pergerakan sebaliknya oleh short-term MA menunjukkan pengesahan downtrend.

Uptrend confirmation: Short-term MA bersilang ke atas long-term MA

MA juga boleh bertindak sebagai support and resistance di dalam pergerakan harga saham, dan dapat memberikan harga belian terbaik untuk saham yang sedang dalam pemerhatian pedagang. Buy signal muncul apabila harga saham melakukan breakout melintasi dan bergerak menaik di atas garisan MA.

Garisan ini juga boleh digunakan untuk menentukan titik stop loss apabila harga saham bergerak kembali ke arah garisan MA dan bersilang ke bawah garisan tersebut.

Carta DataSonic Group Berhad

DataSonic Group Berhad adalah merupakan contoh saham yang memberikan buy signal pada awal bulan Jun dan ianya membuat pengesahan uptrend pada bulan Julai yang lalu.

Dalam keaadan pasaran sekarang yang tidak menentu, banyak saham yang telah mengalami tekanan harga disebabkan aktiviti jualan yang tinggi. Jadi bolehlah kita mula mengkaji saham-saham yang berpotensi membuat pantulan harga dengan menggunakan teknik MA, simple tapi efektif.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.