Pasaran Saham Merudum (Bear Market), Apa Maksudnya Dan Berapa Lama Tempohnya?

Satu dunia sedang kecoh dengan pasaran saham global yang sedang merudum. Maka terbuktilah bahawa kita memang berada dalam kitaran 10-tahun, di mana krisis ekonomi sebelum ini adalah pada tahun 1998 dengan Krisis Kewangan Asia dan tahun 2008 dengan Krisis Sub-Prime Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 2018, adakah sejarah mungkin berulang? Nampak macam ya, jadi jom kita fahamkan betul-betul berkenaan pasaran merudum ini.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Bear Market’?

Untuk kajian, kita akan merujuk kepada pasaran saham Amerika Syarikat. Terdapat 4 kriteria yang mendefinisikan pasaran merudum seperti berikut:

1. Saham-saham jatuh 20% daripada paras tertinggi yang dicatatkan, dan pelabur juga berasa pesimis terhadap Wall Street

2. Sejak Perang Dunia Ke-2, pasaran beruang ini berlangsung selama 13 bulan secara purata

3. Nilai pasaran saham jatuh sebanyak 30.4%

4. Ambil masa 22 bulan secara purata untuk pulih, berdasarkan analisa oleh Goldman Sachs dan CNBC

Kredit Gambar: CNBC

S&P 500 Dah Jatuh 20% Pada Hari Isnin 24 Disember 2018

Krismas tahun ini disambut dengan penuh kerisauan, memandangkan 500 syarikat terbesar Amerika Syarikat yang membentuk indeks S&P 500, jatuh lagi pada hari Isnin yang lalu.

Sumber: Trading View

Paras tertinggi yang dicatatkan pada 21 September 2018 iaitu 2,940.91 mata.

Paras terendah yang dicatatkan pada 24 Disember 2018 iaitu 2,351.10 mata.

Penurunan 589.81 mata atau -20.06%.

Sumber Rujukan: CNBC

*26 Disember iaitu pada hari Rabu, kelihatan pasaran saham Amerika Syarikat membuat rally atau kenaikan yang mendadak pula. Adakah ia akan berkekalan, atau hanya bersifat sementara?

Bagi mereka yang minat nak tahu lebih lanjut, sama-sama kita baca Sentimen Berisiko Pasaran Global, Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA